Entah mengapa diriku iniItu bait-bait lagu Aisyah.
Halaman orang nampak berseri
Laman sendiri berwarna warni tak bererti
Dulu saya selalu menegaskan pada diri sendiri bahawa perjalanan hidup setiap insan adalah berbeza walaupun adik beradik, mahupun kembar sekalipun. Setiap kali kita melihat keberuntungan seseorang, contoh: Kulit muka dia lebih cantik dari kulit muka kita, Dia dapat anak lebih cepat dari kita, Dia kawen lebih awal dari kita, Dia dapat kerja gomen berbanding kita swasta je, kontrak pula. Itu hanya apa yang kita (dan orang lain nampak). But once kita berpeluang mengenali mereka dengan lebih dekat, time tu baru kita tersedar, Ya Allah, aku sebenarnya bersyukur padaMu, kerana aku adalah aku, bukan mereka.
Allah SWT Maha Adil, dia turunkan nikmat bersama-sama dugaan. Terpulang lah pada kita macamana mahu blend 2 perkara tersebut demi menjalani hidup masing-masing. Allah bagi orang tu kelebihan/kegembiraan part lain, tapi dia beri tekanan(supaya kita bersabar) di bahagian sudut hidup yang lain pula.
* Ader seseorang pernah kata, atau saya pernah terbaca entah di mana bahawa;
Jika seseorang tu mengalami kesukaran semasa mengandung(alahan yang tersangat teruk). maka InsyaAllah dia akan Diberikan kemudahan bersalin. Mungkin sakitnya tidak lama. Dan sebaliknya.
No comments:
Post a Comment