Showing posts with label Mommyhood. Show all posts
Showing posts with label Mommyhood. Show all posts

1st ramadhan 2015

Oh yes! Ramadhan is here.
Now me & hubb with 2 little heroes.

Besides the amount of our heroes yang dah bertambah tu, terdapat beberapa perubahan lagi dalam life kitorg. Wish all of the changes make things better. InsyaAllah.
This year working life aku sebagai fulltime pensyarah lah pulak. Working scenario of course berbeza sebab jika kesibukan tu datang, memang menggila dan kene keje pada off days. Malam tak boleh ganggu lah. Just for family. Rakan-rakan bujang teruskan perjuangan di malam hari. But once student cuti...longgggg leave, habis setahun-setahun belajar, baru rasa lepaks sikit. And just focus pada penambahbaikan next season punya pembelajaran. OK la kot daripada terasa bz sepanjang masa bertahun-tahun. (Hint...hint..) but i still love syst development world...still n missed. Yang tak berubahnya ialah masih jadi kuli. It's OK then. Malas nak menanggung beban and pressure berlebihan coz since anak dah bertambah ni, banyak urusan terkejar sana sini. Oh commitments.

Kehadiran Tsaqiif Ahmad Al Fatih memang memberatkan hati untuk meninggalkannya sehari-hari. Sebab bonding sangat kuat dan berbeza. Si abang Q macam biasa dengan urusan self learning dia haha, since quit from taska dia lebih senang belajar sendiri kalau Walid bz keje. Pagi2 dah request.."Mommy! Nak ABCD Song!" Allahu..sampai si anak sulong ni dah pandai baca ABCD..dan pandai kira one, two, three till ten, Aliff, Baa, Taa..masih belum jelas susunan bila sampai kat shod, dhod, tho, dzo....agak berboloks bunyi di situ.. Alhamdulillah..nursery rhythms n songs pon dia dh pandai nyanyi sendiri.

OK. So preparation more to sambut Ramadhan. Raya kedian-kedian takpe. Chess..tu utk mereka. Maknya kne awal sket jer. Tahun ni malas nak beli baju instant. Rindu baju kurung upahan. Sehari sebelum hari ini 1st Ramadhan, bukan I soghang jer yang macam kalut tapi buat cool..pegi pasaraya Giant ada sorg ibu having chit chat with me sambil pilih kcg pnjg psl kalut girl dia 1st time nak puasa haha. Mcm2 ragam. Aku kalut fikirkan nak prepare food utk 2 heroes bulan2 puaa ni. Adik punya home made lah. Malam2 bg puree.

Over jer..ade lg 2 item xde dlm pic. Slh satunya minyak habatussauda. Setitik je pun tapi..auuu menyengat. Hrp Tsaqiif redho jer la..demi untuk kesihatan cara sunnah OK.
The color blend. Taste it first before give to your baby
Siap untuk masuk freezer
 Adik kalau dah kenyang, dah poo-poo, baru senang nak tdo and blh main sendiri dgn happy. Waktu malam aku prefer untuk bg makanan yg x berat sgt tuk adik. Pdhl sebelum ni bedal bubur naik jgk. Now, dah ubah selepas korek2 info sana-sini.

Untuk Abg Q kudap2 siang hari bulan ramadhan ni..mommy belikan fish ball..iang abg jarang makan bersungguh .. waktu berbuka nanti baru blh join makan sama. Teringat waktu aku zaman kekanak. Kalau puasa penuh baru blh join berbuka, kalau tak poser, jangan harap lah..

Yg ni mak budak2 punya
Daaaaa!

I am now a referee

Bismillah..
Allahuakahbar..
Alhamdulillah..masih Dipinjamkan nafas hingga saat ini ... yang akan menyambut Ramadhan yang suci buat kesekian kalinya.. Syukur pada Ilahi.
Pastinya cabaran Ramadhan kali ni darab dengan 2.
Yang lepas Q baru 'buleh kaki' dan ligat dalam masjid kalau bawak dia. Memang nak beribadat tu 'kelaut' lah jawabnya. Dan susah juga untuk Walid tinggalkan ke masjid sebab pasti akan ada drama.

Sekarang, aku masih kurang yakin untuk handle anak-anak tanpa ke-berada-an Walid bersama atau Bonda aku bersama sebab almaklumlah hero sama hero suka berebut perhatian wanita idaman mereka buat masa ini haha.. Berebut mainan lagi. Yang sulong ahu jadi dominan. Yang muda mahu bersaing. Lepas tu drama. Bergilir menangis. Auuu migrain mak!

Tsaqiif Ahmad belum merangkak. Suka sangat menjulur sampai kulit ibu jari kaki dah 'auh'! Kesian. Jadinya, prinsip2 semasa anak pertama tak dapat kekal dengan anak ke dua. Terpaksa wujudkan kenderaan untuk baby T juga untuk elakkan sebarang kecuaian Abg Q yang kdg berlari laju atau terlompat-lompat. Ramai yang menentang tapi apakan dayaku. Asyik abang Q jer yang dapat habuan. Adik nak juga. Tsaqiif Ahmad juga ada kalanya perlu full attention. Memang tak boleh nak buat ape lah. Kerja-kerja memasak dan memakan dikuasai Walid 80%. Hanya jika T tdo baru aku boleh berkarya di dapur.

Jangan pisahkan

Hari ni selesai moderasi soalan final exam.
Mood masih emo dengan isu semasa KESENGAJAAN lumba haram yang ragut nyawa awam.
Emo.
Marah amat.
Malu dengan anak bangsa sendiri.
Si kecil itu terus ke jannah.
Terfikir kakaknya berdua.
Yang masih perlukan belaian.
Menyentap banyak perasaan.
Teringat anak-anak.

Sebelum Tsaqiif hadir, tumpuan 200% pada Qushayyi.
Tidur pun kiri kanan dikepit Walid and Mommy.
Begitulah selalunya.
Hadirnya adik, kasih sayang terbelah dua. Walid focus Abg.
Mommy dengan Adik.
Bila Walid not around, mommy akan curi masa untuk pamper abang.
Lebih-lebih lagi bila sampai masa mahu tidur.
Bila dia terjaga, dia akan cari. Mommy atau walid.
Usap2 tangan and sambung tidur.
Jadi, itu lah kanak-kanak.
Wajarkah mereka dipisahkan oleh jarak dan masa?
Harap semua orang faham.
Betapa hati siibu tidak tenteram bila anak tidak di depan mata.
Begitu juga si anak.
Setiap hari setiap malam tidur berteman orang sama.
Bila tiada...mengertilah kalian!

Kat rumah family aku ada sekor kucing terbuang yang cantik jelita.
Kesahnya dia beranak 3 ekor.
Pada 1 malam, datang perempuan status jiran aku mahu ambil slh seekor anak.
Kitorg pesan, kalau nak, amik semua.
Kenapa dipisahkan mereka?
Katanya nak sekor je anak.
Buat ganti yang mampus.
Eh! Perempuan ini memang dasar! Ko xde mak bapak ke x pernah beranak?
Kejam!
Maka tinggal lah si ibu kucing dengan anak berdua. Yang comel2.
Aku perati salah seekor anak yang ada tu warna matanya MasyaAllah..terlalu cantik tak terkata.
Subhanallah Subhanallah tak terhenti rasanya.
Qushayyi seronok lah bergurau senda tengok anak2 kucing comel tu.
Selepas beberapa malam, sunyi sepi.
Anak2 kucing tu dah tiada.
Ibu dia asyik mencari.
Memanggil-manggil ke sana ke mari.
Manusia memang spesis kejam jika siorg yang mencuri.
Selfish.
Crying.

Aku titipkan doa.
Semoga Allah beri aku kesempatan utuk bersama-sama anak-anak aku sehingga mereka benar-benar matang untuk membuat keputusan dalam kehidupan.
Aku ingin bersama-sama mereka.
Sehingga mereka berumah tangga.
Jika aku tidak sempat untuk melihat cucu, aku redha.
Kerana aku terlalu bersyukur dikurniakan anak-anak.



Organizer Finder

Hari ni Q jadi bodyguard mommy gi kolej

Aku sambung cuti bersalin yang berjumlah 60 hari tu jadi 90 hari. Ikut hati aku ni nak sambung jadi setahun. Jujurnya tu lah yang aku rasa sekarang. Aku belum betul2 fit untuk jadi supermommy atau superdotter atau superworker atau manusia super duper. Aku cuma pengejar masa yang setia. Aku sangat perlukan latihan yang padu untuk bertatih meniti hidup ni. 2015 yang semakin mencabar. Walaupun dalam situasi masih bercuti, aku rasa ok jer bila still kene mengajar sebaik sahaja semester bermula. Itu pun management kolej dan rakan lecturer sangat2 consider untuk terima request aku untuk mengajar sesi petang saja. Alhamdulillah...moga Allah merahmati kebaikan diorg lebih2 lagi adik2 lecturer baru yang sanggup take over subject2 aku. I love you deep3 lah adik! Memang spinning pening sebab plan aku terpaksa diubah oleh beberapa hal yang berubah mengikut keadaan semasa. To be frank (lagi), aku semakin suka n seronok mengajar student kolej, lebih2 lagi bila ada yang mamapu capai 4.0 pointer. Ini kerana mereka fokus dalam kelas. Aku sangat titik beratkan apa yang aku ajar dalam kelas bukannya nota sebab kalau nota aku memang tak lengkap lah jawabnya. Haha. Sapa datang kelas dan fokus dan bertanya, dia lah calon pelajar terbaik!

Kaan? Makin susah nak berpose dengan jejaka kecil sulong ni.
Banyak sebenanrnya aku nak kongsikan perkembangan Q kat sini tapi apakan daya, masa itu sangat limited dan berharga skarang ni. Ini pon sebab Tsaqiif tidur lena malam ni sambil2 aku settlekan mana uruan rumah yang patut #ikut plan. Ya, aku dah ada rakan sepermainan yang suka merancang-rancang hidup ni. saper lagi kalau bukan TgTimah kan..Sebab dah susah nak pose sama itu encik Q, so aku dah mula gatal2 ajak encik T pulak pose. Tak pe lah, boyfriend dah jadi 3. Eloklah gilir2 kan.

Baby T dah pandai bagi kerjasama yang baik depan kamera
Dah tu..amender yang bz sangat sampai aku nak cuti setahun tu? Haaaa..nampak kan bantal baby(yang x guna pun) dan gambar bujang dan kawen aku yang bersepah tu. Itu namanya never ending task, cuma aku tengah pikirkan something yang more organize. Sesuatu yang aku takyah nak buat benda sama banyak kali. Aku dah tahap nak upah orang sertai aku kemas rumah haha..tapi tengok lah dulu, kalau macam tu tak super duper lah aku namanya. Apa pun, aku tengah usahakan yang terbaik. Moga Allah merahmati..amiin...

Tulis banyak pun tak guna kan so lets do it!

Moga ada masa lagi untuk blogging.

Tata.

Approaching Sept & Aug 2014

Bismillah..
Even too many things to settle down, but Alhamdulillah..everythings are on the right track..InsyaAllah..
Just heavy head with so-called pre-parations.
September 2014 ade bende penting kene settle down. Salah satunya pendaftaran Qushayyi ke taska permata ditunda dari bulan Ogos sebab kekurangan cikgu. Jika tiada aral dan semuanya Allah perkenankan, Adek akan didaftarkan jugak di tempat yang sama dengan Abang Q. Dijangka awal tahun depan. My sis in law cakap..ala nak hantar terus ke masih baby lagi.. But for me, bila anak dah dua..anak ke-2, hatiku haruslah lebih kering. Selebihnya serahkan saja pada Allah.

October 2014 pon will be bigger challenging for me n us.
May Allah ease our way.

Aku ni rajin beli ubat, cari ubat, survey ubat tp nak menghabiskannya malas yang super. Tak bersungguh. Tapi kalu ubat kurusss? Rajin kot *bluwerk* haha.

Kali ni, takmo dah beli ubat selusuh berbagai-bagai tuh. Ade few method n remedy je la yang aku nak follow. Antaranya yang muncul dlm kotak pikiran ni ialah;
Air Anugerah
Air zam-zam.
Ubat buka jalan homeopati.

Bak kata seseorang, keupayaan kita datang dr mind set. Kesakitan nak beranak yang pertama gagal untuk saya tanggung sebab banyak faktor, so kali ni nak tebus.

4-8-2014 mommy kene scan kat O&G sepital besar. Excited jgk sbb dah boleh guna bangunan baru walaupun currently just for check up. Wad entah bila la boleh open. Kan bagus kalau aku sempat. *Doa moga buka sebelum kelahiran adik Q*.

Masa ngandungkan Qushayyi mommy verangan nak buat semuanya apa yang perlu in my journey of pregnancy. Gaya cakap memang macam takut dapat sorang je anak. Tapi atas sebab kesibukan dan sebagainya ader la beberapa perkara yang tak dapat nak lalui. Salah satunya nak pergi scan 4D. Bila kali ni mommy tak harapkan sangat, Allah just repay my wish for Adek Q. Alhamdulillah. Feeling blessed. Mula2 doktor N scan baby and ukur2 anggota baby. Bila scanner tu lalu tang muka, doctor semacam excited and terus on 4D. Allahuakbar. Tak terlintas berpeluang dapat tengok live muka Adek dari luar. Terdetik dalam hati mommy..Ya Allah..sejibik mulut abang Qushayyi. Sokmo cakap pada Walid, mommy geram sangat tengok mulut/bibir si abang. Tapi suka bertempik! Rasanya muka adik lebih bulat berbanding abang Q masa aabang Q baru lahir. Tirus jer, kurus, haluih.

Sebab apa doctor excited? sebab kebetulan baby pandang ke arah luar. Kira bernasib baik lah..tanpa buang masa doctor terus print, dan letak pic atas dada mommy. Sebelum tu doctor N sempat bagitahu kemungkinan jantina baby. Sepanjang proses scan tu saya cuma senyum wat rilex wat cool jer. Sebelum balik kene inject ATT sedas. Vaksin untuk elakkan kancing gigi.


Hubby just sent me the video of Abang Q pergi bilik air n minta bukakan paip and mandi sendiri. Dengan bajunya tak bukak. OK, big brother already. Recently, 17/8 kene cucuk 18 bulan/setahun setengah. Nangis la kejap sebab kene kerjong. Bila keluar je dari klinik siap nyanyi-nyanyi. Senang hati kot..


Hmm..mommy have to sort out all the things again and again...
Tata.

Ramadhan 2014 & Dugaannya

"Daaa..letihnya..dok tau nok kabo guaner..Baru saya tau n faham sebab pe Allah lambat beri saya zuriat..."

"Yuuu..mcm yg kita prnh bincang dulu..(sblm msg2 dpt zuriat).. Kan ke kita selalu doa supaya Allah beri bila kita dh bersedia..So, skrg kita kene kuat. Anak pertama adlh pelajaran bagi kita. Ida sdri pun masih terkial-kial dlm time mgmt. Mmg jauh lg dgn gelaran supermommy. Tp masa sdg mengajar..Risau dh skrg fikirkan bila dh ank 2 nnt. Maunya terkejor-kejor lbh dr ni.."

Yu...kelelahan & pengorbanan kita bukan untuk dibalas manusia. Bukan untuk dihargai sesiapa. Bukan untuk dibalas oleh anak2 pun. Semuanya LillahiTaala..semua akan diberi ganjaran olehNya as long as kita ikhlas menggalas cabaran ni.

Kita buat yang terbaik.
Kita didik anak2 kita dengan Quran & hadis.
Supaya jd generasi ummati.
Macam arwah Ahmad Ammar.
InsyaAllah Yu.
Kita usaha sama2.

Ramadhan 2014 saya diberi sedikit kekuatan untuk mengejar si permata sulong yang tengah aktif. Dengan perut menghampiri 7 bulan. Kali ni Allah beri perut tak berapa besar macam sebelum ni. So takde lah kelihatan sgt seperti big momma mengejar anaknya dalam shopping complex, haha. Sementara walid tengah memilih kurtanya. Walid agak cerewet. Tu sebab saya biarkan dia take his time to choose. Penat saya jeling2 kerepek yang pelbagai jenis tu hehe tapi tak sempat nak beli sebab asyik kejar anak. Dia tak mau dipegang. Dia nak bebas sebebas bebasnya. Dia berlari. Bukan tahap berjalan dah. Saya pun berlari sama. Kesian adik kat dalam pun sure kene berlari sama. Sebab tu kami pilih waktu malam untuk amik masa sekejap beli keperluan asas untuk raya. Kalau siang, maunya pengsan! Saya berpeluh. Walid pun sama. Lawak. Kami usahakan balik cepat2. Haha. Nak sangat selami suasana raya setahun sekali membeli belah mencuci mata kat jualan raya kan kan...kan dah exercise.


Mommyhood

Dalam kesibukan dunia baru bersama Qushayyi, agak penat sikit bila jadual berubah. Nah! Baru seorang anak dah kne bangkit seawal 4 pagi. Bukanlah hari2. Dah tak perlu nak set time bangun pagi. Qushayyi akan 'kejutkan' mommy ikut jadual dia yang dah tetap. Sekitar 5.30am dia akan bangun menyusu untuk kali yang ke3. Masa untuk change diaper, lap2 badan, tukar pakaian. Sambil Mommy n Walid siap2 untuk pergi keje, bergilir-gilir siapkan anak. Siapa yang siap dulu kene handle Qushayyi. Apa yg penting? Kerjaaasama!

Dah tak tahu bila nak buat hal2 luar.