Middle pregnancy scan


Setiapkali membayangkan imej yang akan doctor tunjuk dalam paparan skrin, setiapkali itulah airmata saya hampir saja mahu menitis. Perasaan berbaur teruja, takut, gembira, bersyukur semua ada. Saya sampai di klinik besar bukit payong sekitar 8.30pg. Masa tu orang dah ramai.


Pendek cerita, 4 jam lebih saya menunggu. Saya tak tahu adakah kene tahan air kencing sebelum di scan. Oleh kerana kesilapan nurse yang jaga kaunter, terpaksa lah saya ke hulu ke hilir kerana tersalah bilik doctor. Perasaan masa tu, risau sebab lambat ke office dan rasa teruja dan segala perasaan tadi semua dah hilang. Sedikit nasib baik, saya bawak buku latihan IQ untuk isi masa menunggu. 2 kali masuk tandas.
Daripada orang ramai, tinggal sikit, pastu ramai balik, pastu tinggal sikit, baru lah giliran saya tiba. Masa tu dah jam 1 tengahari. Sebelum tu saya sempat tanya nurse di bilik rawatan 1, kenapa no giliran saya x dipanggil lagi, saya risau nombor giliran saya tercicir atau apa. Dia suruh tunggu lagi. Hubby sms suruh EL je sebab dah makan masa setengah hari.

Bila dah masuk bilik doctor, doctor tanya dah rasa ke belum pergerakan baby? Saya jawab belum. Apa yang saya rasa yang terbaru ni suma sengal2 sebelah kiri. Biasanya sebelah kanan. Tapi saya tak bagitau doctor rasa sengal tu. Malas.

Nurse suruh baring. Then Dr.Rasanubari ukur perut saya. Pergh, ganas juga doctor ni, sakit perut saya. Dia minta maaf. Orangnya sangat comel, bertubuh kecil. Dia mula scan. Untuk pertama kali dalam hidup, saya Nampak imej kepala baby. Doktor berusaha untuk dapatkan angel terbaik untuk ukur diameter. Saya memang berdebar-debar bila Nampak imej dan cuba memahamkan sendiri apa yang saya lihat. Kemudian dr.rasanubari menunjukkan kedudukan jantung dia yang sedang berdegup. Subhanallah, MasyaAllah..tatkala melihat ciptaan Tuhan, saya terus lupa perkara lain. Lupa semua apa yang saya nak tanye doctor. Terutamanya pasal jantina baby. Saya berserah je doctor nak bagitahu apa benda. Kemudian, doktor cari angle untuk capture gambar tulang belakang pula. Dalam pada tu saya boleh nampak baby macam tendang-tendang. 1st time mommy yang lain mungkin boleh elaborate perasaan masa tu dengan lebih baik lagi. Frankly speaking, saya rasa macam mimpi bila tengok video/imej zuriat sendiri. Allah Maha Pengasih.

p.s: baru baca blog orang psl perancangan untuk tukar pengasuh bila anak lebam, memikirkan jika anak sendiri air mata saya sudah bergenang. Kenapa kau Ida? Over imagine.

No comments: