Dah dkt tengahri baru makan roti sosej 2 keping, sedap,
kenyang hingga waktu lunch. Jadi, solat zohor awal, baru keluar cari kedai nak
tapau makanan. Bila dah stress dgn keje, mula la nk keluar pun malas. Tp bila
ade symptom takut lapar sbnrnya takot baby lapar..keluar juga.
Nak elakkan nasi, beli kuey tiaw tom yam putih dan
semestinya air faveret ice blended mocha. Jumlah rm8.50. lepas tu, lajak lagi
nak cari cendol untuk bonda. 2 kedai taka da pon jual. Ni dah hari ke5 bonda
puasa 6, saya rasa nak menangis sebab tak dapat jumpa cendol. Bonda saya sangat
lah suka, nak2 bila puasa. Jadi, semestinya kene cari sampai jumpa. Oh air mata
sempat bergenang waktu balik ke ofc semula tanpa cendol. Sebab pukul 3pm ader
discussion project - penting.
Balik keje, dengan harapan tinggi singgah kedai yang tak
jauh dari rumah. Alhamdulillah, ada juga. Jumpa cendol macam jumpa emas yg
hilang jer. Balik dengan gembira. Sampai rumah Nampak nasi kunyit yang bonda
baru siap buat. Gembira berganda. Allah Maha Mendengar, saya cuba kabulkan
hasrat bonda nak makan cendol, dan dalam diam bonda buatkan nasi kunyit yang
mana saya rancang nak buat sebagai tanda kesyukuran bila
kandungan melepasi 4 bulan. Tengok-tengok bonda dah buatkan. Maunya
bulan jatuh ke riba. Ibu saya buat juga bukan kerana saja-saja. Sebab dia
sendiri pun ada hajat. Tapi dirahsiakan. Saya dengan prasantan nya hajat dia
sama dengan hajat saya. Masa tu saya sempat beritahu hajat saya tu pada dia.Walaupun sangat stressed di office, hari ni balik rumah
dengan hati riang. Alhamdulillah.
OK. Daaaa…
No comments:
Post a Comment