Mr. SA cuti hari ni. Lawasss seh! Aku masih menunggu tugasan baru jika sempat dihadam sebelum cuti bersalin. Tapi belum dapat. Aku rasa dia pun tak sampai hati nak suh aku siapkan di saat genting ni haha. Ye ker ye ker kalau dia kesiankan aku.
Hari ni masih melalui routine check up selagi tak branak. Hati sejuk turutkan saja sebab lately yang handle kes aku ialah JM yang super lembut n baik hati n boleh tergelak bila2 masa jer. Ayat dia..selagi tak beranak, awak kene dtg check up yer..saya cakap baik-baik ni..saya tak reti nak marah-marah orang..sebab klinik ni sangat pentingkan patient. Mulai saat tu plan aku nak buat nakal malas g check up terus padam. Check-up2 ni semua bbukan untuk diorg, untuk kebaikan aku dan baby jugak kan..so teruskan saja. Harga yang perlu dibayar ialah, tahan lah telinga dengan nasihat dan soalan yang berulang-ulang-ulang supaya kita tak lupa. Katanya JM roza tu harini, kepala baby dah engaged, dah bawah sangat dah ni..orang kata dah masak (ranum) dah..betul-betul tunggu masa je ni. Aku senyum2 n iya kan saje lah. Lepas tu dia kata, mungkin juga boleh jadi overdue jugak kalau yang 1st dulu overdue/postdate. Berdasarkan pengalaman orang lain, over ke tak overdue, tak boleh nak jangka. Semuanya atas ketetapan Dia. Teringat kata-kata seseorang. Allah menetapkan kita lahir pada tarikh sekian-sekian bukannya sia-sia. Ada lah sesuatu rahsia disebaliknya.
Selepas melepasi tempoh yang sepatutnya musim alahan, aku ada tulis pasal kalau dapat alahan di hujung pregnancy pon xpe jer. Harung sajalah. Bukan benda yang boleh nak elak2. Rupanya betul bila kesihatan aku agak merosot bila 36 weeks ke atas, buat aku risau. Selesema dan batuk yang teruk. Batuk tu batuk lelah. Bukan batuk ringan. Kawan aku cakap tu satu bentuk alahan jugak. I see. So, aku kene usaha supaya sembuh cepat2 sebelum due. Tekanan di situ. Batuk tu terjangkit pada Qushayyi. Tambah cobaan lagi. Q batuk, demam & selesema. Batuk dia pun ala-ala spesen dengan aku jugak lah. Bila dia batuk, minum susu mesti muntah. Bila demam, makan tak lalu. Susu tak jadi darah daging. Ohhh, anakku dah slim! Pipi dah tak chubby. Sedihnya..peha dan betinya pun menyusut sikit, sebelum ni aku suka ramas2 and usap kaki dia sebab rasa dah besar dan pejal. Aku sendiri tak la rasa demam pun, cuma batuk dan selesema tapi suara memang hazab bunyinya lain macam, lama pulak tuh. Ambik ubat homeopati, memang dapat sekali ubat demam. Aku telan je lah. Tapi jadual mkn ubat kelaut. Makan bila terpaksa. Lepas tu, lepas makan apa2 makanan mesti rsa lidah semacam. Rasa x sedap and kne bilas dgn something makanan yg lain bg hlg rasa x sdp tuh.
Gambar Hiasan |
Rasanya takat ni saja coretan menjelang hari bersalin. (Kalau ada masa boleh selit entry lagi ). Entah bila pula boleh menulis di ruangan ni lagi. Sebenarnya ader juga entry lain tapi rasa macam dah malas nak mengarang, mood kelaut. #nervous. Sebab masih nak buat revision last minute. ;) Oh! macam tak percaya juga kami bakal berempat jika diizinkan Allah..Rata-rata ramai juga kawan-kawan yang tahu kesukaran aku dulu2 untuk pregnant and terkejut coz now hanya menunggu masa kelahiran kedua. #cuaksangat! Amanah ke-2 dari Allah yang tidak terjangka secepat ini. Qushayyi bakal berteman. Alhamdulillah atas percaturan & perancangan Allah.
Di kesempatan ini, aku memohon maaf pada semua yang mengenali jika peristiwa2 mengandung & melahirkan ini boleh menyakitkan mata, jiwa raga orang lain, apakan daya aku cuma melalui fasa-fasa kehidupan aku sendiri, jika itu boleh menjadi kesalahan pada kalian, aku tak berdaya berbuat apa cuma mengharapkan Allah berikan yang terbaik buat aku dan kalian juga. Amiin.. #bukansalahibumengandung
No comments:
Post a Comment