Need to see a doctor..

Al-kesah pergi rutin check up on 14/8. Rupanya alat untuk check hB rosak. So that kene lah jugak pergi check hB di klinik besar @pekan sebelah, Bukit Payong. Mulanya nak pergi hari yang sama, tapi kesian pulak nanti efek masa kerja suami lebih lama. Tunda keesokan harinya. Alang-alang dah pergi klinik tu, nurse no2 suggest untuk refer doktor pasal kesakitan yang amat pada kaki sampai susah nak jalan. Nampak macam simple saja jenis sakitnya tapi efek aktiviti seharian so kene cari cara untuk atasi.

Berdebar sikit nak tengok keputusan hB. Takot lagi turun. 1st check up: 14.5, 2nd: 12.2, then 3rd: Alhamdulillah naik la sikit. 12.6. Nurse yang bagi ubat cakap hB ok, cantik dah.

Berjanggut nya tunggu nak jumpa doktor. Dah la tak tidur dari sahur. Memang saya hampir terlelap kat kerusi. Dalam mamai2 tu la baru no saya: 7005 dipanggil. Doktor minta saya baring, dia check kaki dan perut. Doktor kata simptom yang saya alami ni tiada ubat sebenarnya. Whattt?? Cool..tarik napas dalam2.. Ini adalah perkara biasa bagi preggy woman di mana bila rahim berkembang, part2 lain pun akan turut berkembang, doktor bagi ayat tu sambil ketawa kecil okey..saya senyum2 kambing saja lah. Sebenarnya risau. Ala, doktor yang sama, yang ayu, sopan, menutup aurat dengan sempurna, oh memang doktor muslimah sejati. I like!  Apa yang saya alami ialah tekanan terhadap saraf2 kaki. Dan kesakitan dalam punggung sebelah kanan juga adalah kerana proses pengembangan. (Maleh ler nak tulis pengembangan apa.)

Kebetulan sejak sahur hari ni saya tak boleh tidur. Mulanya rasa mengantuk tapi sebaik saja baring, tekak dah buat hal dan bermula lah episod muntah hr itu dengan kadar lebih dari keseriusan hari2 lain. Sampai rasa lelah, terus fikir kene stopkan muntah dengan something makanan lain yg masam sikit. Nasib baik still ada stok buah oren manis. Terus potong dan makan! Makanya ini kali ke-3 puasa mesti dibuka. Tinggal beberapa hari saja lagi. Pray for me n baby terus gagah untuk berpuasa pada hari2 yang masih tinggal.

Daaa...

No comments: