Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Majlis Aqiqah + Harijadi FaQ

Alhamdulillah3..
Dengan rahmat dan izinNya jua terlaksa sudah separuh daripada tanggungjawab kami untuk aqiqahkan zuriat pertama kami, Muhammad Firas Al-Qushayyi.

Oleh kerana dah beberapa kali tertangguh, we decided to combine aqiqah n birthdays party of
Walid (14 feb ) & Qushayyi (17 Feb) sebaik sahaja usia Q genap 1 tahun.

Tentatif:
Lepas jummat:
Solat hajat
Solawat
Makan2

Lepas Asar:
Birthday Party

Malam:
Solat Isya' Berjamaah bersama keluarga
Bacaan Yasin
Coklat fountain time!

Kambing naik Kancil
1 bahagian
1 bahagian lagi untuk hari raya qurban InsyaAllah

Hj Din(anak kepada nenek saudara suami) orang kuat bahagian sembelihan

Aneka..sukati nak taruk apa..

Serabai belum final touch lg goodies box

orang kuat masak-memasak

kambing celup tepung

Kak mimie as PA mommy yg setia

Bila anak bujang melaram


Ready

For Walid

For Dear son - melty choc

Kita fotong kek kat luar rumah senang sebab backdrop kita ramai peminat haha..x putus2 ade org posing depan tu ;)

Kak Cha

w mommy n afiq

hadiah lain x smpt nk masuk frame *update kemudian
thanx a lot yang bg hadiah pd Q
Menggedix sekejap

Asalnya nak bajet untuk 100 orang gitu saja, kira punya kira sedara mara saja dah 100..blm lg jiran2 n kawan2 semua..
Tetamu agak meriah..lbh kurang 200 lebih la gitu kiraan kasar..
Nampak x kelibat Q di situ..
Nak juga turut serta waktu ni



Kebanyakan tetamu adalah kalangan Family Friend & best buddies of me n hubby.

Asal jumpa je keluor citer lama yang kelakar...




Goodies bag
Persediaan.
Sayang sangat kat ipin dia sampai peluk

Pantau abang2 jalankan tugas ngeee


Kerja deco-deco backdrop bermula selepas semua orang tidur. Sekitar jam 12mlm lebih. Mimie langsung xmo pegang belon sebab takot pecah. Belon cepat pecah kalu pasang lampu.
Ini je la hasil air tangan saya yang tak seberapa, + hasil pertolongan anak2 sedara serba sedikit.
F.I.R.A.S
T.U.R.N
1
Simbolik pelita.
Cahaya hati kami berdua.

Takyah belon silver dah sebab warna langsir dah jd penyelamat tema.

Sweets
Tak menang tangan nak entertain semua kenalan..memang terkejar-kejar n kene minta maaf kalau x sempat ckp lama n hantar ke kereta.
Sebelum n waktu majlis macam tak sempat nak bernafas dia punya kepenatan, my sis siap cakap pd ank dara dira, nk kawen nnt buat catering lah, ibu x rok dh..tapi bila dah selesai semuanya tiba2 my sis cakap: Lepas ni kita buat majlis lagi nk..best ape..
Hmmm...ape2 la labu...

Thanx pada yang terlibat dari awal hingga akhir dan kepada yang sudi hadir memeriahkan majlis.


Selamat Ulangtahun Abang Qu

Abang: 14.02
Qu: 17.02
Selamat hari lahir my hubby, jannati..
Selamat hari lahir puteraku..
Yang diharapkan dapat memberi syafaat kepada kami di akhirat kelak..


Tiada ucapan yang lebih indah melainkan Alhamdulillah..
Subhanallah..
Atas peluang dan nikmat bersama sang putera kami sejak di alam kandungan hingga sekarang..
Muhammad Firas Al-Qushayyi
Doa kami sentiasa bersamamu sayang..
Jadilah insan terbaik setinggi harapan kami..
Amiin..

Kisah ramadhan 2012

Kisah Ramadhan:
Berhujung minggu berbuka lebih ramai kdg2 dgn fmly abg #5, kdg2 dgn fmly kakak #2. Kdg2 dgn kedua2 fmly tu utk tmbhkan selera dan tmbh kemeriahan ramadhan. Selebihnya kami berdua sajalah. Berbuka ala kadar, makan sedikit. Itu sebab kot berat statik. Tambahan still ada saki baki muntah dan alahan lain.


Ramadhan tahun ini agak sayu, sunyi dan sepi aku sendiri! (Tiba-tiba ade bunyi ayat macam sajak Cinta - Dian Sastro dalam AADC ler pulak kan.) Mana tidaknya sejak sebelum ramadhan bermula lagi, bonda saya sudah berangkat ke daerah lain untuk menantikan kelahiran cucu baru. Alhamdulillah hampir seminggu yang lepas, baby boy sudah tiba ke bumi Allah. Nama yang diberikan ialah Muhammad Nawfal Imran. Ilham nama tu kakak minta dari saya. =) . Nah, banyak kan saya cadangkan nama untuk anak2 kakak, abang. Sebenarnya saya cadangkan Muhammad Khalish Imran. Bermaksud yang ikhlas memakmurkan. Apepun, mereka suami isteri lebih berminat dengan Nawfal. Terpulang pada selera masing-masing. Whatever pun saya mesti reserve 1 atau 2 nama untuk bakal anak sendiri, yang jika diizinkan Allah, akan lahir pada awal Febuari 2012.

Dan kemudiannya, bonda decided untuk beraya di sana sajer. Oh..apa nak buat. This is the 1st raya saya berjauhan dengan bonda dan semua family. Pernah sebelum ini saya selalu memujuk hati. Sudah 30 tahun saya beraya bersama keluarga, apa salahnya kali ni saya raya tanpa mereka. Saya seorang wanita yang sudah bersuami. Yang sepatutnya sentiasa berada di sisinya. Suami bukanlah pengongkong Cuma saya tak nak rasa bersalah dan terlalu pentingkan diri sendiri. Walaupun sebelum ini saya seorang yang suka grab apa saja peluang yang ada, seorang yang tidak mahu melepaskan sesuatu moment yang saya nak. Saya akan kejar semua. Semampu yang boleh. Namun, saya kene akui saya kene korbankan sesuatu moment untuk dapatkan moment yang lain. Saya pernah terfikir untuk mengikut kakak sekeluarga ke sana yang akan bertolak pada hari raya pertama, tapi saya yakin suami belum membenarkan saya travel jauh (xde lah jauh mana pun, dalam 2 jam perjalanan je kot.)
Kebetulan raya tahun ini geng kamceng sekolah rendah(girls only) mahu buat gathering. Port: Di rumah saya pulak tu. Kemungkinan pada raya ke3. Mana mungkin saya melepaskan saat seriang ini. Rakan-rakan dari sekolah rendah rasanya sahabat yang sangat tulus, berkawan sejak kecil hingga sekarang. Perangai sejak kecil hingga sekarang tak pernah berubah. Selalunya menyeronokkan. Berada bersama mereka terasa seperti sedang Darjah 6!
Azura, Lina, Mija, Timahyati, Suzie, Sahana, Kartinun(belum dapat jejak).

1st time ever buat majlis harijadi sendiri @home ;B


Alhamdulillah..
Syukur pada Allah yg memberi rezeki dan keizinan.
Kepada saya dalam usaha meraikan hari jadi sendiri kat rumah.
Ya, agak memalukan dan menjengkelkan ye di situ..haha,
Ape kesah, janji saya nak raikan keluarga terdekat + keluarga sebelah DH.
Besdate saya ialah 27th 3, tapi disebabkan hari berkerja, jadi tunda celebrate on Friday ambik berkat hari kelahiran saya: Jumaat, kbtln hari tu abang ipo kesayangan ia available.

Rasa terharu yang amat bila dpt wish dr fb list, around 50 kenalan, sedara..kenalan yg call, yg sms.
Paling terharu adlh dpt kol dr anak4 saudara yg rapat..
angah aqil
kakak(amna)
adik muqri
&
baby faiq..
wpon baby faiq x pandai ckp lg, dia hanya sengih2 di phone, saya fhm mesej yg disampaikan anak2 kecil ni..
saya sgt sygkan mereka sampai menitis airmata bila menaip perenggan ni.
Lebih terharu lagi bila kakak saya aka ibu mereka ceritakan dialog antara kakak dgn angah aqil;

aqil(7 thn): "kita nk bg hadiah ape kat moksu ni?"
amna(8 thn): "kita bg kek la nak?"
aqil: "tak blh..moksu mesti dah beli kek sendiri"
aqil: "ibu..beli ape eyh?"
ibu: "ibu xtau la, angah n kakak fikir la k.."

sob..sob...sedis..diorg xde masa mjlis ni..

Di samping ini adalah majlis penutup kepada semua hari jadi ahli keluarga dalam bulan2 1,2 & 3.
Memandangkan ramai ahli kga yg lahir pada bulan 3 dan lebih2 lagi ketua segala keluarga besar iaitu bonda saya lahir pada 7 Mac. Jd, semua kek mesti tercatat nama ibu saya sebab dia pelakon utama. ;)
Kecuali kek saya malam tadi.
Cuma ada nama saya.

Tema adalah white-blue.
Ape ke hel berangan minah ni bertema tema bagai.
Diri dia sorg je yg pakai color tu, haha. Ape kesah kan?
Sebab rushing sangat tulisan ats kek ikut terlintas je.
Asalnya nak tulis
1 Ulgthn kawen
2 Bday Abg
3 Bday Ida

Sebab dalam masa 3 bulan pertama ni adalah hari-hari kebesaran kami.
DH ckp, moksu ni melebihi budak2. 
Saya cerita pada sis #8. Dia pun ckp benda sama.
Hua3, okey, cancel!
Saya tulis bende yg laaaaagi mcm budok2.

Awal2 perbincangan denga si ibu, ingat nak buat nasi ayam sbg menu utama memandangkan my dear dik nur suka nasi ayam saya. Tapi disebabkan last majlis lps dah buat nasi tu, jadi terpaksa tukar menu lain. 
Asalnya agak bercanggah pendapat dengan si ibu saya.
Then, sehari sebelum majlis, saya minta ibu saya decide.
Jadi menunya ialah nasi kunyit/pulut kuning. Ni pun dah mmg kegemaran saya jugak. Jd both mother-doter were happy with the decision.

Akhirnya, menu2 yg terhidang termasuklah;
Nasi kunyit
Mee hoon soto - last minit add on.
Puding roti - sumbangan kakak ipar
Puding mangga - buatan sendiri
Mee hoon goreng  - sumbangan sis #2
Ada juga tambahan nasi putih, ayam goreng, sup, acar lobak mentimun
Jus buah honeydew+watermelon

Kek: Tiramisu

As per expected: Meehun soto saya paling laris! My sis pon mintak resepi.
Cukup simple.
Tapi ikut kreativiti n selera msg2 juger.

Rupenye ade jugaks tetamu yang dtg bawa hadiah.
Ada jugaks tetamu yg tertinggal hadiah kat rumah.
Kui3.
Yaks, tua2 pun dpt hadiah lg.

Acara bergambar n potong kek.
My sis #2 minta DH suapkan kek.
Aiseh. Saya menolak.
Malu.
Kene paksa.
DH termenung dulu kejap untuk buang malu n demi besday seorang wife.
Ha2.
Akhirnya kami redha je la.
Heee2.

* Thanx a lot yg sudi hadir.

Tak dpt nak jemput semua terutamanya rakan kerja sbb kesuntukan masa penyediaan, sebab saya berdua dengan bonda saya je yg bertungkus lumus masak and preparation semua.
Kesuntukan masa jugak untuk melayan semuanya memandangkan majlis hanya bermula selepas asar.
Tu pun jam 10mlm bru semua tetamu pulang.

*DH - dear husband.

Ni la segerombolan anak2 buahku tersayang masa majlis harijadi yg sblm ni.
Kakak yg berdiri belah kiri. Aqil yg baju putih gmbr bola, muqri yg pakai baju tdo color kunin. baby faiq yg bju melayu merun.
Sayang semua anak2 sedaraku..hug kuat2!!