Link bertukar

Saya pernah tulis entry yang kemungkinan saya akan open to public semula bila kandungan dah mencecah usia 5 bulan ke atas. Tapi saya bertukar fikiran dengan menukar url blog ini. Saya rasa nama url lama adalah sudah ketinggalan zaman, itu masa zaman muda mudi yang sedang gilakan sport tahap maksima.

Satu perkara ni masih bermain-main dalam hati. Saya tidak luahkan pada sesiapa yang rapat, cuma mahu mengadu dalam blog. ;|

Kali ke2 saya bertemu dengan seseorang tu (yang mana dia sudah tahu sejak awal lagi saya pregnant ), soalan dia;


"Ade ke x?"
Saya buat2 tak paham soalan, sebenarnya mahu soalan yang lebih jelas.
"Lekat ke x?"
Saya jawab: "Ada!"


Kemudian baru dia bertanya berapa bulan. Nah! Itu pun saya nak terasa hati. Mentang2 haku pernah gugur, cenggitu soalan yang di tanye. Ape la salahnya terus tanye berapa bulan dah? Then kalu tak de pun, akan kuberitahu juga.


Entah la, saya yang terlalu sensitif agaknya. Mungkin soalan tu biasa-biasa jer bagi orang lain jika mereka berada di tempat saya. Bukan apa, saya benci dengar perkataan gugur/jatuh. Even sampai sekarang pun saya tak pernah sebut tentang kemungkinan2 depan suami. Saya mahu harungi saya. Selebihnya saya serahkan pada Yang Maha Kuasa. Sebab Dia sajer Maha Memelihara. 


Saya tak mampu lagi untuk fikirkan yang buruk-buruk.

No comments: