Jauh di mata di hati jangan

TRG - Cheneh: 1 jam 
TRG - KTN: 2 jam 
TRG - KL: 4 jam setengah

Tak ke bahagia tu namanya? Ewah. Buleh la jenguk kebun tetiap hari minggu. (Bajet mcm gagah jer.) Exit highway sangat dekat dengan rumah saya. Ini sudah bagus. Jika jarak sudah dipendekkan, sudah pastilah tambang bas dan kos fuel dapat dijimatkan. Masa apatah lagi. 


LPT2 dari Bukit Payung ke Bukit Besi dibuka tahun ini

KUALA TERENGGANU: Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), pakej Bukit Payung ke Bukit Besi dijangka dibuka pada akhir tahun ini setelah kerja menyiapkan lebuh raya di kawasan itu kini hampir mencapai 90 peratus. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Za'aba Mohd Adib, berkata pembukaan lebuh raya Bukit Payung ke Bukit Besi itu membabitkan jalan sepanjang 64 kilometer.
"Bagaimanapun pakej lain masih ada yang belum siap, dan kita buka dulu pakej itu untuk kemudahan penduduk terutama dari Kuala Terengganu ke Bukit Besi, Dungun," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPMMT) ke-38 di sini hari ini. Hadir sama Pengerusinya, Datuk Ir Tengku Ismail Tengku Jaafar. 

Projek LPT2 sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor, Kemaman dekat sini ke Kampung Gemuruh, bahagian utara Kuala Terengganu adalah kesinambungan projek lebuh raya LPT Fasa 1 iaitu dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang dimulakan pada Mac 2006 dengan anggaran kos awal projek sebanyak RM3.7 bilion. 

Projek itu terbahagi kepada 16 pakej di mana 15 pakej dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya yang ditawarkan secara tender terbuka konvensional dan satu pakej lagi secara rundingan terus dikendalikan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. 

Projek yang sepatutnya siap pada akhir tahun lalu itu bagaimanapun mengalami masalah apabila beberapa kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan kerja mengikut jadual yang ditetapkan berikutan masalah kenaikan harga barangan pembinaan di pasaran. - BERNAMA 

Sumber berita: Berita Harian & http://ece2.jkr.gov.my

No comments: