Leave it to Allah...

Reduce the risk:
Saya dah buat perancangan terbaik. Pebgorbanan yang bukannya kecil tapi bila kurang orang yang faham kenapa saya begini, amatlah membangkitkan rasa tension. Saya dah dan sedang buat yang terbaik, saya tidak mahu gagal kerana orang lain. Apabila saya tersepit dengan keadaan, saya ras aberdosa kerana mengecilkan hati-hato orang yang tak faham. Kebanyakan masa saya menolak pergi kemana-mana adlh kerana saya rasa sakit, ketidakselesaan di dalam perut. Tapi, dalam keadaan demikian saya terpaksa lah juga memenuhi demi menjaga hati-hati mereka. Akhirnya saya berbalik kepada Allah, apapun yang saya terpaksa lakukan, saya hanya berserah padaNya. Hanya dia lah pemelihara dan pelingdung yang agung. Dengan itu, hatiku kembali tenang.

Alahan:
Jangan berlagak sangat. Peringatkan diri sendiri. Konon tak kene alahan. Bg pengalaman sendiri lah kan, bg diriku yg dikira 1st timer ni(wpon yg 1st timer sbnrnya failed) kalo x ada alahan tak sng duduk juga. Aku ni mengandung ke tak, ye dok? Nah ambik, tak kene alahan, dimintanya pula. Ingat ke best ke alahan tu..Orang yang biasa kene alahan tahu lah betapa seksanya. Iman pun blh terguris okey..Jadi, Allah memenag mendengar dan tau mmg tau lah apa yg saya fikir iaitu (okey ke aku ni x de alahan?mengandung btl ke tak ni?), jd mula2 Dia bg la stater pack muntah seminggu sekali for the 1st month. Next month nah ambik nak sangat kan? Tak kira masa muntahnya, pagi, ptg, siang malam..muntah ler saya yer. Allah masih bg ihsan lagi tu, dia tak bagi pening2, skt kepala bagai..saya redha apa saja Allah tentukan asalkan kandungan saya selamat n survive! Biarlah saya menanggung apa saja kesakitan yang menimpa. Kadang saya rasa baiklah alahan betul2, sampai thp fikir di kuar kotak, (baik aku masuk spital, baru lah tak de org suh aku pergi situ sini..). Sampai macam tu sekali. Ya Allah ampunkan keterlanjuran fikiranku yang mengikut perasaan ni.

Makan:
Sejak awal pregnancy, tekak ni mengada-ngada mahu western saja. Selama 3 thn stgh ni tak heran sangat pun. Hubby jer yang suka. Now, nasi pun dah kurang lalu. Sbr je la tekak ni. Yang tak berapa molek itulah tekak ni mahu. Spagetti yg hubby buat, maggi ayam in cup. Oh tidak, maggi ayam in cup tu memang selalu menggoda sehingga ku tertewas. The previous week, hubby bagi rasa 2,3 mulut jer. Pasti rasa maggi tu trs menghantui sehinggalah saya beli sendiri kat sevenE. SimpSaya buat2 sibuk lalu dpn hubby sampai dia tanye, nak ke?
Tak mboh. Pusing lagi, eh nak ler semulut..Semulut jer k..See!!!! Siang td tgk tv rancangan JJCM, iqram dinzly jd hos..kbtln dia kunjungi gerai bergerak yg jual western food, sempoi murah dan sedap katanya lah. Masa dia try 4 jns spagetti tu saya rilex lg, pastu bila dia mkn chicken ommelete, pergh..saya mcm kucing berak kapur tgk dia kunyah. Mengganggu sanubari okeyh. Saya trs google cari resepi. Otak dah liar fikir bahan ape yg ade. Tiba2 teringat lagi nak makan kebab pita. ya tuhan..saya trs plan esok nak singgah giant. saya google semula resepi inti kebab pita yam. Dah lama x buat. Lupa. 'Gila' kan org bunting ni?

No comments: