Berhujung minggu berbuka lebih ramai kdg2 dgn fmly abg #5, kdg2 dgn fmly kakak #2. Kdg2 dgn kedua2 fmly tu utk tmbhkan selera dan tmbh kemeriahan ramadhan. Selebihnya kami berdua sajalah. Berbuka ala kadar, makan sedikit. Itu sebab kot berat statik. Tambahan still ada saki baki muntah dan alahan lain.
Ramadhan tahun ini agak sayu, sunyi dan sepi aku sendiri! (Tiba-tiba ade bunyi ayat macam sajak Cinta - Dian Sastro dalam AADC ler pulak kan.) Mana tidaknya sejak sebelum ramadhan bermula lagi, bonda saya sudah berangkat ke daerah lain untuk menantikan kelahiran cucu baru. Alhamdulillah hampir seminggu yang lepas, baby boy sudah tiba ke bumi Allah. Nama yang diberikan ialah Muhammad Nawfal Imran. Ilham nama tu kakak minta dari saya. =) . Nah, banyak kan saya cadangkan nama untuk anak2 kakak, abang. Sebenarnya saya cadangkan Muhammad Khalish Imran. Bermaksud yang ikhlas memakmurkan. Apepun, mereka suami isteri lebih berminat dengan Nawfal. Terpulang pada selera masing-masing. Whatever pun saya mesti reserve 1 atau 2 nama untuk bakal anak sendiri, yang jika diizinkan Allah, akan lahir pada awal Febuari 2012.
Dan kemudiannya, bonda decided untuk beraya di sana sajer. Oh..apa nak buat. This is the 1st raya saya berjauhan dengan bonda dan semua family. Pernah sebelum ini saya selalu memujuk hati. Sudah 30 tahun saya beraya bersama keluarga, apa salahnya kali ni saya raya tanpa mereka. Saya seorang wanita yang sudah bersuami. Yang sepatutnya sentiasa berada di sisinya. Suami bukanlah pengongkong Cuma saya tak nak rasa bersalah dan terlalu pentingkan diri sendiri. Walaupun sebelum ini saya seorang yang suka grab apa saja peluang yang ada, seorang yang tidak mahu melepaskan sesuatu moment yang saya nak. Saya akan kejar semua. Semampu yang boleh. Namun, saya kene akui saya kene korbankan sesuatu moment untuk dapatkan moment yang lain. Saya pernah terfikir untuk mengikut kakak sekeluarga ke sana yang akan bertolak pada hari raya pertama, tapi saya yakin suami belum membenarkan saya travel jauh (xde lah jauh mana pun, dalam 2 jam perjalanan je kot.)
Kebetulan raya tahun ini geng kamceng sekolah rendah(girls only) mahu buat gathering. Port: Di rumah saya pulak tu. Kemungkinan pada raya ke3. Mana mungkin saya melepaskan saat seriang ini. Rakan-rakan dari sekolah rendah rasanya sahabat yang sangat tulus, berkawan sejak kecil hingga sekarang. Perangai sejak kecil hingga sekarang tak pernah berubah. Selalunya menyeronokkan. Berada bersama mereka terasa seperti sedang Darjah 6!
Azura, Lina, Mija, Timahyati, Suzie, Sahana, Kartinun(belum dapat jejak).
No comments:
Post a Comment