Bila ada persoalan di atas, mesti lah jawapannya pelbagai. Takkan
adanya orang ramai cakap brand yang mana. Dan baik atau tak tu bergantung pula
pada penerimaan si ibu. Ada yang loya dengan bau susu tepung langsung tak boleh
minum, ada yang memang jenis tak suka minum susu(diri sendiri). Banyak pilihan
susu tepung kat pasaran. Antaranya;
- Anmum materna
- Mamil gold
- Friso gold
- Mom & me
- Hi-goat
- Dll
Early pregnancy saya dah survey(pendapat ramai) pasal susu
ni. Ramai la pulak yang cakap ..ala susu tepung ibu mengandung ni semua gimik
iklan jer..tak minum pun takpe, sebab kandungan gulanya sangat tinggi, nanti
berat ibu naik mendadak. Mereka lebih sarankan susu segar dan makanan lain yang
kaya dengan khasiat seperti sayuran dan buahan.
Nah! Tak ke takut mendengornya gitu seme. Kesannya, saya
dengan jual mahalnya menolak tawaran suami yang offer nak susu tepung mana.
Dengan alasan saya nak consume dengan calcium tablet sebagai ganti. Brand Shaklee.
Dicadangkan 4 tablet sehari. Saya ambil ikut sukatan yang disarankan. Dan juga
saya tak rasa saya dapat minum susu tepung dengan disiplin. Saya bimbang
membazir jika dibeli dengan harga yang mahal. Lainlah kalau ade trial pack kan.
Lagipun, mengikut pembacaan saya, selepas kandungan 2 bulan ke atas barulah
perlu minum susu.
Sebenarnya, beberapa bulan sebelum conceive saya pernah
buat kerja tak tahu malu bila pergi bertanya di klinik tentang susu untuk ibu
mengandung berbentuk sample. Dengan tanggapan bahawa saya sedang pregnant(agaknya
lah, diorg pun tak Tanya saya sedang mengandung atau tidak atau sedang
mengandung brpa bulan), doctor tu beri percuma semua jenis susu yang mereka
ada. Jadi, dengan rezeki tu, dapatlah saya test susu mana yang paling sedap.
Saya rasa Friso paling sedap kot(padanlah dengan harganya). Hari ni, saya buat
survey lagi, xde pun yang sebut pasal susu Friso, top brand ialah anmum materna.
Adakah susu paling sedap itu kandungan gulanya paling tinggi? Yang tu pun perlu
diambil perhatian jugak.
Bila diskas dengan kawan office yang dah ada 2 orang anak,
dia tegaskan bahawa saya perlu minum susu tepung ibu mengandung kerana
khasiatnya 2X ganda susu segar. Pulak dah! See! Lain orang lainlah pendapatnya
kan. Dengan tahap kepatuhan yang tinggi, saya gelabahlah nak dapatkan susu
brand apa. Time tu lah kene peril dek suami, ha! Hari tu nak belikan tak mboh.
Masa tu belum perlu lagi, he3. Saya suka buat pilihan sendiri. Pilih punya
pilih, saya ambik anmum materna perisa coklat dan mom & me perisa vanilla.
Kalau ada 5 jenis susu kat situ mahunya saya pening kepala nak pilih mana satu.
Kebetulannya pulak susu mom & me ader percuma nursing cover shawl. Menariks!
So far, Alhamdulillah, tekak saya boleh terima kedua-dua susu tersebut.
Sebenarnya dalam 1 shaker, saya campurkan 1 sudu anmum maternal, 3 or 4 sudu
mom&me dan 1 sudu ESP Shaklee. Shaking2 dan minum. Kadang air suam, kadang
guna air sejuk. Kadang2 campur dengan air buah. Ikut dan. Lepas ni saya rasa nak try susu lain pulak la.
Dumex mamil gold ke friso ke, depends brand yang mana available at pasaraya
nanti. Yang penting kene tengok TARIKH LUPUT. Okeh??!
Jadi, berbalik kepada persoalan utama tajuk; susu terbaik
untuk ibu mengandung ialah = entah. Tepuk dada Tanya tekak. Susu mana pilihan u
ols, bolehlah share yer..
No comments:
Post a Comment