Baby pegang rahim mama kuat2 okai, mama nak bawa kamu ke alam Ramadhan Ya Kareem

Its gonna be fun with you inside my tummy, baby. This is the precious moment. 

Hari pertama Ramadhan, bermula dari bangun sahur, mama rasa sangat bersemangat dan kuat untuk menyediakan juadah sahur walaupun malam tu mama tidur lambat(sebab tak mengantuk langsung). Walaupun tak tidur pada siang sebelumnya, Subhanallah rupanya Allah beri tenaga untuk beribadah. Tapi mama belum menggunakan sebaik mungkin malam itu kerana mama terlebih fokus pada waku sahur. Mama bangun pukul 4am.

Sayang,
Baby kene kuat k, bagi semangat pada mama untuk menjadikan bulan ramadhan kali ini lebih istimewa dengan adanya kamu bersama-sama mama. Di alam Ramadhan ni, banyak perkara yang kita akan lakukan bersama. Baby kene kejut mama untuk masak dan bersahur, lepas tu kita kemas dapur bersungguh-sungguh. Lepas tu azan Subuh akan berkumandang. Then, kita kene terus solat Subuh. Lepas solat Subuh, kita kene mengaji sehingga letih dan mengantuk. Lepas tu kita baru boleh rehat sekejap, tidur. Bila bangun, kita kene kemas tempat tidur dulu sayang. Lepas tu barulah basuh baju. Ala, mesin yang basuh bukan kita pun. Lepas tu kita akan buat benda yang mama paling muntah nak buat, iaitu lipat kain baju sambil2 tunggu mesin siap buat kerja dia. Lepas tu kita kene jemur baju la pulak. Sayang penat tak agak2? Mama rasa sayang kuat. Sangat kuat dengan izin Allah. Oh ya, buat masa sekarang, mama belum boleh bertarawih di masjid/surau. Mama masih ada simptom kecairan air liur dan mama perlu pastikan muntah-muntah tidak berlaku lagi. Sebab tu sebagai ganti kita kene cuba sehabis baik untuk mencuri waktu yang ada untuk beribadat di rumah saja. Tak kiralah kita di mana sayang, janji kita ingat Allah. Kan?

Itu jadual hari cuti sayang. InsyaAllah, semoga alahan kita cepat2 berlalu bila melengkapkan trimester pertama, mama dah mula kene kerja. Sayang, kerja mama agak mencabar. Tapi mama dapat excuse untuk tidak travel ke client site. Sebab mama terlalu ingin menjaga keselamatan kamu. Sebaik mungkin. Selebihnya mama berserah pada Yang Maha Zat dan Kuasa. Kita buat coding saja okai? Mama agak teruja untuk memulakan kembali kerja-kerja membuat programming, sebab kali ini dengan kamu bersama mama, sayang. Mama terlalu ingin melatih otak kamu bekerja sebaik mungkin. Nanti semoga Allah beri mama anak yang intelligent, efisyen dan cerdas dan juga sihat walafiat.

Sekian ~

No comments: