Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

Organizer Finder

Hari ni Q jadi bodyguard mommy gi kolej

Aku sambung cuti bersalin yang berjumlah 60 hari tu jadi 90 hari. Ikut hati aku ni nak sambung jadi setahun. Jujurnya tu lah yang aku rasa sekarang. Aku belum betul2 fit untuk jadi supermommy atau superdotter atau superworker atau manusia super duper. Aku cuma pengejar masa yang setia. Aku sangat perlukan latihan yang padu untuk bertatih meniti hidup ni. 2015 yang semakin mencabar. Walaupun dalam situasi masih bercuti, aku rasa ok jer bila still kene mengajar sebaik sahaja semester bermula. Itu pun management kolej dan rakan lecturer sangat2 consider untuk terima request aku untuk mengajar sesi petang saja. Alhamdulillah...moga Allah merahmati kebaikan diorg lebih2 lagi adik2 lecturer baru yang sanggup take over subject2 aku. I love you deep3 lah adik! Memang spinning pening sebab plan aku terpaksa diubah oleh beberapa hal yang berubah mengikut keadaan semasa. To be frank (lagi), aku semakin suka n seronok mengajar student kolej, lebih2 lagi bila ada yang mamapu capai 4.0 pointer. Ini kerana mereka fokus dalam kelas. Aku sangat titik beratkan apa yang aku ajar dalam kelas bukannya nota sebab kalau nota aku memang tak lengkap lah jawabnya. Haha. Sapa datang kelas dan fokus dan bertanya, dia lah calon pelajar terbaik!

Kaan? Makin susah nak berpose dengan jejaka kecil sulong ni.
Banyak sebenanrnya aku nak kongsikan perkembangan Q kat sini tapi apakan daya, masa itu sangat limited dan berharga skarang ni. Ini pon sebab Tsaqiif tidur lena malam ni sambil2 aku settlekan mana uruan rumah yang patut #ikut plan. Ya, aku dah ada rakan sepermainan yang suka merancang-rancang hidup ni. saper lagi kalau bukan TgTimah kan..Sebab dah susah nak pose sama itu encik Q, so aku dah mula gatal2 ajak encik T pulak pose. Tak pe lah, boyfriend dah jadi 3. Eloklah gilir2 kan.

Baby T dah pandai bagi kerjasama yang baik depan kamera
Dah tu..amender yang bz sangat sampai aku nak cuti setahun tu? Haaaa..nampak kan bantal baby(yang x guna pun) dan gambar bujang dan kawen aku yang bersepah tu. Itu namanya never ending task, cuma aku tengah pikirkan something yang more organize. Sesuatu yang aku takyah nak buat benda sama banyak kali. Aku dah tahap nak upah orang sertai aku kemas rumah haha..tapi tengok lah dulu, kalau macam tu tak super duper lah aku namanya. Apa pun, aku tengah usahakan yang terbaik. Moga Allah merahmati..amiin...

Tulis banyak pun tak guna kan so lets do it!

Moga ada masa lagi untuk blogging.

Tata.

Countdown

Nak countdown ke countup? 3 hari je lagi..sampai lah pada tarikh yang dijangka. Edd: Jumaat ni, 2410-2014. Esoknya 25hb awal Muharram 1436 Hijrah. MasyaAllah, indahnya timing jika itu masanya adik Qushayyi tiba dalam keluarga kami. Esok cuti deepavali (insert big YEAY here). Khamis sehari lagi kalau tak de aral kalau aku masih rajin nak menapak tangga office pun. Kawan aku Timah Hussin penat dah jolok emosi aku suh amik mc, amik mc. Aku bukan tak suka mc, tapi aku malu kalo bila aku mintak kat doctor gomen/swasta nanti tak lepas. Susah plak nak mc berselang-selang hari plk ni. Dah tak cuba mana nak tahu lepas ke tak kan? Bab malu ni menggunung-gunung lah. Drive sendiri. So far bagi aku walaupun dah saat genting ni, Allah bagi xde masalah lg, blh tekan minyak n brake lg, cuma suntuk juger lah perut bila nak baiki2 kedudukan pemanduan. Hubby hantar anak and tugasannya at town, sblm maghrib g amik anak kat umah sis area airport, blk umah biasa dkt Isya baru sampai umah. Jalan lain-lain arus. Jauh pulak kalau nak pegi sana sini sama2, pening nanti. In case kalau aku sakit time hubby xde, aku blh minta tolong sesiapa drivekan aku ke hospital, tak payah nak tunggu encik suami datang ambik aku, ape2 hal time is vital, right? Aku tak nak nanti dia kalut berkejar nak ambik aku ke apa nanti, sebab semua beg dah ready siap2 dlm kete yg aku guna. Ape-ape hal semua tak boleh nak jangka.

Mr. SA cuti hari ni. Lawasss seh! Aku masih menunggu tugasan baru jika sempat dihadam sebelum cuti bersalin. Tapi belum dapat. Aku rasa dia pun tak sampai hati nak suh aku siapkan di saat genting ni haha. Ye ker ye ker kalau dia kesiankan aku. 

Hari ni masih melalui routine check up selagi tak branak. Hati sejuk turutkan saja sebab lately yang handle kes aku ialah JM yang super lembut n baik hati n boleh tergelak bila2 masa jer. Ayat dia..selagi tak beranak, awak kene dtg check up yer..saya cakap baik-baik ni..saya tak reti nak marah-marah orang..sebab klinik ni sangat pentingkan patient. Mulai saat tu plan aku nak buat nakal malas g check up terus padam. Check-up2 ni semua bbukan untuk diorg, untuk kebaikan aku dan baby jugak kan..so teruskan saja. Harga yang perlu dibayar ialah, tahan lah telinga dengan nasihat dan soalan yang berulang-ulang-ulang supaya kita tak lupa. Katanya JM roza tu harini, kepala baby dah engaged, dah bawah sangat dah ni..orang kata dah masak (ranum) dah..betul-betul tunggu masa je ni. Aku senyum2 n iya kan saje lah. Lepas tu dia kata, mungkin juga boleh jadi overdue jugak kalau yang 1st dulu overdue/postdate. Berdasarkan pengalaman orang lain, over ke tak overdue, tak boleh nak jangka. Semuanya atas ketetapan Dia. Teringat kata-kata seseorang. Allah menetapkan kita lahir pada tarikh sekian-sekian bukannya sia-sia. Ada lah sesuatu rahsia disebaliknya.

Selepas melepasi tempoh yang sepatutnya musim alahan, aku ada tulis pasal kalau dapat alahan di hujung pregnancy pon xpe jer. Harung sajalah. Bukan benda yang boleh nak elak2. Rupanya betul bila kesihatan aku agak merosot bila 36 weeks ke atas, buat aku risau. Selesema dan batuk yang teruk. Batuk tu batuk lelah. Bukan batuk ringan. Kawan aku cakap tu satu bentuk alahan jugak. I see. So, aku kene usaha supaya sembuh cepat2 sebelum due. Tekanan di situ. Batuk tu terjangkit pada Qushayyi. Tambah cobaan lagi. Q batuk, demam & selesema. Batuk dia pun ala-ala spesen dengan aku jugak lah. Bila dia batuk, minum susu mesti muntah. Bila demam, makan tak lalu. Susu tak jadi darah daging. Ohhh, anakku dah slim! Pipi dah tak chubby. Sedihnya..peha dan betinya pun menyusut sikit, sebelum ni aku suka ramas2 and usap kaki dia sebab rasa dah besar dan pejal. Aku sendiri tak la rasa demam pun, cuma batuk dan selesema tapi suara memang hazab bunyinya lain macam, lama pulak tuh. Ambik ubat homeopati, memang dapat sekali ubat demam. Aku telan je lah. Tapi jadual mkn ubat kelaut. Makan bila terpaksa. Lepas tu, lepas makan apa2 makanan mesti rsa lidah semacam. Rasa x sedap and kne bilas dgn something makanan yg lain bg hlg rasa x sdp tuh.

Gambar Hiasan

Rasanya takat ni saja coretan menjelang hari bersalin. (Kalau ada masa boleh selit entry lagi ). Entah bila pula boleh menulis di ruangan ni lagi. Sebenarnya ader juga entry lain tapi rasa macam dah malas nak mengarang, mood kelaut. #nervous. Sebab masih nak buat revision last minute. ;) Oh! macam tak percaya juga kami bakal berempat jika diizinkan Allah..Rata-rata ramai juga kawan-kawan yang tahu kesukaran aku dulu2 untuk pregnant and terkejut coz now hanya menunggu masa kelahiran kedua.  #cuaksangat! Amanah ke-2 dari Allah yang tidak terjangka secepat ini. Qushayyi bakal berteman. Alhamdulillah atas percaturan & perancangan Allah.

Di kesempatan ini, aku memohon maaf pada semua yang mengenali jika peristiwa2 mengandung & melahirkan ini boleh menyakitkan mata, jiwa raga orang lain, apakan daya aku cuma melalui fasa-fasa kehidupan aku sendiri, jika itu boleh menjadi kesalahan pada kalian, aku tak berdaya berbuat apa cuma mengharapkan Allah berikan yang terbaik buat aku dan kalian juga. Amiin.. #bukansalahibumengandung



Our little precious. Terima Kasih Tuhan

Introducing our new family member.

Muhammad Firas Al-Qushayyi
(Berwawasan Luas, Pemikiran Jauh)
17 Feb 2013
5.49pm
3.17kg
47cm

Peristiwa kelahiran pertama betul2 terkesan di hati saya (dan pastinya suami juga).

Antara kerja dan keluarga

Selalu juga atau kadang-kadang kita berada di persimpangan. Biasanya orang akan cakap, family 1st! As for me saya tak nak la korbankan terus salah satu. Kene ada timbang tara juga. Ada orang terpaksa fokus salah satu hingga menyebabkan perkara yang satu lagi banyak terjejas. Contoh kerjaya doktor. Selalunya perlu fokus dan komitmen yang tinggi sehingga masa keemasan keluarga terjejas teruk.

Alhamdulillah kerjaya saya membolehkan saya berkerja dari rumah jika tidak ke pejabat. As long as ada talian internet untuk upload/menghantar tugasan. Jika tidak adapun, masih boleh siapkan secara offline di locallhost.

Sebenarnya, saya sangat risau jika tanda2 pasti untuk bersalin datang semasa waktu kerja. Tak mahu kawan-kawan kerja turut panik sebab saya. Lebih2 lagi tak nak menyusahkan diorang. Walaupun suami cuma bekerja kat office sebelah, tapi beg2 hospital masih lagi di rumah. Malasnya nak letak dalam bonet ke hulur ke hilir. Teruknya..huhuhu..Kalau sakit, InsyaAllah masih sempat balik ambil dan terus ke hospital.

Oleh kerana bonda saya mahu stay kat rumah, saya serba salah nak tinggalkan dia sengsorang kalau saya g kerja. Kesian dia nak masak, nak mandi dengan sebelah tangan bersimen. Tak sampai hati pula nak paksa dia tinggal rumah kakak saya lagi. Alasan sebenar dia tak nak tinggalkan saya. Mungkin bonda saya nak dia ada time saya sakit-sakit. Tu la pengorbanan ibu kita kan. Wlaau macamana susah pun, dia tetap fikirkan anak dia. Dia kata tak boleh tenang asyik fikirkan keadaan saya kalau dia tinggal kat rumah kakak. Kesian lagi kalau dia tak boleh tidur.

Hari kerja saya masih berbaki 2 hari menjelang cuti Tahun Baru Cina. Terasa sayang juga cuti. Kalau tak, memang saya kene EL. Tapi saya mesti sayang lagi bonda saya. Apa lah sangat EL(rekod cuti) tu kan. Kalau bonda saya boleh berkorban untuk anak dia, kenapa tidak saya? Mestilah berganda-ganda lagi boleh. Yang penting saya masih boleh bagi komitmen kerja walaupun di rumah. Harap2 tak ada hal yang membataskan saya bekerja di rumah. Jangan la ada gangguan lain. Masih ada bugs2 yang kene saya selesaikan. Kesian kat teammates nanti.

Prinsip saya mudah. Yang dikejar mesti dapat, yang dikendong jangan berciciran pula. Punya lah tamak kan. Semoga Allah permudahkan segalanya. Semoga saya dapat berbakti untuk orang sekeliling. Semoga saya tidak menyusahkan orang lain ke tahap maksima.

"Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai anak itu menambahkan lagi kasih-kayangku terhadap ibuku, kau jadi lah aku seorang ibu..amiin"


Check up @36 weeks

Malam tadi terjaga lg around 2.30am, muntah2 lagi. Angin kus-kus. Kene avoid terus cekodok atau kuih diperbuat dr gandum. Solat Isya' dan terlelap semula sebelum masuk kul 4am.

36 weeks 2 days. (Based on 1st day of last period. 4/5/2012)

Summary check up hari ni;
BP - OK 110/70

HB - Cantik & Naik 12.7 - Rasa2 ada kaitan dengan khasiat buah kurma. Cuma sempat makan sebiji kurma ajwah & 1 sudu VCO sblm pergi check up.

Berat - Lebih 0.5kg - Yess selera agak melampaui batas lately.

Degupan jantung baby - OK walaupun kali ke-2 JM Norazrin cari baru jumpa. Mungkin kerana faktor tumbesaran baby sebabkan bunyi semakin sukar untuk dikesan sedangkan baby dah jolok2 perut mama.

Sembab kaki - Ya. Alami juga bila dah hujung2 ni. Jari-jemari of course memang x leh nak pakai cincin baru dah walaupun cincin tu bsr - longgar time sebelum peknen.

JM brief mulai sekarang bila-bila masa saja akan deliver walaupun due 11/2/2013 sebab kandungan dah melebihi tempoh 9 bulan. Kata orang pulan, mungkin juga boleh delay lagi memandangkan 'perut masih belum turun'/masih kemas. Entah la. Berserah pada Yang Maha Kuasa. Yang selalu bermain di fikiran cuma - berapakah berat baby sekarang agaknya. Risau la sebab selera bertambah sakan sekarang. Nasib baik dah hujung2.

Sementara tunggu nama dipanggil untuk check perut and timbang, ada lah sorang preggy woman ni, leh dikatakan muda lagi, dalam lingkungan akhir belasan tahun hingga awal 20-an(entah lah saya bukannya reti nak bajet usia orang skrg ni.) Dia toleh saya, and panggil "Mokcik, kene kencing dulu ker?"
Whatttt??? Mokcik mu pggl aku? Hua3. Walaupun saya ada anak saudara yang dah umo 27 tahun, tapi aku x suka kot org pggl aku makcik! agak jengkel di situ. Agak-agak ar dik berbahasa tu. Then, saya macam..huh..x berapa nak give respond sangat budak muda cam ni. Baru mengandung kut. Dah register & buat buku. Tapi still terpinga-pinga prosedure check up. Should be dah diberitahu JM-JM sekalian yang ada kat situ. Then, dia macam mengeluh lagi, katanya x ramai pun JM yang bertugas. Aik?? Berapa kali kut adik ni dtg check up kat sini. Hari ni dah kira full dan semua JM bertugas. Semuanya 4 orang tak termasuk JM2 bahagian lain, iaitu 2 bahagian lagi, 1 bahagian rawatan pesakit luar dan satu lagi saya tak tahu. Saya macam sengih tak sengih n senyum tak senyum je la. Then dia talk about the cat yang tengah buyung jgk mundar mandir dalam klinik. Katanya, bsrnya perut..dah 8 bln kot..Saya senyum kelat tanpa toleh dia.

Saya tak suka sgt pets. And jarang nk bg respond bila ada yang perkatakan about the pets. Kdg2 je la layan. Teringat zaman kat Buzznet. Sorang kawan; Nadiyah hebat duk cerita pasal anjing area rumah sewa dia. I just like hear cam2 tu je n macam xde orang pun ckp dgn saya time tu. Oh! Kejam kot. Then, nasib baik ada si Ajis(Aziz) kat tempat penceritaan. Dengan semangatnya si Aziz yang baik hati ni la yg merespond cerita Nad. Hehehe..klakar la bila teringat zaman Buzznet. Setiap orang sangat lain karakter. Tapi itu la yang merapatkan hubungan kami. <3

Bonda's health: Part 2

Selepas lbh krg seminggu bonda saya sihat dari penyakit gatal-gatal tu, punya la dia aktive buat macam2 kerja/urusan. Mana taknya dalam 3 minggu melayan gatal. Tapi....
Menjelang Khamis 3/1/2013..kami diduga lagi. Ibu saya rebah semasa halau ayam-ayam yang suka datang bertandang and berak kat rumah kami.

Bersambung...sedih!

Bonda' s health

"Fabiayyiaa laa irobbikumaa tukazzibaan.." Sesungguhnya nikmat yang mana lagi patut kamu dustakan?

Pertama sekali saya sangat2 bersyukur ke hadrat Ilahi sebab bonda saya sudah sembuh. 3 minggu mungkin tempoh yang singkat bagi orang lain menghadapi sesuatu dugaan tentang kesihatan. Saya rela diri saya sakit daripada melihat orang-orang tersayang menghadapinya. Mulanya saya bawa ibu pergi berubat homopati. Kata doktor buah pinggang bonda kotor sedikit, sebab tu darah bertoksin dan menyebabkan gatal keseluruhan tubuh badan. Doktor bagi ubat dan tempoh seminggu. Setahu saya remedi homopati menyebabkan penyakit 'keluar' sebelum sembuh. Maknanya mungkin rasa gatal2 tu berterusan untuk 1 jangka masa, tapi saya rasa tak sanggup melihat bonda saya dalam keadaan tu. Dan itulah yang berlaku. Kemudian, saya belikan minuman kesihatan Exfuze Seven. Semoga keadaan lebih baik. Tapi belum pulih. Abang saya sarankan minum minyak zaiton, kapsul habatusauda, cecair mandian anti-bakteria Tea Tree. Tapi situasi masih sama. Bonda belum pulih. Sehingga lah bonda saya ajak pergi rawatan alternatif. Untuk 'check' penyakit ni berpunca dari apa. Kata perawat, ada la sangkut2 jugak dengan benda luar. Saya macam malas nak percaya sangat. Apa pun kami berikhtiar, dan suami tetap 'memagar rumah' sepertimana yang disarankan. Cara itu juga digunakan oleh ustaz2 untuk menghalang benda2 mistik dari mengganggu anak Adam. Tiba satu masa, kakak no4 dan ibu saudara saya yang bongsu memujuk bonda untuk berubat di Kuantan dengan imam masjid. Pujuk punya pujuk, bonda setuju. Keputusannya, tiada kaitan dengan saka atau benda2 luar. OK, saya percaya. Tok imam guna air, limau nipis dan bedak sejuk sebagai 'ubat' penyembuh. Dalam masa yang sama saya terus mencari penyelesaian kepada masalah kesihatan bonda saya ni. Akhirnya dapat petua Air rebusan daun sup. Cepat2 saya hello pada kakak dan suruh buatkan bagi bonda minum. Katanya banyak juga bonda saya minum. Alhamdulillah, sangat mudah petua ni. Selama seminggu bonda saya di Kuantan. Setiap hari saya minta update keadaan bonda saya. Akhirnya kami adik beradik sepakat untuk bawa ibu ke klinik untuk periksa darah. Bincang2 lagi, lebih baik terus ke klinik pakar supaya rawatan lebih cepat. Kerana saya masih berkerja, kakak2 saya bawa bonda dptkan rawatan ke klinik pakar kulit menon di bandar atas cadangan saya. Dengan kebaikan Allah jua, sehari dia selepas rawatan, ibu saya tidak menggaru lagi. Apa yang doktor buat dan check ialah;
  • injet kat punggung sebijik
  • check urine
  • BP
  • jantung
Hasilnya semua OK, doktor siap memuji tahap kesihatan bonda saya. Masalah utama yang doktor kata cuma masalah kekeringan kulit. Doktor bagi;
  • Sabun badan Margo - iklan Rani Mukherji
  • Losyen sebelum mandi
  • Losyen selepas mandi
  • Ubat makan 3 jenis.
Itupun untuk tempoh seminggu juga. Doktor juga cadangkan guna losyen VASELINE 'Intensive Rescue moisture locking hyperallegernic moisturizer'. Alhamdulillah saya bertemu losyen ni kat pasaraya berdekatan. Itu pun tinggal satu je. Rezeki bonda saya. Harga cuma RM11.70. 

Selepas 3 minggu, ibu saya start dah active. Buat macam2 kerja. Masuk 'office' aka 'hotel' yang sebenarnya ialah tukar cadar katil, basuh baju, pergi kedai acap kali dan macam-macam. Itu lah dia. Mana boleh duduk saya walaupun umur dah nak masuk 74 tahun. Alhamdulillah...3X semoga Allah SWT panjangkan umurnya untuk melihat anak saya membesar di depan matanya.



Kisah cendol & nasi kunyit


Dah dkt tengahri baru makan roti sosej 2 keping, sedap, kenyang hingga waktu lunch. Jadi, solat zohor awal, baru keluar cari kedai nak tapau makanan. Bila dah stress dgn keje, mula la nk keluar pun malas. Tp bila ade symptom takut lapar sbnrnya takot baby lapar..keluar juga.

Nak elakkan nasi, beli kuey tiaw tom yam putih dan semestinya air faveret ice blended mocha. Jumlah rm8.50. lepas tu, lajak lagi nak cari cendol untuk bonda. 2 kedai taka da pon jual. Ni dah hari ke5 bonda puasa 6, saya rasa nak menangis sebab tak dapat jumpa cendol. Bonda saya sangat lah suka, nak2 bila puasa. Jadi, semestinya kene cari sampai jumpa. Oh air mata sempat bergenang waktu balik ke ofc semula tanpa cendol. Sebab pukul 3pm ader discussion project - penting.

Balik keje, dengan harapan tinggi singgah kedai yang tak jauh dari rumah. Alhamdulillah, ada juga. Jumpa cendol macam jumpa emas yg hilang jer. Balik dengan gembira. Sampai rumah Nampak nasi kunyit yang bonda baru siap buat. Gembira berganda. Allah Maha Mendengar, saya cuba kabulkan hasrat bonda nak makan cendol, dan dalam diam bonda buatkan nasi kunyit yang mana saya rancang nak buat sebagai tanda kesyukuran bila kandungan melepasi 4 bulan. Tengok-tengok bonda dah buatkan. Maunya bulan jatuh ke riba. Ibu saya buat juga bukan kerana saja-saja. Sebab dia sendiri pun ada hajat. Tapi dirahsiakan. Saya dengan prasantan nya hajat dia sama dengan hajat saya. Masa tu saya sempat beritahu hajat saya tu pada dia.Walaupun sangat stressed di office, hari ni balik rumah dengan hati riang. Alhamdulillah.
OK. Daaaa…


Jangan label wanita sebagai insan yang lemah


Mlm semalam, tanggal 22 Ogos 2011 bersamaa 22 Ramadhan 1432H kembalilah bapa mertua kakak saya no.4 ke rahmatullah..Al-Fatihah. Kenapa saya menulis tentang ini? Sebab saya mengenali kesemua mentua adik beradik saya dengan baik. Makna kata, ada antara mereka yang saya sudah anggap seperti ibu saya sendiri. Sayangnya, ramai yang sudah pergi dan saya belum puas mengenali mereka.

Pagi semalam saya mendapat pelepasan untuk pergi melawat si mati di Kg.Bukit Agu, Tepuh sebelum masuk kerja. Kami pergi berempat termasuk bonda saya. Saya dapat melihat hanya ketenangan yang nyata menghiasi wajah isteri kepada si mati iaitu ibu kepada 13 orang anak di mana salah seorang anaknya adlh seorang wakil rakyat. Apatah lagi si mati sudah diduga dengan pelbagai penyakit di hujung2 usianya. Sudah pasti si isteri lebih senang mahu 'melepaskan' suami pergi daripada terseksa di dunia.

Kakak saya bertuah merasai kasih sayang seorang ayah(mertua) sedangkan saya tidak kerana saya dan suami sama-sama berstatus anak yatim. Dan arwah juga cukup sayang dengan kakak.
my #4 ssis with her stroke father i law
Saat ini dada kami kerap berdebar tatkala bunyi mesin berlainan dari nada biasa. 
my bonda n farah
Few months back, si isteri pernah dimasukkan ke hospital akibat patah tulang peha kerana terjatuh di rumah. Di kesempatan kami melawat beliau, saya memerhatikan pasangan itu. Si arwah semasa ingin beredar pulang telah menitiskan airmata kesedihan. Kepiluan di hatinya tatkala mahu pulang melihatkan isteri yang terlantar dengan tulang kaki disangga dengan sebiji bata  sebagai pemberat oleh besi yg menahan.

Usia si isteri dan suami lebih kurang sebaya dengan bonda saya membuatkan saya sangat2 tersentuh dengan situasi itu. Kasih sayang terpancar jelas di wajah suami(arwah) walaupun di lewat usia.

Bagi saya, wanita dianugerahkan dengan perasaan yang lebih kental walaupun dilabel lebih BEREMOSI dan bukan keterlaluan jika saya nyatakan wanita itu lebih kuat. Ini yang saya beritahu suami tatkala kami berbicara tentang ramadhan ya karim. Ya, wanita lebih kuat dan disebabkan itu keupayaan untuk mengandung dan melahirkan diserahkan oleh Pencipta kita kepada wanita. Dan itu jugalah jalan penghapus dosa bagi kaum hawa. Wanita juga berupaya menggalas pelbagai cabaran kehidupan tanpa kehadiran lelaki di sisi lebih2 lagi pada zaman sekarang. Oh, saya bukan ingin merendah-rendahkan kaum adam tetapi maksud saya wanita bukan insan yang lemah.

p/s: bertuahlah bagi sesiapa yang membuat persediaan menghadapi saat kematian..