Seri semasa mengandung

Beberapa minggu yang lepas, saya hadirkan diri ke office kerana ada urusan. Waktu zohor, rakan-rakan sekerja bersembang mengenai seri semasa mengandung.

Kata mereka, jika wajah si ibu kelihatan berseri-seri semasa mengandung, petanda akan mendapat anak lelaki, dan sebaliknya. Salah seorang dari mereka dikatakan berseri-seri semasa mengandung dan memang Allah berikan dia anak lelaki. Dan setahu saya dia tidak mengalami alahan yang teruk. Saya ada bertanya, adakah dia bersolek semasa mengandung? Katanya tidak lah sangat tapi orang menegur katanya berseri.

Dan saya tahu, setakat ini (usia kandungan 14 minggu walaupun sekali sekala ke pejabat), tiada yang menegur wajah saya berseri-seri. Saya mula terfikirkan tentang entry saya sebelum ini.

Alahan teruk - gegirl.
Tiada alahan - boboy.

Kalian nampak tak aper perkaitannya?

Bila kita alahan, adakah wajah kita bersemangat? Adakah kita berdandan rapi? Mahupun secalit gincu jarang menyentuh bibir kerana tidak selesa. Tambah-tambah lagi dengan pengeluaran air liur yang berleluasa.

Lagi pula, ibu yang baru mengandung dinasihatkan tidak berlebihan dalam memakai kosmetik, dibimbangi membawa mudarat pada bayi dalam kandungan. Kadang kita tak pasti adakah bahan kosmetik itu 100% selamat. Saya rela dikatakan tidak berseri, berwajah pucat, tidak bermaya dan sebagainya daripada memberi risiko kepada zuriat sendiri.

Keinginan untuk sedikit berhias itu ada, tapi banyak halangannya. Dan saya pasti, bila alahan berakhir, saya akan kembali berhias sedikit-sedikit supaya tidak kelihatan seperti mayat hidup.

Hari ini, 1st day bekerja selepas bercuti lama, saya sempat memakai eye shadow. Lipstik hanya sekadar megalas kulit bibir yang kering. Eyeliner malas nak pakai sebab nanti makan masa bila cuci muka untuk solat.

No comments: