Kadang-kadang pujukan itu menambah lagi duka

Petang semalam saya rasa dah berjaya reset perasaan kecamuk saya. Saya sedia & cuba terima semua ketetapanNya. On the way back home dari office, saya suarakan angan-angan pada suami.
"Jom kita buat IUI??"
"Proses dia mcmn?"
"Pilih sperm terbaik, masuk dalam isteri."
"Berapa kos?'
"RM500 rasanya"
"Sekarang ni ade ke xde?"
"Tak tahu keputusan lagi. Pagi sabtu ni nk konpemkan."
Diam.

Lepas solat maghrib, baca Yasin dan zikir Ya Mubdi Ya Muhyi, then terus tertidur langsung tak sedar pe. Sedar2 dah jam 11.30pm. Ada gmbr besar atas netbook sebelah saya tidur. Suami yang letak. Entah macamna dalam cahaya samar saya boleh nampak siapa dalam gambar tu. Bangun pagi je bonda beritahu berlaku ribut malam tadi. Seperti malam baru2 ini. Ya, dlm hati saya juga sama.

Pagi2 ni dapat fb mesej dr kakak. Dia pujuk. Tapi hati kembali terganggu. Dan2 tu juga rasa nak meraung. Tapi masih terkawal sebab @office.

Harini Rabu, 22/6/2011 sepatutnya ade appointment dengan Doctor Azizan. Doc yang mengesahkan kehamilan saya. Hari ni perkiraanya 6w, so dia mahu lihat perkembangan. Tapi....apakan daya..saya rasa perlu berjumpa dengan Doctor K dulu. Entah apa lah keputusan Allah nnt..

No comments: