Assalamualaikum sblm coretan diari dimulakan.
Interview:
Hari ni, saya kene masuk office. Sebab ader sesi interview new staff for the post of programmer or system developer. Calon nya hanya 3 orang saja yang terpilih untuk datang. Itu pun belum memenuhi kriteria yang kami sangat perlukan. Dan kami sedang memburu 2 orang calon lain. Paling mendebarkan dalam sesi interview calon terakhir(lelaki), our pengarah urusan bertanyakan pandangan peribadinya mengenai politik. Pergh!!! Sabor je lah bos ni. Dan jawapan si dia ni juga agak mendebarkan jiwa. He he he. Rupanya budok ni menantu orang kampung aku!!!! Kampung lama yang telah lbh krg 10 thn ditinggalkan.
Melawat:
Alhamdulillah saya bersama geng perempuan pejabat kedua-dua lot sempat berziarah keluarga si mati. Isteri kepada salah seorang staf syarikat kami bersama anak perempuan yang sedang dikandungkan selama 6 bulan telah dijemput Ilahi. Tambah menyedihkan itu adalah kandungan pertama mereka setelah 8 tahun berumahtangga. Saya terjatuh airmata dan gagal berkata-kata sewaktu mendengar cerita daripada suami arwah. Dia redha isterinya pergi dulu secara mengejut membawa bersama bakal bayi mereka yang sudah cukup sifat. Arwah sebenarnya cuma mendapat tekanan darah tinggi semasa mengandung. Darahnya turun naik. Dan jika diikutkan, agak tidak berbahaya dan saya yakin ramai ibu mengandung yang menghadapi situasi ini. Namun, siapa yang dapat melawan takdir. Allah lebih sayangkan orang-orang yang baik. Arwah pergi kerana sawan yang kuat, datang secara tiba2.
Kondisi:
Keadaan saya hari ni, emosi agak not really good. Mendung cuaca hatiku. Entah kenapa tiada apa sangat yang mencetuskan kegembiraan. Bila saya penat, saya cepat down. Dan kurang bercakap, tiada gurau senda. Dan yang paling merisaukan ialah saya macam dihinggapi oleh penyakit lama - batuk lelah. Banyak kali staf office menegur kondiri saya yang kelohatan melelahkan di pagi hari. Alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk meneruskan urusan pejabat dan luar pejabat walaupun cuaca agak panas. Saya berusaha untuk melalui tempoh kehamioan dengan gembira namun saya tidak mahu berangan terlalu awal terlalu jauh. Untuk lebih mengurangkan tekanan dalam mengira waktu, hari, minggu, bulan, saya tidak menghiraukan usia kandungan saya. Serahkannya saja pada Allah SWT supaya memeliharanya.
"Innarobbii...ala kullisyai in hafiz"
Makan:
Entah ini siaran ulangan atau tidak, saya sekarang hanya mahu makan di luar. Maksud saya menu luar. Bukan buat dari rumah. Mengada okey. Makan menu masakan dari restoran mana2 pun dengan berselera, namun selepas makan, bluwek. Rasa loya saja sebenarnya. Selalu muntah selepas meminum air masak. Macamana saya boleh minum air masak dengan banyak jika natijahnya saya akan bluwerk..
Supplement:
Bekalan 'remedi' homopati semakin berkurangan, hujung minggu ni saya mensti mengunjungi pusat homapati semula untuk sambung 'ubat'. 4x sehari kene makan 2biji. Pagi, tengahari, petang dan malam. Dan biasalah susah untuk memenuhi waktu2 tersebut dengan makan ubat, namaku manusia mesti ada waktu yang terlupa.
No comments:
Post a Comment