Showing posts with label Hardship. Show all posts
Showing posts with label Hardship. Show all posts

Organizer Finder

Hari ni Q jadi bodyguard mommy gi kolej

Aku sambung cuti bersalin yang berjumlah 60 hari tu jadi 90 hari. Ikut hati aku ni nak sambung jadi setahun. Jujurnya tu lah yang aku rasa sekarang. Aku belum betul2 fit untuk jadi supermommy atau superdotter atau superworker atau manusia super duper. Aku cuma pengejar masa yang setia. Aku sangat perlukan latihan yang padu untuk bertatih meniti hidup ni. 2015 yang semakin mencabar. Walaupun dalam situasi masih bercuti, aku rasa ok jer bila still kene mengajar sebaik sahaja semester bermula. Itu pun management kolej dan rakan lecturer sangat2 consider untuk terima request aku untuk mengajar sesi petang saja. Alhamdulillah...moga Allah merahmati kebaikan diorg lebih2 lagi adik2 lecturer baru yang sanggup take over subject2 aku. I love you deep3 lah adik! Memang spinning pening sebab plan aku terpaksa diubah oleh beberapa hal yang berubah mengikut keadaan semasa. To be frank (lagi), aku semakin suka n seronok mengajar student kolej, lebih2 lagi bila ada yang mamapu capai 4.0 pointer. Ini kerana mereka fokus dalam kelas. Aku sangat titik beratkan apa yang aku ajar dalam kelas bukannya nota sebab kalau nota aku memang tak lengkap lah jawabnya. Haha. Sapa datang kelas dan fokus dan bertanya, dia lah calon pelajar terbaik!

Kaan? Makin susah nak berpose dengan jejaka kecil sulong ni.
Banyak sebenanrnya aku nak kongsikan perkembangan Q kat sini tapi apakan daya, masa itu sangat limited dan berharga skarang ni. Ini pon sebab Tsaqiif tidur lena malam ni sambil2 aku settlekan mana uruan rumah yang patut #ikut plan. Ya, aku dah ada rakan sepermainan yang suka merancang-rancang hidup ni. saper lagi kalau bukan TgTimah kan..Sebab dah susah nak pose sama itu encik Q, so aku dah mula gatal2 ajak encik T pulak pose. Tak pe lah, boyfriend dah jadi 3. Eloklah gilir2 kan.

Baby T dah pandai bagi kerjasama yang baik depan kamera
Dah tu..amender yang bz sangat sampai aku nak cuti setahun tu? Haaaa..nampak kan bantal baby(yang x guna pun) dan gambar bujang dan kawen aku yang bersepah tu. Itu namanya never ending task, cuma aku tengah pikirkan something yang more organize. Sesuatu yang aku takyah nak buat benda sama banyak kali. Aku dah tahap nak upah orang sertai aku kemas rumah haha..tapi tengok lah dulu, kalau macam tu tak super duper lah aku namanya. Apa pun, aku tengah usahakan yang terbaik. Moga Allah merahmati..amiin...

Tulis banyak pun tak guna kan so lets do it!

Moga ada masa lagi untuk blogging.

Tata.

Leave it to Allah...

Reduce the risk:
Saya dah buat perancangan terbaik. Pebgorbanan yang bukannya kecil tapi bila kurang orang yang faham kenapa saya begini, amatlah membangkitkan rasa tension. Saya dah dan sedang buat yang terbaik, saya tidak mahu gagal kerana orang lain. Apabila saya tersepit dengan keadaan, saya ras aberdosa kerana mengecilkan hati-hato orang yang tak faham. Kebanyakan masa saya menolak pergi kemana-mana adlh kerana saya rasa sakit, ketidakselesaan di dalam perut. Tapi, dalam keadaan demikian saya terpaksa lah juga memenuhi demi menjaga hati-hati mereka. Akhirnya saya berbalik kepada Allah, apapun yang saya terpaksa lakukan, saya hanya berserah padaNya. Hanya dia lah pemelihara dan pelingdung yang agung. Dengan itu, hatiku kembali tenang.

Alahan:
Jangan berlagak sangat. Peringatkan diri sendiri. Konon tak kene alahan. Bg pengalaman sendiri lah kan, bg diriku yg dikira 1st timer ni(wpon yg 1st timer sbnrnya failed) kalo x ada alahan tak sng duduk juga. Aku ni mengandung ke tak, ye dok? Nah ambik, tak kene alahan, dimintanya pula. Ingat ke best ke alahan tu..Orang yang biasa kene alahan tahu lah betapa seksanya. Iman pun blh terguris okey..Jadi, Allah memenag mendengar dan tau mmg tau lah apa yg saya fikir iaitu (okey ke aku ni x de alahan?mengandung btl ke tak ni?), jd mula2 Dia bg la stater pack muntah seminggu sekali for the 1st month. Next month nah ambik nak sangat kan? Tak kira masa muntahnya, pagi, ptg, siang malam..muntah ler saya yer. Allah masih bg ihsan lagi tu, dia tak bagi pening2, skt kepala bagai..saya redha apa saja Allah tentukan asalkan kandungan saya selamat n survive! Biarlah saya menanggung apa saja kesakitan yang menimpa. Kadang saya rasa baiklah alahan betul2, sampai thp fikir di kuar kotak, (baik aku masuk spital, baru lah tak de org suh aku pergi situ sini..). Sampai macam tu sekali. Ya Allah ampunkan keterlanjuran fikiranku yang mengikut perasaan ni.

Makan:
Sejak awal pregnancy, tekak ni mengada-ngada mahu western saja. Selama 3 thn stgh ni tak heran sangat pun. Hubby jer yang suka. Now, nasi pun dah kurang lalu. Sbr je la tekak ni. Yang tak berapa molek itulah tekak ni mahu. Spagetti yg hubby buat, maggi ayam in cup. Oh tidak, maggi ayam in cup tu memang selalu menggoda sehingga ku tertewas. The previous week, hubby bagi rasa 2,3 mulut jer. Pasti rasa maggi tu trs menghantui sehinggalah saya beli sendiri kat sevenE. SimpSaya buat2 sibuk lalu dpn hubby sampai dia tanye, nak ke?
Tak mboh. Pusing lagi, eh nak ler semulut..Semulut jer k..See!!!! Siang td tgk tv rancangan JJCM, iqram dinzly jd hos..kbtln dia kunjungi gerai bergerak yg jual western food, sempoi murah dan sedap katanya lah. Masa dia try 4 jns spagetti tu saya rilex lg, pastu bila dia mkn chicken ommelete, pergh..saya mcm kucing berak kapur tgk dia kunyah. Mengganggu sanubari okeyh. Saya trs google cari resepi. Otak dah liar fikir bahan ape yg ade. Tiba2 teringat lagi nak makan kebab pita. ya tuhan..saya trs plan esok nak singgah giant. saya google semula resepi inti kebab pita yam. Dah lama x buat. Lupa. 'Gila' kan org bunting ni?

Air dicincang

Minggu yang agak menduga. Pengorbanan, kekuatan dalaman, ketahanan mental dan harapan yang tak pernah padam. Malam pertama tidur jam 2.30 am, 2nd night @ 3am..and last night..terlelap coz x thn sgt around 4am. Wishing nothing bad happen. Harus sujud syukur tanda kasih sayang dari Allah..

* Is not related to pregnancy issues.