Trimester Pertama Berlalu

Alhamdulillah,

Sudah melengkapi 3 bulan @ 12 weeks pregnant. Trimester pertama yang paling kritikal sudah saya lalui dengan izin Allah dengan segala bagai perasaan yang bercampur baur. Namun, melepasi trimester pertama bukanlah tiket untuk tidak terus bimbang. Langkah berjaga-jaga sentiasa perlu kita ambil kira. Doa-doa keselamatan jangan sekali dilupakan.

Melepasi trimester pertama juga bukan bermakna segala dugaan kesihatan lenyap begitu saja, tapi sudah banyak berkurang. Yang tinggal hanya saki-baki alahan. Namun, air liur masih cair dan mahu dikeluarkan sentiasa, terutamanya jika termuntah selepas sahur, alamat seharianlah melayan pengeluaran air liur. Sehinggalah tekak terasa kering dan keinginan meneruskan puasa sedikit goyah.

Alhamdulillah juga sudah masuk 10 Ramadhan umat Islam berpuasa. Syukur juga saya masih menguatkan diri untuk turut sama berpuasa, semoga Allah izinkan saya dan baby berpuasa penuh.

Dan hari ini, saya tidak masuk office. Selagi belum sampai masa, seminggu sekali je kot saya masuk. Belum betul-betul keperluan yang memerlukan khidmat saya di office.

Sahur:
Alhamdulillah, suami tidak cerewet. Dia setuju untuk bersahur dengan nasi goreng sahaja. Malahan sahur hari ini dia volunteer untuk memasaknya sendiri walaupun saya sedia untuk memasaknya. Saya makan saja. Nampaknya lauk sardin belum dapat kami nikmati masa bersahur. InsyaAllah esok mahupun lusa. 


Hari ni kami bangkit pukul 4am. Tapi oleh kerana kepenatan, dan kami tidur awal malam tadi, saya sudah bangkit jam 1.30am sebelumnya untuk update ape yang tak beres di dapur walaupun suami sudah membereskannya. Saya akan bangkit juga jika ada hajat tertangguh. Iaitu minum susu shake dengan ESP. Daaaan... makan puding biskut kegemaran saya. Mak aih! sedap sungguh, tapi saya hanya merasa seketul, sebab tak nak terlalu kenyang sebab mahu tidur balik. Kali ni saya try guna air masak sejuk pula untuk shake ESP, susu tepung anmum perisa coklat dan susu tepung mom&me vanilla.. Wah! agak lazat di situ. Alhamdulillah, ketidaksukaan saya terhapa susu semakin terhakis. Dan saya tekad untuk rajin minum ESP. 
Kalau dah ketiduran awal, memang kene bangun balik untuk solat Isya dan mendorong diri untuk meluangkan sedikit masa menghabiskan 1 surah lagi. Dan sempat menunaikan solat taubat. 


Oh ya, masalah bisa-bisa tapak kaki saya masih berterusan, dan semalam adalah agak kronik dan menyukarkan saya bergerak ke sana-ke mari semasa bekerja, turun-naik tangga. Kata seseorang yang dah ada anak 3, dia juga biasa alami simptom ni masa pregnant. Ia berterusan antara 3 hingga 4 bulan. Saya cuba  cari jalan untuk atasinya. Kakak ipar sarankan tinggikan kaki ketika tidur, saya dah cuba buat. Dan paling saya mahu usahakan, tingkatkan  pengambilan susu. Hari ni, kesakitan masih lagi terasa tapi tidak seteruk semalam. 


OK. Daaaaaa...

No comments: