1st scan@ 5 weeks

13-6-2011.
Ader calit koko. Brownish spotting. Hati runsing. Malamnya, pegi Klinik Khuzaini & Raja Himah utk scan and consultation. Punya lah tunnggang banyak air nk penuhkan pundi kencing punya pasal. Sia2 lah kalo scan tak nampak pe kan gara2 xde air lam pundi. Masa doc scan tu tertahan-tahan nak terkucil. Adoyai. Doc phmn gelak jer la. Alhamdulillah walaupun malu2,tapi si dia masih tunjukkan diri. boleh kesan la kawasan mana tempat tertanamnya embrio. Lega dan Alhamdulillah sangat2. Now im a bit happy. Lesser the worried. Doc ukur. Baru 4w6d. Esok jd 5w. Khamis lps(9-6-2011), nk tepat dh doctor Azizan(Klinik Ummi Azizan suspect baru sebulan).

Doc Khuzaini juga ade terangkan terdapat 2 jenis rahim;
1- tanah
2- batu
Ini pertama kali saya dengar. Ini mungkin bukan istilah saintifik atau perubatan. Tapi kenyataan ini keluar dari mulut seorang doctor. Jadi kita terima je. Jika rahim/peranakan jenis tanah, means susah sikit nk nampak sac. Jika peranakan jenis batu, lebih baik/OK. Alhamdulillah rahim saya jenis batu. Imej scan bukanlah terlalu jelas tapi cukuplah dah boleh nampak sac tu.

Lps scan trs doc suh g buang air..kesian punya apsl sbb de bende nk diterangkan lg. Doc pon terangkan lah jika spotting tu brownish, namanya cuci muka(ayt org2 lama). Secara saintifiknya, apabila implantasi berlaku, embrio akan tertanam dalam rahim. Proses penanaman ni lah yang sebabkan pendarahan. Pendarahan berwarna coklat sebabnya itu darah lama yang berada di kawasan bawah/belakang embrio. Dats why macam hujung2 period keadaanya. Itu adalah biasa dan normal. Tapi jika spotting berwarna merah segar, itu baru bahaya.

OBIMIN PLUZ. Hanaya booleh diambil bila usia kandungan melebihi 3 bulan. Punya lah saya kalut pegi beli cpt2. Tapi baru mkn 3 biji. Harap2 xde pape. Sebenarnya tak perlu lagi. Bukanlah kata bahaya.

Saya sangat bimbang juga sejurus sebelum masuk blk doctor sbb sudah bersms dengan kwn2 yg prnh keguguran. Lain orang lain keadaan/pengalaman masing2. Kawan saya tu spotting pon sikit sajer. Bila scan doc ckp dah xde. Sedih kan..dia dah 2 bln peknen masa tu.


Blk rmh, kira due date sendiri. Jika sekarang usia dlm 5minggu, maknanya due date ialah jatuh pada hari lahir suami! Jika diizinkan Allah, akan lahir pada 14-02-2012. Allahuakbar. Indahnya ketentuanMu. Jika bulan 1, adlh bulan perkahwinan kami. Jika bulan 3, bulan kelahiran saya. Jika bulan2 selepasnya semuanya istimewa. kami terima.


Doc bgtahu biasanya alahan akan sampai bila dah masuk bln ke2.

No comments: