Showing posts with label Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Bersalin. Show all posts

Kisah kelahiran cahayamata ke3 yang.....

Cerita Peristiwa kelahiran Abdurrahman Al-Auf yang agak dramatik

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah(Ar-Rahman) Lagi Maha Penyayang(Ar-Rohim).

21 hari. Berat baby dah naik jadi 3.4kg.

D3 plus 1 post SVD in OT

Straight to the point:
11 Febuary 2017 bersamaan 14 Jamadil Awal 1438
Mula terasa mild contraction jam 4.30am. Lebih kurang sama waktu masa nak lahirkan T.
Genap 39 minggu pregnancy.
Timing surge datang sejam sekali. Dah tak boleh tidur sebab rasa nak pastikan semua dalam keadaan teratur dan bersedia. Mulakan petua2 tertentu seperti berendam dalam air suam.
Ya! Sangat-sangat membantu terutamanya membuatkan rasa sakit tu tidak terasa. Bila keluar jer dari air suam tu, terus terasa lagi acah-acah contraction tu.
Asalnya nak buat air milo+marjerin. Tapi marjerin dah habis la kakak aku sapu semua buat karipap! So aku ganti dengan vco selusuh. Tuang dalam air milo panas.
Hari semakin cerah sekitar jam 7pagi aku cuma makan sebiji choco dates. Dari awal aku doa semoga waktu sakit dan perlu pergi serah diri di hospital biarlah waktu anak-anak sedang nyenyak tidur supaya tidak ada drama-drama syahdu sebelum aku pergi berjuang separuh nyawa.
Dah siap-siap semua dengan risau jika anak-anak terjaga, aku rasa surge makin kerap datang sekitar 15-20 minit sekali. Dan untuk kelahiran kali ketiga ni aku tak nak perjudikan keadaan sepertimana no2 dulu.huhu. Maknanya aku tak nak la pergi terlalu lambat sangat bimbang tak mampu nak berjalan sendiri - mcm dulu dah x mampu nak tegak dan pucat lesi. 
Tapi kali ni, sakit semakin kerap tapi bearable. Tidak ada serangan yang ganaz, hanya sakit-sakit manja. Hingga confused nak terus pergi ke masih play the time. aku decided to killing the time di hospital saja kerana ni first time nak bersalin di bangunan bersalin yang baru. Risau jika prosedurnya berubah tambahan pula hari tu sabtu. Sekitar jam 8.30pagi aku ajak husband gerak ke hospital lepas cium anak yang tengah sedap tidur. Dia drive laju macam panik nak speed tapi aku sakit slow2 jer walaupun semakin kerap sekitar 10 minit sekali sebelum sampai ke hospital. So, takde la kalut nak cari parking atau apa. Sesampai saja di hospital, syukur teramat sebab ada parking kosong dekat dengan entrance. Sampai jer rasa nak terkucil sangat. so terus terkam toilet dan buat apa-apa yang patut dilakukan sebelum proses kelahiran berlaku. sebelum beranak konpem doktor tanye dah membuang ke belum dan akan berlaku proses mengeluarkan urine. so baik la kita buat sendiri apa yang patut. keluar jer dari toilet...
rasa nak teran sangat akhirnya aku bersalinkan anak ketiga dalam bilik bersalin tingkat bawah bahagian pendaftaran! Tanpa rasa sakit. Hanya rasa macam sembelit sikit.
~ Sekian ~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tak sakit???? Tipu.
Tu version mitos.
Haha.
Saper kata beranak tak sakit meh sini aku nak temuramah.
Betul ada jer orang yang beranak mengakui tak sakit sangat tapi nisbah terlalu kecil dan aku harap aku tergolong dalam kalangan ini satu masa nanti. InsyaAllah, amiin.
Kat mana tadi...?
Keluar jer dari toilet..segala sakit dah hilang!



Aku n husband just duduk depan bilik penilaian pesakit stamby kot tetiba sakit datang bertubi-tubi. Tapi tak. Berkali-kali husband tanya nak masuk daftar ke ..aku kata belum masanya.  Aku nak isi masa dengan berjalan-jalan kat tingkat bawah hingga sakit kuat. Tapi sakit tu tak kuat sangat rasanya, boleh tahan lagi.
Mulanya husband nak stay tunggu aku layan surge tapi aku paksa dia pergi breakfast sebab aku takut nanti terberanak kat cafe plk memandangkan gap contraction makin rapat makin kuat. Kol my bonda bgtahu keadaan dan mintak maaf mintak doa semua mintak. *Crying*. Dgn mentua dah mintak maaf dan doa malam sblm tu lagi. Sambil berlegar-legar di tingkat bawah, aku berwhatsapp dengan kwn2 rapat. Hingga akhirnya aku decided nak masuk daftar. Oleh kerana hari tu hari minggu, leceh lah sikit, kaunter bawah tutup.
Kan....? see..husband perlu pergi settlekan prosedur daftar ke bangunan lama plk..ke sana sini.. Aku pun masuk ke dewan penilaian pesakit semula. The contractions tend to be stronger. Bila sakit makin menghentam rahim tu, aku bangun cuba-cuba berjalan lagi. Kemudian, diarahkan buat ve. 2 org MO buat ve baru 2cm. Aku tak kecewa pun at least dah ada opening dan kali ni aku tak kisah jika kene warded pun sebab aku yakinkan diri semoga bersalin hari tu jugak. So, bolehlah nak merasa berehat dalam wad bangunan baru. Dalam pada tunggu husband selesai proses daftar tu, aku makin tak keruan. Nurse2 bahagian daftar dah mention-mention aku dan minta berjaga-jaga sebab nampak macam dah sakit sangat.
Kemudian, aku di bawa ke tingkat 3 untuk buat CTG sebelum masuk wad. Aku malas nak jalan sendiri so naik wheelchair jer la nurse tolak. Bermulalah proses berCTG yang agak menyeksakan dan tak disukai ramai ni. CTG dibuat antara pukul 11am-11.40am. Masa buat CTG ni la bermulanya drama..contraction makin menggila. Pendek cerita, result CTG aku tak cantik! which is bila contraction datang, levelnya agak tinggi dan waktu contraction tengah menggila, degupan jantung baby drop!
aku sendiri cuak dengar betapa dropnya bunyi degupan jantung baby. Kalu ikut term medical diorg sebut suspicious...
Sela masa contraction stop aku curi pandang bacaan ctg. Ada part yang garisan mendatar sekejap. Oh no. Itula bacaan ketika jantung baby berhenti seketika. ada dalam 40 minit kot buat ctg nurse dan doktor dah tak keruan. Desus-desas juga mengatakan yang kemungkinan bayi terbelit tali pusat. Dari awal tadi opening diorg dpt cuma 1cm. dalam masa 40 minit lps siap ctg yang tak cantik tu, ve lagi sekali, 4cm-5cm. Akhirnya aku diputuskan untuk dibawa ke labour room. OK, lega tak payah masuk wad pun tak pe lah. Tukar baju untuk prosedur dlm labour room. dalam mereka buat prosedur yang patut termasuk memecahkan air ketuban, akhirnya didapati baby dah berak kat dalam...oh no! meconium dah warna hijau. Sedangkan opening aku baru separuh. Persetujuan dicapai untuk CZER!
Aku ni dengan sakit menggila redho jer lah! Janji nak sakit ni hilang cepat.
3 tempat kne turunkan autograf. dengan risiko kene czer kali ke2 adalah sangat menyeramkan, ok.
serius.
Entah berapa kali kene tukar strecher which is the worst thing aku memang tak suka nak kene buat. Akhirnya aku ditolak ke tingkat berapa tah dewan bedah bersalin errr aku dah lost.
prosedur untuk pembedahan dilakukan. Sambil-sambil aku menahan the terrible labour pain.
*momen2 beginilah rasa serik untuk beranak okeyh. Rasa nak mintak husband rasa macamana hazabnya sakit ni rasanya. Means nak share sakit ni dgn dia boleh Tak??**
sebelum dibius separuh, tangan aku keduanya ditarik supaya berada dalam keadaan duduk untuk cucuk bius kat belakang. Serentak dengan itu tetiba aku rasa baby nak terkeluar sangat dah!
Tetiba aku menjerit: Saya rasa nak teran!!!!!
Dr. Nadia and team kelam kabut terus minta badan aku dibaringkan semula..once bdn aku dibaringkan semula aku nmpk muka dr nadia terkejut tgk kepala baby dah keluar dan team medic dlm dewan bedah bg support pd aku. pernafasan dan cara aku push semua dah kelaut sebab rasa mcm baby mmg terkeluar sendiri aku rasa seketul baby lalu highway dalam masa few seconds jer.
Terus diorg laung waktu kelahiran 1.08minit (petang).
Subhanallah.
Allahuakhbar.
Hilang segala derita sakit serik yang tadi tuh.

Suasana yg kelam kabut tadi bertukar jd hening cuma tangisan baby kedengaran. Lps dh siap cord clamping, doctor tunjuk gender baby dan aku asyik perhatikan baby di bawa ke tepi bahagian untuk bersihkan ..timbang..dan pemerhatian untuk skor APGAR. Lebat rambutnya. Kemudian, diorg tetiba letak baby atas dada aku pipi baby terus bersatu dengan hidung aku, Subhanallah bau dari syurga. Gebu lembut kecil pipinya.
2.61kg

Dua abangnya 3.17kg n 3.15kg.
Suami lantas terus dimaklumkan yang semuanya dah selamat.
Dia pun naik hairan kenapa sekejap sangat proses bedah. Ikut pengalaman pertama plg cepat pun makan masa 45 minit. Kat sini dewan bedah tak mesra suami. Suami kene tunggu luar dewan dalam zon yang dah ditetapkan.

Syukur sebab 1st degree tear saja dan proses jahit rasa kejap jer dan paling penting tak sakit. Gigeh tau kita buat urutan perineum. Cita2 paling tinggi xnak kne gunting dah or xnak koyak..tp Alhamdulillah kira pencapaian terbaik daripada 3rd degree tear kepada 1st degree tear. Untuk tidak koyak langsung maybe next kot. Ops! saper yang kata serik nak beranak tadi mari sini! 
Doaku juga inginkan gentle birth kali ni.

Aku pun tak sure berapa tahap gentle kali ni.
 A spontaneous vaginal delivery (SVD) occurs when a pregnant female goes into labor without the use of drugs or techniques to induce labor, and delivers her baby in the normal manner, without forceps, vacuum extraction, or a cesarean section.
Dalam pukul 2 ke atas dah dihantar ke wad.

Doctor Nadia n the team cakap nasib baik awak ni..sekejap sangat.
Mana tak harunya, aku ditolak ke dewan bedah dengan laporan opening cuma 4cm, tetiba terrrberanak normal tak sempat bedah. Nurse2 sembang kencang cakap mana mungkin 4cm..mesti dah 8cm.
Apa pun, semuanya ketentuan Allah Yang Maha Kuasa.
Kes sebegini yang aku pernah dengar, patient jenis kuat semangat untuk berusaha supaya bersalin secara normal dan delay the operation, seperkara yang aku sedar, semangat aku tidak sekuat mereka. Aku langsung tak fight untuk itu, sebab tahap redho aku sangat tinggi akibat tak kuat nak menahan sakit tak terperi ni lama-lama. Ni pun estimation time contraction lebih kurang 3 jam saja. Tu pun nak serik! 



Cukup seminggu nama diberi ialah: ABDURRAHMAN AL-AUF sempena nama khulafak ar-rasyidin iaitu orang-orang yang Allah beri khabar gembira balasan syurga. Kali ni nama 100% nama pilihan aku, dipersetujui husband.
(Hamba Allah Yang Pemurah Yang Kuat Berusaha dan Tidak Menyerah Kepada Nasib)


ALHAMDULILLAH
Sambung baca journal please....

My VBAC experienced

Bagai mimpi.
4 tahun TTC.
Belum 2 tahun = anak 2 orang.

Sambut tahun baru kali ni dengan orang baru.

Tsaqiif Ahmad Al Fatih. => Cendekiawan Yang Terpuji Pembuka (Kemenangan)


Allah Maha Besar, Maha Mendengar. Akhirnya Dia makbulkan juga doaku setiap hari untuk berjaya VBAC. Yang tak makbul ialah kene epi juga. Tapi nasib baik jahit tak sakit. Dan..aku sentiasa doa supaya kali ini Allah tak beri rasa serik untuk mengandung dan melahirkan sepertimana yang aku pernah rasa buat pertama kali melahirkan. Apepun itu semua kafarah dosa. Dosa 31 tahun mana sama dengan dosa setahun kan?

Rasa bertanggungjawab untuk update the full story of vbac cepat. Untuk beri semangat pada teman-teman yang sedang berjuang untuk vbac juga dalam group. Tapi apa yang membimbangkan aku ialah ramai antara mereka berkeputusan untuk homebirth. Apa pun itu pilihan masing-masing.

Here we goeas the full story of the day: 28 October 2014./4 Muharram 1436 H

5am
Surge started.. Time tu rasa macam sakit dalam mimpi la jugak tp bearable lagi. Just pantau sela masa. Jam 6 suku rasa lagi. Jam 6.30am bangun untuk solat subuh. Jam 7am camtu eh rasa lagi. Means an hour apart the surge came.

Hari tu dah plan siap2 lepas routine checkup kat KD terus nak ke rumah MIL(jarak lbh krg 50mnt-1jam) sebab ptg tu nak gi airport hantar adik ipar nak balik Mesir lepas bercuti 4 bulan. Tapinya, surge tu datang makin kerap tapi buat-buat rahsia sebab takut kene hambat pergi sepital. - ni perangai orang nak vbac kot hehe. Bisik dengan husband bagitahu rasa sakit2 tapi boleh tahan lagi. Cuba buat2 biasa and sarapan nasi goreng n siapkan Qushayyi. Sempat buat air milo panas+susu kambing tepung+marjerin 3 sudu. Biasanya buat sesudu marjerin jer. Bila dah mula contraction, kita amik sukatan over sikit. Gittew. (Nampak tak urusan makan minum mesti dilaksanakan sebaik mungkin walaupun dan sakit2, sebab kita perlukan tenaga yang cukup. Tapi jangan lupa kene 'buang semula' sebelum urusan labour okeyy..apa yg saya buat banyaknya elakkan peristiwa dulu sampai dah tak blh nak makan minum mana nak dpt energy kan..)

Makin lama sakit main kerap walaupun berlagak biasa. Rupanya bondaku dah perasan aku lain macam jer. Pastu bila dah nak naik kereta tu aku salam and cium2 bondaku seolah aku dapat rasa aku akan bertarung dengan kesakitan yang nyata pada hari tu and tak nak heret bonda ku sama. Biar bonda ku bertenang kat rumah tanpa tahu aku sebenarnya dalam kesakitan yang semakin kuat.

Dalam kereta baru nak gerak tetiba aku decided and bagitahu husband jom terus hantar anak ke rumah ibu dia sebab dah ada rasa sakit sikit2 kalau pergi klinik mesti lambat pulak kene tunggu. Husband ikut saja. On the way to rumah kakak no2 tu husband timing surge aku. Dia kata eh ni dah 5 minit sekali ni! Aku buat-buat rilek and nak menafikan..sedangkan kakakku dah pesan, kalau sakit dalam 10 minit sekali blh la pergi hantar anak dulu ke sana, tapi kalau dah 5 minit sekali terus lah ke hospital. Tapi mcm biasa lah bila sindrom i want to have vbac ade aku agak melanggar arahan gitu and lebih mendengar instinct sendiri. Tiap kali surge datang aku bgtau husband. Dia tgk jam. Padahal aku pun pakai jam tapi mcm tak nak percayakan jam sendiri gitu kekdahnya. Jaraknya dalam 40 minit gitu, aku cakap abang jangan bawak slow sangat, jangan lambat sangat. Husband cakap kene laju lah ni? See! Ayat aku dah tunggang langgang, bila husband pecut aku cakap, eh janganla laju sangat nanti darah naik la pulok. Bawak berpada-pada jer. Sederhana.

10.15am kot..
Sampai rumah kakak area airport. Buat-buat rilex sambil tahan sakit yang so-called bearable tuh. Tahan selagi boleh. Dah bagitahu husband and kakak yang aku tak nak pergi awal2 sepital sebab tak nak kene VE banyak kali. Sakit giler oi. Ramai yang cakap benda sama. Kalau boleh biarlah sesampai jer dah 5 cm ke..then tak payah masuk wad, terus ke labour room. - sindrom IWTHV datang lagi.

Kakak tengok aku dah semacam dia suruh gi sepital kalau sakit kerap. Muka dia dah risau. Pastu aku rasa sakit perut yang amat. Haaa suspen. Terus ke toilet. Dalam hati jangan la sakit sebab nak beranak. Biarlah sakit sekadar 'procedure sebelum beranak'. Ok lega. Pastu abang ipar balik dengan bawak roti canai. Aku yang jalan pun macam dah tak betul ada hajat yang tak boleh blah. Nak habiskan tengok cerita Don't Mess With An Angel dulu baru nak gi sepital. Sambil2 tu bermesej dengan TgTimah as per requested. Bila dah sakit2 kene mesej2 dengan dia nak alihkan perhatian. Pastuh minta quran kecik dengan kakak. Sempat baca surah maryam in between surge datang. Husband tanya boleh tahan ke tak, kalau tak nak pegi sepital lagi dia nak kuar jap. Jap jer..eh! Aku relakan jer la. Dalam pada tu still timing. Sama jugak. 5 minutes apart! Time tu sms husband cakap jangan lambat sangat. Bila dah tak boleh nak focus habiskan surah maryam yang panjang tu, sms husband lagi panjang sikit sebab nak bagitahu betapa aku agak panik sebenarnya, macam dah tak berapa boleh tahan dia punya contraction. Bila husband sampai, dia cakap muka aku dah pucat! aku sempat teguk tea o panas 2 cawan, abang ipar pelawa suh makan roti canai dulu, aaaaah ruginya kalau boleh memang akanku melantak sampai puas, tapi apakan daya aku cakap nak pergi sepital dah..sakit. So, kitorg gerak ke sepital. Aku tak sempat nak salam n cium Qushayyi sebab sakit terlalu kerap, Q pun macam nak ikut, so kakak bawak dia ke depan.

10.45am
Tak dapek la nak tunggu citer tu habess..
Hubby panik sikit bawak laju2 ke sepital. Sampai sepital aku dah tak boleh nak tegak, kat entrance pak guard bagi kerusi suh duduk elok2 takot jatuh, tunggu husband parking entah la berapa minit dalam hati cuma sabar dengan harapan sepertimana yang diharapkan awal2 tu. Kemudian aku paksakan diri berjalan selaju yang mampu harap2 opening meyakinkan. Sampai bilik daftar, buat VE, baru 2cm! nurse cakap ala lambat lagi ni. Lepas tu contraction semakin rapat hingga aku tak perasan bila sela masa stop. Aku dah macam sakit sangat sampai nurse2 n doctor dalam tu pelik. Diorg tak yakin 2cm tp doctor yg cek ckp betul baru 2 cm. Aku tahan sakit tapi mengantuk campur bengang sebab kene lalui 2x proses soal jawab sebab aku dah sakit sangat plus rasa nak tidur kalau sempat! Nurse suh buat ve lagi takot2 opening makiin besar tapi aku refused sebab tak yakin takkan dah jd 5cm kot sebab bese org ckp 1 jam bukak 1cm. Nurse2 n doctor desak suruh buat ve lagi tapi aku cakap bukan tak nak tapi tunggu kejap sebab sakit ni tak leh gerak! Banyak kali diorg tanye ada amik selusuh ke?Penat juga menjawa, xde! Padahal aku sengaja delaykan masa, sampai la aku ditolak ke dalam wad tapi dapat katil sementara je dulu, ditolak dengan wheelchair walaupon aku cakap mampu lagi nak jalan. Dapat je katil aku terus tangglakn tudung campak sebab nak tidur n panas ya ampun...diorg ajak buat ve sebab katanya akan dijantar ke labour room terus kalau bukak dah banyak. Dengar je labour room aku terus rasa lembut hati sebab mmg aim xnak masuk wad. Nak tumpang tidur je kejap kalau boleh.

Aku ditolak dgn wheelchair dlm bilik rawatan wad untuk buat VE kali ke2. Sebenarnya VE pertama tadi kan,...kan...tak sakit pun. Yang ke2 pon sama. Rupanya opening aku dah 4-5cm! Nurse2 macam terkejut dan ada siap minta maaf dengan aku. Katanya tak sangka bukaan cepat sangat. Diorg bersoal jawab sambil tunggu strecher sampai aku dengar diorg sebut opening dah 5-6cm. Tapi kene tunggu another 15 minutes due to strecher yang kehabisan. Dasat btol wad beranak spital ni. Nak terberanak ni kene tunggu lagi.


1.30pm(lbh kurang).
Ditolak ke LR.
Prosedur biasa dibuat. Malangnya kedudukan memang tidak banyak membantu, baring flat dengan bantal licin OK! Banyak kali kene betulkan kedudukan bantal supaya betul2 selesa bawah kepala aku yang tak boleh rendah, nanti pening. Tiada faktor graviti untuk bekerjasama. Hanya doa sebagai senjata. Dengan suasana yang panas dari tadi. Merungut jugak..panasnya...panasnya..kipas terpacak tapi naper tak pasang. Sakit contraction makin kuat, aku merintih tiapkali contraction tapi tiapkali tulah doktor2 akan coolkan aku disuruh berzikir dan berdoa dan solawat banyak2. Aku cuba kawal pernafasan dan baca doa Nabi Yunus banyak2. Airmata berjuraian, aku menangis sambil cakap sakit..., aih tak pernah nangis macam tu, doktor cakap jangan nangis nanti letih nak teran, baru 6 cm katanya. Huh! Aku dah rasa bengkek sebab rasa macam lama sangat sangkut part nak pecahkan air ketuban. Sesekali aku menjeling benda plastik putih panjang yang digunakan untuk menjolok tembuni kot supaya air ketuban pecah, diselaputi darah tapi belum berjaya. Dalam hati dah merungut ape yang susah sangat ni..aku biasa baca mcm senang jer pecahkan air ketuban..bush! keluar! tapi aku..entah stuck berapa lama kat situ sebab aku dah blur adakah mesin diorg yg x respon sebab diorg duk godek2 mesin dengan cakap internal..internal..aaah bahasa doktor..Tiba2 aku rasa nak bangun then cakap pada doktor tu..jom kita ke OT!
Tak lama lepas dah bosan tunggu and tahan sakit..akhirnya aku rsa glup3 mcm air keluar..ape sopan benor cara air ketuban aku keluar..kenapa tak macam yang aku baca..debush! melimpah macam cerita org lain? doktor sesama doktor pon cakap..dah..dah keluar..aku agak2 je ketuban dah berjaya dikeluarkan. Sejak dari awal aku start sakit memang no show no leaking. Lepas tu kesakitan makin nyata aku tak kira walaupon tak disuruh teran, aku teran je sket2 control jgk sebab kata org kalau x teran mcmn opening nak bertambah. Tiapkali contraction datang, kalau tak teran rasa tak lega..so terpaksa lah..kemudian diorg dah bersorak macam JDT tgh vs PHG je sebab ramai entah baper orang kat depan sebab aku lebih banyak tutup mata bila sakit. Tiba2 ade la doktor senior guide suh teran norlida..teran..ha? boleh teran dah ke? --- sempat lagi aku tanya tuh. dah2!teran panjang2..aku teran lah sekali..doktor cakap..jangan berhenti..dah nampak kepala ni..nanti anak awak tak cukup oksigen..aku dengor je doktor cakap macam tu, aku terus tarik nafas panjang2, teran lama sikit walaupun sebenarnya tak rasa pun nak meneran sepertimana time contraction datang sambil dengan bunyi gunting zaas!Episotomy! Maknanya teran untuk keluarkan baby semata-mata guna tenaga senaman kegel. Doktor cakap..ok..ok good...ramai plk pasukan sorak kalangan MO n doktor kat depan. Memang la aku dah terdengar suara baby menangis..tapi...aku macam...entah..it's unbelievable..Maka, aku sempat tanya husband..abang, dah keluor ke baby? dah dah lakiku jawab..oooh Alhamdulillah.. doktor angkat baby tunjuk bibird..jantina apa ni? lelaki..aku jawab..lega dan sangat bersyukur..hilang semua sakit yg ada..yang tinggal cuma rasa amazing yg tak terkata dengan rahmat n kekuasaan Allah SWT..airmata jatuh lagi, suami mengesat..yang aku rasa sakit contraction tu memang lah horror tapi time baby keluar tak terasa. Tak lama lepas tu, dalam 5 minit lepas tu kot..doktor bagi arahan yang uri pulak akan keluar, jangan teran or buat apa-apa..syukur..tak sakit or terasa sangat..smooth jer. 

2.46pm
Secara rasmi Tsaqiif dilahirkan secara vbac. This is my vbac baby. Pembuka. Al-Fatih! Lepas cord clamping, doctor letak baby atas badan aku. Bonding time diberi selama sejam. Alhamdulillah, Tsaqiif baby yang sangat tenang. Selama sejam bonding time dia tak nangis pun. Cuma belajar latching..doctor tanya baby tdo ke? sebab baby diam jer..dia nangis time sebaik sajer dilahirkan sajer sblm tu..Aku tak habis2 mengucapkan syukur pada Allah sebab kali ke2 ini Dipermudahkan..time checkup nurse cakap perut tak besar mana, estimate baby weight antra 2.6-2.8kg. Berat Tsaqiif keluar ialah 3.15kg, cuma 200gram kurang dr Qushayyi msa lahir. Tapi 4cm longer than abang Q.

4.00pm
Siap jahit epi. Rasanya dalam setengah jam kot. 3 lapis. Benda yang paling aku gerun jugak, tapi syukur Allah permudahkan jugak, tak rasa sakit pun. Ujian agak mencabar ialah time jahit tu ader sekor nyamuk berlegar-legar duk gigit tumit kaki kiri aku...waaa..saaaabor je la..meliuk lintuk kaki aku..siap bgtau doktor ada nyamuk kacau..siap kau nyamuk! doktor jawab..hurm kat sini mmg banyak nyamuk..sambil doktor kuis2 betis aku halau nyamuk. Lepas Tsaqiif dah dibersihkan, epi dah siap jahit, nurse bawak untuk breasfeeding. Tsaqiif tak kekok. Alhamdulillah.

6.00pm
Baru dihantar ke wad untuk rehat. Surprisingly, sebaik melahirkan aku still rasa segar, seolah tiada tenaga yang hilang, cuma dahaga dan syukur sangat sebab aku langsung tak tidur sampai esoknya baru rasa mengantuk. Malam tu Tsaqiif breastfeed every 1 hour. During waktu 'sahur', i managed to have some energy hot drinks..2 times.

Kesimpulan.
Aku dah usahakan segala yang termampu untuk menjayakan vbac ni. Proses kelahiran Tsaqiif terlalu cepat kurasakan sebab aku tak sempat nak makan ubat homopati buka jalan(hanya blh mkn bila dah 2cm dilated), tak sempat nak minum air zam-zam, tak sempat nak minum minyak zaitun selusuh, air selusuh, air anugerah mahupun makan kurma. Sebelum tu dahaga jugak tapi tak sempat nak mintak minum air zam-zam pun.Worst of all tak sempat pon nak mintak ampun dekat husband. Huhu..Perjuangan untuknya bukan mudah bagi aku seawal setting mind masa mula2 mengandungkan Tsaqiif waktu Qushayyi genap setahun. Di sini aku nak kongsi semua usaha aku sehingga Allah izinkan vbac.

  1. Doa Nabi Yunus: Amalkan sejak dari awal kandungan. Tak kira masa kene baca bila teringat. Thanx a lot my bff, Za.
  2. Join group fb VBAC Community. Dalam tu boleh tanya2 members jarak kandungan yang selamat untuk vbac.
  3. Join group ICAN Malaysia/VBAC Support. Kat dalam tu banyak positive vibes dalam meniti usaha ke arah azam kita. Motto: "I WANT TO HAVE VBAC!"
  4. Supplement homeopati: Eazy Delivery. Aku makan tak istiqomah sangat tiap hari 2x sehari sebab ubat dia kesat2 kat lidah tak manis macam ubat2 homopati yang lain. Berbaki lagi sebotol lebih, terbeli lebih, saper nak free bagitahu aku. 
  5. Gym ball - rujuk youtube senama guna gym ball.
  6. Squatting
  7. Selalulah duduk bersila sejak dari awal kandungan
  8. VCO catalyst makan tiap hari, kes aku makan dah masuk bulan ke9 pregnancy sebab baru tau last minute.
  9. Minum milo campur marjerin 3 sudu hari-hari akhir menjelang edd. Sedap giler weh! Petua ni pun last minit jugak dapat dari group mana tah..
  10. Sapu minyak zaitun yang telah dibaca doa selusuh kat perut, peha, n perinium. Nak buat minum pon ok in my case minyak tu tak banyak, so aku jimat utk sapu perut jer kalau minum sangat tak sedap.
  11. Banyakkan berjalan kaki semakin dekat dengan edd. Aku banyak jugak drive walaupun dah overdue.Keep active. Keep fit.
  12. Buat urutan perinium.
  13. Doa tiap hari kita harap kelahiran yang macamana kita nak lalui.
  14. Surah Maryam
Selamat menjayakan VBAC/VBAMC bagi yang berazam. Chaiyok!



Ending kisah beranak sulung: Post-natal


End up with emLSCS. Allahuakhbar..


OK last, last.
Lepas ni focus nak vbac plk.



Part 3:

 The procedure

Gagahkan diri tengok procedure ni atas dasar terlalu ingin tahu keadaan Q masa tu. Video ni agak terperinci berserta dengan penerangan.

Kalau planned LSCS aku rasa tak la secemas kes-kes emLSCS disebabkan fetal distressed, segalanya perlu dilakukan dengan cepat dan berhati-hati.
Tepat jam 5.49ptg ahad 17 feb 2013, Qushayyi berjaya dikeluarkan dan disambut oleh seorang doktor wanita Islam. Dgn skor APGAR Cuma 3/ 6. Tulisan warna merah pulak tu! 5 minit kemudian baru skor apgar tu dpt catatan normal  iaitu 9/10.

Disebabkan Q lahir sekitar waktu melawat, hospital agak sesak dan suami melalui proses yang mencabar untuk menguruskan apa yang patut sebab baby kemudiannya dihantar ke wad bayi tingkat 6 untuk dipantau secara rapi dan dipasang oksigen selama 24 jam.

18 feb 2013, isnin .. lebih kurang jam 6pg aku dikejutkan oleh staff nurse dengan suara lembut dan sopannya..
"Norlida…Norlida..bangun..kjp lg kene mandi"..Selepas 14 jam aku sedar bila nurse kejutkan. Subhanallah..Alhamdulillah, hidup lagi aku..

Selama waktu hampir bersalin sehingga habis berpantang, aku selalu terfikir, andainya Allah menjemput nyawa kita waktu tu, ia adalah sebuah kematian syahid..MasyaAllah..

Nak kata rasa tidur yang panjang tak juger kot. Entah lah.. Aku diberi penerangan psl mesin ubat PCA. Kalau aku rasa sakit, nurse suruh picit je button kat tgn then ubat thn sakit akan mengalir masuk dlm bdn melalui jarum yg dipasang kat tgn. Nurse pun tunjuk contoh dgn tekan sekali. Tak rsa apa kot. Lepas nurse beredar, aku rehat kejap menenangkan diri hadapi reality..Alhamdulillah aku masih dapat bernafas, buka mata..aku tgk jer alat2 yang dipasang pada aku. Beg urine pun masih terpasang. Lepas tu aku try picit button tu sajer nak test sendiri plk walopon x rasa sakit. Lepas tu aku x tekan2 dah. Kemudian nurse tu dtg lg, eh tak luak pun ubat mesin ni, awak x tekan ke? Tak rsa sakit ke? Saya jawab dalam lemah..skali je tekan. Tak rsa sakit pun..nurse mcm pelik jer. Kemudian dia tanggalkan urine beg yg dipasang, dan tolong aku bangun, turun dr katil, naik wheelchair ditolak ke bilik air dipesan itu ini. OK, baiklah, aku ikut semua arahan.
Part mandi lepas pembedahan ni, aku cover2 jgk la x bg kene tempat operate, terbongkok-bongkok . Berapa cm? Jangan tanye sebab aku x pernah ukur hingga ke hari ini. Cuma rsa x pnjg mana, ajaib jer cmne baby boleh dikeluarkan. (tu pun aku rsa ajaib sedangkan org beranak cara VD lg ajaib dengan kuasa Allah kan..) Seram oiiiih! Dah la tengah lembik xde tenaga, lemah gemalai, slow motion semua dlm keadaan berhati-hati menikmati cuaca sejuk dini hari menjelang subuh sunyi. 

Aku ditukar ke katil posisi tengah sikit, lebih dekat dengan tempat nurse mayb untuk pemantauan. Siang tu, my sis #1 and abg ipar dating melawat. Kebetulan aku dahaga yang amat abang ipar turun balik carikan air mineral. Hari ke2 bff suami and wife dating melawat kat wad. Dlm msa 2 hari ni aku mmg rsa lemah yg teramat suara antra keluar ngan tak bila sembang dgn diorg. Kemudian ader rsa naluri sesuatu yg sangat berlainan, tak mampu nak explain kat sini. Antara diri sendiri dengan Tuhan..dalam lemah2 tu sembang, rupanya aku TERcakap yang…seriknya sakit beranak, tak nak beranak lg.. kwn abg n wife Cuma senyum2 n gelak2 je. Rupanya dalam hati dia cakap..alah..tgk la nnt x lama lg ader pulok! Rupanya masin mulut dia..dia cerita balik masa jumpa raya baru2 ni. Oh! Sangat memalukan aku rsa hahaha, tak sangka la aku blh ckp camtu pd diorg. Ye lah time teringat sakit mana nak ingat kan..
Disebabkan aku emergency LSCS(emLSCS), aku kene full bius memang x sedar pe lah, suami pun tak boleh temankan, aku masih sedar saat dia salam n cium dahi aku sebelum tinggalkan aku dalam operation theathe tingkat 3. Sejak lepas sedar dari operation tu, aku mengalami 1 perasaan yang amat bingung!  Banyak sangat rasanya soalan dalam kepala ni..
Mana anak aku?
Selamat ke anak aku?
Aku dah betul2 jadi ibu ke?
Bingung sangat.
Depan aku aku 1 file perubatan bersama dgn buku pink rekod pregnancy n kelahiran. Aku belek2 file tu, entah apa yang aku baca dlm tu cari info yang aku nak. Kemudian aku belek pulak buku pink dengan teliti muka-muka surat akhir.
·         
Berkali-kali aku tatap tulisan2 kat mukasurat tu. Bersungguh-sungguh. Tapi kebingungan tu masih terasa. Rasa kosong! Rasa tertanya-tanya lagi. Sampai la masa aku dapat jumpa suami. Dia asik cerita pasal anak kami. Sebelum dapat jenguk aku dia sempat 2x pergi jenguk anak kat tgkt 6. Dalam kepala aku … anak? Anak kita? Kita dah ada ank? à bingung lg! muka aku terpinga jer. Kuat betul ubat bius..hua3. lepas tu aku ditukar lg posisi katil. Kali ni makin dekat dgn kwsn nurse, and katil2 pun tak banyak, hujung arah selatan. Kemudian, jiran2 yang dah lepas operate tanya, x g menyusu anak ke? Dah pegi tgk anak? Aku bingung lg. menyusu? Suami sebenarnya tunggu aku dah ready and time2 tu jgk aku ajk jumpa anak.  Suami amik wheelchair and kami trs ke tgkt 6 wad bayi. Bz jgk sbb mmg waktu melawat time tuh.
Perasaan sepanjang perjalanan menuju ke tempat ank…..?
Ya Allah..berdebar-debar…aku teringat kata-kata kwn baik..dia kata..pertama kali tgk anak hati berbunga-bunga macam nak g jumpa kekasih! 

Eh , aku x rsa mcm tu pun. Aku rsa seram sejuk lain macam jer ni. Dengan soalan2 dlm kepala ni.
Mamcamana la ank aku tu yer..cerah ke gelap sangat ker..sihat ke..dari cerita suami, semuanya OK. Nak jumpa baby msg2 kene ikut giliran. Punya la ramai parent yg tujuannya sama mcm kami. Mana satu lah anak aku ni..lepas sorg2 baby aku perati dlm cube dia. Tertunggu-tunggu lg dlm debaran yg tak sudah! Bila dah dpt tu..aku tatap dia..cepat2 kami pergi bilik menyusu. Aku tak sabar untuk ajar dia menyusu dan kenal aku supaya dia tak canggung nanti. Ya Allah..suci murninya bayi ini hadiah dari syurga. Lapar ke dia..pertama kali aku kendong..agak kekok sebab tangan kanan aku masih ade jarum terpasang, begitu juga tangan si anak. Ape pun aku gigih usaha bagi susu badan. Tangan2 kami bersimbung, jarum kat tangan kami berlaga..baby menangis..aku pun hampir!  Itu kali pertama sesi ibu-anak jumpa. Dia belum kenal aku..aku sedih! Nak isap susu pun dia tak pandai lg n refused. Kemudian, kami nak hantar baby semula pd nurse..lepas dah letak blk baby dlm tmpt dia, aku mcm keberatan nak melangkah pergi. Suami aku tanye kenapa..aku kata..eh kang tertukar nanti mcmn.. ..(blh plk aku terbuat lawak mengong gitu dlm blur dlm betul bendul muka ni..) suami aku kata eh mustahil lah .. jgn la bimbang..anak kita ada tanda..(dia pun bls dgn lawak juga tp muka serius..) ya, Qushayyi ada tahi lalat besar tepi dahi kanan. 

Aku blk ke wad dgn hampa x dpt susukan anak. Ok la at least dh dpt jumpa. Its ok, diorg jaga aku pon risau mcmn la nak jaga sndri dgn keadaan diri still lemah lg. malam tu sekitar jam 10mlm..baby sampai kat aku..dlm hati x putus berdoa moga baby tenang n tak menangis..suara dia nangis kuat oih..malu nak..kesian org nk tdo mlm2 huhu..dlm msa yg sama aku slowly tp gigih nk ajar dia latch. So dr mlm tu lg kami berduet berlatih. Aku ikut semua yg ketua nurse ajar. Slowly q cuba. Untuk colostrum keluar akan mkn masa hanya jika baby betul2 sedut dengan kuat dan cara yg betul. aku pon terlupa dpt tdo ke x mlm tu..bila siang..my sis #2 dtg. Dr pg q bnyk kali nangis sebab laporrrr..x dpt susu dgn puas lg..susu pon x bnyk lg..mayb setitik dua kot..tempoh ni agak stress sebab aku mcm give up..minta nurse bg susu tepung..janji ank aku kenyang n senyap..nurse marah n paksa aku susukan ank dgn susu bdn…we yank aku lapar kot..aku sorok2 suh kakok bwk botol n susu fm jenama anmum yg aku dh stamby awl2..agak2 ank nangis kuat je..kami bancuh sorok2..bg baby minum..hahaha..x kira janji ank aku  xlaporrr…
-        
Ade sorang makcik muda yang temankan anak dia katil sebelah tegur aku. Dia kata makcik tgk awak ni gagah je uruskan anak lepas pembedahan. Makcik dulu 2 hari lps bedah tak leh bangun lagi.
Oh ye ker makcik..terkedu saya..aku senyum. (Dah memang 3rd day dah time tu.. )

OK la abis cerita di sini...

*taipnya dah lama, baru rajin nak post.

Cerita kisah beranak sulung yang belum habis. Ni part intermediate...(Part 2)

Kan dah kata...nak beranak pulok baru nak sambung tulis...
Ni intro jer.. Intro.

Pergi hospital sekitar jam 12.15 malam sbnrnya pagi *suh hubby drive dalam keadaan rilex2 sebab belum sakit cuma ada blood show dgn harapan blh blk semula *. Register, tunggu untuk cek jalan sebelum warded, kene masuk asrama dapait katil tukar uniform pink pukul 4pg. Sebab tak sakit betul minta hubby blk dlu. Masa tunggu register tu aku dah x blh nak duduk elok2 atas kerusi sebab sakit pinggang bertukar-tukar tempat. Macam cacing sopan yang kepanasan di dini hari jam 2-3 pagi. Request doktor perempuan yang buat VE. Me, belum ada laluan. Tapi kene tahan sebab dah overdue sehari. Sebab tak pernah tahu life dalam wad so aku x kesah sgt la. Dapat bed plg awal2 dkt pintu masuk. Means paling jauh dgn kwsn nurse. Mintak wad kelas 2 tapi mcm biasa lah full bar! Time tu org sebelah katil sakit2 nak beranak. 6cm opening mcm dah gerun aku tgk dia menahan kesakitan. Terus ditolak ke LR.  Siangnya dalam pukul 9am kene buat VE lg. Baru 1cm! Belum ada rasa sakit yang mengganggu. Still blh happy2 makan dan sembang dengan jiran2 katil.Masa terus berlalu hari ke-2 kot sakit dah semakin mengganaz dah hilang mood nak makan/sembang/membaca. Bawak majalah cuma tgk kulit jer. Selebihnya aku just tgk pemandangan n suasana apa yang berlaku dalam wad. Kene buat VE lg bukaan baru 3cm.
*Note that kalau 5cm baru ditolak ke LR. Hari ke3 dalam wad bukaan x bertambah.
*Ramai patient stuck kat 3cm nih rupenye.

Macam2 air minuman and makanan luar minta hubby belikan tapi hampeh tak dapat nak telan dengan jayanya. Baru tau bila datang sakit begini bagi la apa pun. Semua gagal. Hubby plk paksa makan supaya ada tenaga. Saya badmood la cakap memang tak blh nak masuk.
Hari berganti hari malam berganti malam sakit semakin menggila. Aku tak diinduce pun, ramai aku tgk yang kene induced. Katanya sakit induce 2x ganda tapi sakit tak lama. Aku redho je la tak kan pepandai nk mnta induce plk dah doctor tak bagi. Baper lama lagi entah nak duk sepital n thn sakit nak beranak ni.
Kehidupan di sepital tidak indah seperti asrama rupanya!
Katil empuk tapi nikmat tidur dah hilang.
Puas dah adjust reclining untuk bahagian kepala tapi at the end aku terlelap atas kerusi kat orang lalu lalang tu jer.
Kipas laju atas kepala tapi tak rasa nyamannya.
Nyamuk bermaharajalela. Bawak ubat nyamuk pun nyamuk tak layan. ada je yg jns tdo mati. Haha nikmatnya dia tdo n nyamuk tu skali dpt nikmat darah percuma.
Makin lama aku semakin payah nak naik katil. Sakit situ sini.
Semua doa dan petua bersilih ganti aku terfikir, baca n buat mana yg mampu.

Skang ni wad sebelum bersalin dan selepas bersalin dah dicampur.
*Kat sini lah perkara paling slack yang menyumbang kepada bnyk masalah. Nak tidur pun tak blh sebab pelawat yakni suami2 org yg baru beranak akn masuk wad hntr baby n tgk bini. Kdg 1 fmly wey! Gilossss!! Bukan waktu melawat plk tu. Tak kira masa malam ke subuh. Pelik!
Waktu tidur ada gangguan, waktu siang mula mengantuk tapi terganggu dengan nurse dtg utk routine check up, bP n baby heartbeat.

Hari seterusnya sakit makin megganaz. Terutamanya malam. orang lain cool je tdo aku mengerang beberapa saat sekali. Rasa sakit contraction macamana? Bagi terjemahan personal aku la kan...sakitnya macam nak pecah rahim. Hati meronta sebab time gini lah perlukan insan2 rapat untuk support/gosok tempat sakit. Tau sakit tu x hilang at least sokongan moral. _____ Alalalala..wad kelas pertama pun suami tak blh temankan jgk malam2..huhu____. Apa guna..
Tiapakali kesakitan tu menggunung, aku akan jalan pelan2 pegi kwsn tmpt nurse. Bed aku kan plg jauh memang nurse tak nampak la kalo apa2 jadi.

Macam2 dah rasanya aku telan apa jenis selusuh termasuk la org sebelah katil paksa aku minum selusuh dia; air kelapa+garam, air kembang semangkuk ayun. Ayun tu aku tambah la sebab tak berkesan. My sis suh plk abang aku g ambik ubat homeopati buka jalan. Aku makan jgk dlm keadaan sorok2. Gagal juger. Orang lain sakit contraction, makin rajin jln2 dlm wad, aku? malas giler. Terima sajer lah...

Day 3: 15 Feb 2013
Baby tak nak keluar sama dengan besday Walid, 14 Feb.
Malamnya aku sakit yang tak terhingga. Nak sangat pegi buat VE tapi akak sebelah tak bagi lagi. Aku tekad sebab sakit terlebih. Bukaan masih 4cm! Aku terlalu frust ingtkan dah 5cm dah blh pegi LR, so blk kat bed aku menangis2 and keluar pintu wad panggil suami. Tak kira dah malu dengan penunggu2 di luar aku menangis sebab tak thn dah tunggu jalan bukak, malas dah nak duk sepital.

Day 4: 16 Feb 2013 Sabtu
Pagi tu, nurse yang kecik-cun-tapi garang tegur. Eh! Awk x berank lg? Mlm td bkn main sakit ingt berank dh! Erm...aku xde jawapan. Dia buat VE kat aku bkn main sakit n bekeng lg. Muka cun dia langsung tak membantu aku cool n bengang.
Bonda saya datang melawat. This time kan mak aku patah tgn so tak blh ler nak melayan masalah sakit aku ni. Time mak n sis aku nak balik ni la..salam2 aku nangis2...Sempat lagi aku cakap takuuuut! 
Patutnya hari ni doktor senior dah suh aku ditolak ke LR..tp mayb LR full tu yg nurse duk delay2 sebab aku x kelihatan se-emergency org lain koooot.

 Day 5: 17 Feb 2013 Ahad
Pagi hari, aku kene pergi buat CTG. Proses tu bkn la sekejap. Aku tertidur! Dalam 2x kot terlelap. Nurse pelatih asik kejutkan. Kak..jgn tidur kak, nnt baby akak pon tidur, nnt graf x cantik. ----> logik ke gitu..whateva..mengantuk thp gaban sebab malam2 mmg xleh tdo sgt. Bila dah 2x heartbeat baby drop, ape istilah dia aku lupa..depa suh doktor senior td buat VE lg. Dan lg kan. Nayer. Doktor tu ckp  actually masih 4cm tp dah nak ke 5cm! Takpe, saya tlg besarkan lagi. Aku thp redho yg amat dh sebab x larat dh tggu bila nk masuk LR. Bila nurse dah diarahkan aku siap2 n ready ke LR and sila mkn dulu..aku happy yg amat. Aku jer kot yg nmpk cooooool utk ke LR. Besenye kes cemas sebab dah sakit sgt nak terberanak. Ini sangat rare. Boleh lenggang2 mak kangkung lg. Lps dh sarapan and agak2 ready tu aku ditolak ke LR dgn wheelchair. Nurse ckp nak bgtahu sndri pd suami atau nak minta saya kol. Aku dah blur rsanya entah ape yg aku jawab. Rasanya suami xde kat sepital time tu .. Dlm LR, aku dipersiapkan untuk bersedia dipasang itu ini. Oh memalukan.

Doktor tanye nak pggl suami skrg ke tak ni? kalau dah masuk dlm ni ssh sket nak keluar masuk dah.
Aku jawab, biar lah dulu..----> cool tak aku? bahahaha.

Dlm 3 org doktor muda duk sembang, slh sorg tu ckp, eh aku mcm prnh tgk patient ni. Geng doktor pon tgk2 ler aku yg mcm tak semenggah dh walo sakit contraction tu mcm dah sebati. Tak tau mana peak dia. Aku hadap je la diorg buat keje2 diorg. Jam dinding besor kat dpn. Tak dok la pulok doa Nabi Yunus sepertimana yg prnh diceritakan oleh org2 yg prnah beranak. (Ayat tak blh blah.)

Doktor ckp blh tak kita psg drip kat tgn supaya lbh kuat contruction, lbh cpt jln terbuka bila baby tolak. Aku tahu kakak aku tak bg drip tp aku yg dh x thn redho kan jer ape rsanya drip tu sdp sgt ke sebab induce x rasa mcmn. Org kata drip pon sakit la jgk mcm induce. Whateva la kan..nk cpt2 selesai jer ni..

Tiba2 ada seorang lelaki berpakaian doktor dgn blazer putih n cap dtg duk sebelah kiri and capai tangan aku, erat! Usap2 kepala. Doktor mana plk yg selamba sgt ni? Oh laki aku rupenye! OK fine.

Dalam tu pakai tali pinggang bagai macam nak naik angkasa pdhl utk psg ctg lg la jwbnya. Pahtu graf contruction kot. Diorg buat VE lg dlm tuh! Aoih baper bnyk vE daaaaaaa..hazab wey. Sampai aku dh naik konpius dh doktor ni kata ukrn lain, dktor lain ckp lain. Whateva..sakittt tak terkata on off selang seli. Tunggu punya tunggu jam berganti jam. Entah jam berapa daaaaa doktor tanye awak nak pain killer tak? Aku larat lg bersoal jwb .. yg mcm epidural tu ke? Eh bukan..jwb doktor. Yang ni cucuk kat punggung, rasa mcm lali2 sket tp still awake bila contraction meningkat.
Aku yg dah mcm kene pukau suka buat experimen ats diri sndri and suka la nak merasa kaaann siap jwb blh la..Maka aku mcm mamai2 tp still rasa sakit yg on off tu.

Bila nak habis cerita ni...?

Lama2 aku dh xtau pukul berapa thn hazab kat LR sampai la  doktor senior tu ckp, CTG awk x cantik ni.
Dia mai buat panik daaaah!
Dlm hati so?
Saya tgk jln sekali lg tgk sampai msa tak utk awk try push. Check punya check, doc ckp 8cm! Wah x sgka la sbb sbnrnya aku dh x blh nk beze sama ada makin sakit ke sakit turun naik. Memang lost! Doc ckp lg, sebab jantung baby awk x stabil dh ni, awk kene usaha push cpt sikit, tp 8cm boleh jer push kalau awak pandai. OK jom try push.
Aku pun try la push yg pertama tu. Rasa mcm dah kuat giler dah. Doktor rodok2 je nak capai kepala baby tercapai ke idok. Masalah lg kaki kiriku tak blh nk bengkok la. Sakit sebelah kiri mcm tertarik urat pinggang mcm nk patah gituh. Aku ckp x blh bengkok! Sakit! Doktor mcm frust. OK try push lg sekali. Kali ke2 aku push sekuat hati jgk. Actually aku x rsa pon baby tu nak keluor. Org kata nk beranak ni mcm nak berak jgk. Aku kan rare! tak rasa pon mcm nak berak. Rasa rahim nak pecah adalah. Doktor senior tu dah geleng2 kepala.

Finaly, doctor decide utk LSCS. Dia ckp dpn kami saya tau dah 4 thn awk nk tggu yg ni. Tapi demi nak selamatkan anak, kita kene emergency czer! Untuk the 2nd one boleh beranak normal. Sbrnya 8cm dah blh push tapi saya tgk awak dah xde tenaga. Suami redho. Aku happy dlm hati. Rare lah kan..sebab part usaha aku dah habis kat situ. Yang aku tau aku nak siap jer...
Rupenye bila tak terdaya menanggung sakit contraction, jauh di sudut hati aku berputus asa. Aku rela dibedah tapi nak bius penuh! Sebab kalu bius separuh masih gerun sebab kita sedar dan rasa apa yg berlaku, perut kne robek2. ---> based on cerita org lah kan.
Dalam keadaan sakit dan mamai, aku jugerrrr yg kene sign doc.

Persiapan untuk ditolak ke operation theatre plk. Pakai cap, baju dia kene tukar katil. Aku disorong ke OT tingkat 3. Perasaan mcm dlm drama. Yg aku nmpk cuma atas, ditolak ke dalam lif. Kemudian sampai dalam bilik OT yg sangat besar dan waaaah! tak sangkanya mcm hebat je tgk lampu2 atas tu. Mcm rsa duk dlm bangunan canggih! Oh ok aku mcm kne pukau dek obat2 pain killer tu haha. Beberapa doktor tangkas buat keje diorg. Aku kene cucuk sana sini kanan kiri. Then doktor cina sound sorg yg cucuk tgn kiri aku sebab bengkak. Mayb sbb tak tepat kene urat tu.
Redho!

OK kita pakaikan oksigen yer..diorg tutup mulut n hidung aku mcm ade gas tu entah bius ke ape ntah, pahtu yang cucuk kat bahu kiri tu ape plk sukati diorg la huhu. Haaa buat la ape patut. Pastu doc cina tu tanye..norlida berat awak berapa? Eh ape ke angau doktor ni nk tanye berat aku time2 kritikal gini kan - detik hati aku hahaha...berusaha plk aku nk jwb tu: 82kg..rasanya suara aku setakat sebut 8 je kot! lps tu aku dah tak sadar ape2.

Bermulala kerja2 diorg yang mulia tu. Clue skit; yang sambut Qushayyi lahir ialah doktor Islam wanita.

To be continue part 3.......ending

Kisah Bersalin Anak Pertama (Part 1)

Alhamdulillah. Subhanallah Allahuakbar..
I just can't believe that I'm now a mother. After 4 years struggled in TTC life. Here it is. Macam mimpi!

Untuk bercerita mengenai kelahiran 'anak emas' ni, fuh! kesat peluh dulu. Segalanya mencabar. Hari ni suami saya cakap, betulla, anak ini anak emas, sebab nak boleh ke pregnant(sehingga berjaya) susah, nak melahirkan pun sangat susah. Eh! Macam dia yang menanggung pula..hehe..

Alkisah sebuah rentetan permulaan..

12-Feb-2013
Malam. Masak-masak kue tiaw sup dengan husband. 9.30pm, enak2 duk raikan santapan malam. Then, pergi toilet. Alamat terkejut. Ade bloody show. Walau x banyak. But its there! Then pakai pantyliner. Sambung makan. Then ada rasa sakit2 pinggang yang menangkap belah kiri. Sebenarnya dalam 2-3 malam kebelakangan tu dah rasa ala-ala senggugut. Tapi rasa tu hadir masa tidur. Tu yang malas nak layan sebab masih boleh melayan tidur dalam terasa sakit2 begitu.
Main fesbuk.
Chat dengan biras.
Chat dengan Kak Ipar.
Diorg semua buat gempak. Semua 'halau' suh pergi sepital.
Bagitau the show/signal pada Bonda. Lagi lah  kene halau pegi sepital.

13-Feb-2013
1.15am: Bertolak ke sepital..

To be continue..

Subhanallah, Inilah peluang keemasan seseorang wanita menghapuskan dosa2 mereka

‎10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN YANG ANDA TIDAK TAHU

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara mi
nggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.