Antara asid folik dan duphaston

Saya dah keliru dah ni. When we r talking about asid folic, ramai sebut tuk kuatkan janin. Once got pregnant, mesti dibekalkan dengan asid folik. Tapi keguguran masih berlaku. 


Persoalannya, adakah asid folik tu untuk kuatkan janin?
Macamana pula nak kuatkan rahim?


Asid Folik:
Asid folic adalah sejenis vitamin B iaitu Vitamin B9. Asid folik membantu tubuh anda membentuk sel-sel baru.  Vitamin B9 ini mengurangkan risiko kecacatan janin iaitu kecacatan tiub neural. Conclusion: Bila janin x cacat, means dia lebih kuat untuk survive.


Jika hanya janin yang gagah, tapi rahim lemah, tak guna juga. 


Duphaston:
Duphaston ialah ubat hormon. Ubat ni boleh merawat masalah hormon progesteron (period tak teratur) dan endometriosis(penyakit yang luarbiasa seperti senggugut yang teruk).


Fungsi duphaston (berisi hormon progesteron) adalah untuk mempertebal dinding rahim(rahim yang tebal dipercayai lebih kuat untuk melindungi janin). Obat ini biasanya diberikan untuk orang dengan kadar progesteron rendah. Karena kerja progesteron mulai setelah ovulasi, maka memang baru diminum setelah hari ke 16 (diasumsikan ovulasi telah terjadi.)...dan pemberiannya tidak boleh terlalu banyak, karena bisa mengakibatkan perdarahan yang banyak pada saat mens nantinya..


Oh mcm dah penat jer cari info..fuh! nnt akan update kalo jumpa info lagi..

No comments: