1st time pregnancy

Bagaikan mimpi.

Sejak jln2 @Mesra Mall rasa nak singgah Guardian cari tester. Beli Dip & Tell for irregular period. Pai esoknya test. 
Resultnya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tapi x sure +ve ke -ve. Pastu, saya upload dlm 1 web ni utk netter vote.

Your vote

Result: 95% vote positive. Esoknya pergi klinik area office. Baru lah 2 line terang muncul.

DA: "Ada ni. Tapi baru lagi..dalam sebulan baru.."
TN: "Ada ??????Erm.."
DA: (Senyum sambil angguk). Jaga baik2.
TN: "Alhamdulillah.."

@Klinik Ummi Azizan.
Susu anmum percuma + UPT = RM10 ja. Masuk kereta terus kol suami.(Dia tgh meeting). Baru je cakap skit terus menangis. Perasaan hanya Allah yang tahu, tak tertahan air mata keluar. Cepat-cepat cover bimbang org lalu lalang depan parking perasan. Saya cuba bertenang. Dan menahan sedih. Airmata gembira dan kebimbangan bercampur baur. Tapi kebimbangan lebih menguasai diri. Saya bertindak terus berjumpa doctor kerana ada sedikit bleeding bgn tidur pagi tu. Plan nak test sendiri sekali lagi dalam seminggu lagi. Mula-mula pergi klinik Ummi Azizan. Tutup lagi. Pergi Klinik Wan Saleha. Doc masuk 10.30am. Patah balik Klinik Ummi Azizan. Tanye2, doc masuk kul 9.30am. 9.15 doc dah masuk pun. Doc Azizan yang baik-baik tu..Like! Lepas solat Zohor. Menangis lagi teresak. Pilu. Terharu dengan rahmat Allah.

Sehari sebelum tu(7/6/2011 - Rabu), dah tekad nak check sendiri. Tapi line ke2 masih samar-samar. Tapi dalam hati 80% rasa positive.

Sehari sebelum tu lagi (6/6/2011). Cuti aka bercuti seharian. Melepaskan tekanan dengan jalan-jalan ke Mesra Mall dengan family kakak no2. Dah la banyak jalan-jalan sampai lenguh. Teringin nak beli urine tester. Rasa2 dah setahun tak pegang mende ni. So, beli la sorok2. Main pula bowling, guna bola berat. 14  dan 15. Lepas je main 1 game, terus rasa kepala berpusing-pusing. Mimi ajak samb 2nd game. Tapi moksu dah xmboh main sebab pening paler doh. On the way back(malam dah), rasa juga sakit2 dekat ari-ari tapi layan je la rasa x serius mana. Sampai rumah dalam 1pagi.


2-3 hari sebelum tu (2-4/6/2011) tu ialah cuti Keputeraan Sultan. 3 hari cuti. Time to berkebun. 3/6 berkebun waktu petang. Sbnrnya ptg tu tak buat pe sangat. Layan Amna dan Aqil je killing the time @kebun. Pagi esoknya baru bersungguh buat kerja-kerja kebun, tanam pokok pisang dan pokok ubi dan pasang banner kat  pondok. 2 hari tu lah bleeding sket. Tapi tak fikir banyak.

ALhamdulillah. Allah Maha Besar. Maha Mendengar. Trima kasih kepada yang mendoakan saya. Termasuk yang mendoakan saya di Tanah Suci Mekah. Sangat menghargai. Yang memberi tips, menasihati dan semuanya. Terutamanya sahabat lama, Alina. Aku dan suami banyak ikut nasihat n tips ngko.

No comments: