Merubah pola pemakanan

Sejak bergelumang dengan tugasan yang bersusun, tak sempat sangat saya nak update diari kehamilan dari semasa ke semasa. Rutin check up the latest, yang mana masih berada dalam bulan raya, yang mana masih ada jemputan jamuan raya, kenduri bersusun, berat saya naik mendadak! 3kg per month! Sebaik sahaja melepasi tempoh alahan, itupun sudah memasuki bulan ke-4, saya masih naif dalam menguruskan perasaan lapar. Asal lapar jer, sebat apa yang terlintas. Kalau tak de makanan, pegi cari. Maklumlah bila musim bekerja, makan pun berjadual. Nasi biasanya 3X sehari. Kalau beli nasi berlauk tengahari, minta nasi separuh pun dapat macam 3 paruh. Last sekali mkn nasi tengahari waktu pejabat, saya hilang selera. Mungkin ada beberapa sebab yang kurang jelas. Semenjak berat naik mendadak ni, saya terus tukar pola pemakanan. Dari pagi hingga petang dalam waktu kerja, saya beli kuey mueh yang serba-serbi untuk makan sedikit-sedikit tapi kerap. Biasanya, sandwich sardin dan sandwich telur, roti sosej, laksam, dll yang faveret termasuk kuey mueh percuma seperti lempeng inti ikan dan karipap. Jika kehabisan stok, ada pakcik yang menjual kueh mueh jam 3pm setiap hari. So, tiada lg kerisauan keputusan bekalan makanan.

Walaupun berat naik banyak, alhamdulillah hB juga naik mendadak. Saya tak pasti adakah kerana saya kembali consume vitamin shaklee. Berikut adalah catatan perubahan hB saya selama beberapa bulan awal ni;

14.5
12.2
12.6
13.2

Daaaaaan, bila berat naik banyak bermula lah semula episod kene ambik darah lagi. Daaaaan lagi, kene 'melawat nurse' @KD Binjai Rendah selang sehari selama seminggu. Minggu ke-28 nanti kene minum air gula lagi. Saya akan cuba mengelat sebaik mungkin. Oiiii..air gula pekat likat sapa mau telan dengan senang..

Balik dari kerja, baru saya makan nasi sedikit. Malam saya makan simple2 dan kadang2 minum air je.
Semalam ader 1 jemputan kenduri jiran rumah(saya tak ikut), ada 1 kenduri belah suami, ada 1 jemputan jamuan raya kakak saya no2. Hari ni ada lagi 1 jemputan kenduri belah saudara saya.

Hopefully, bulan2 selepas ini berat badan terkawal. Tapi entah kenapa tekanan darah saya agak rendah berbanding biasa dalam minggu ni. Adakah kerana saya berjaga malam siapkan coding? Entah lah..harapnya masih normal.

No comments: