10w

Bismillah..

Saya semakin malas menulis, walaupun ada je bahan. Cewah, bahan la sangat kan. Banyak masa dihabiskan dengan membaca. Otak sangat bosan cuma membaca. Kadang terasa tidak sabar mahu buat coding. Bukan apa, otak perlu diaktifkan secepat mungkin, sudah terlalu lama tidak buat coding.

Oh belum cerita tentang rezeki yang Allah bagi (dalam keadaan terdesak). Maksud saya mengenai masa depan kerja. Sebagai sebuah kampeni swasta, kami perlu bersungguh-sunguh setiap masa untuk memastikan kesinambungan rezeki yang kami kais. Saya fokus pada kompeni induk yang saya bekerja yang berdiri atas nama dan pendapatan unit saya. Sungguhpun begitu, hidup bangun sesebuah kampeni masih bersandar pada kekuatan/senario politik semasa(tekanan keadaan). Ada kabel, ada projek. Itu gambaran secara kasar. Namun, kami berusaha untuk berdiri atas nama kekuatan pengalaman dan produk bukan kekuatan hubungan mana-mana pihak yang berpengaruh.

Dalam keadaan HQ yang terpaksa ditutup sementara dan berlaku restructure staff. Dalam waktu kritikal tersebut saya sangat berat hati untuk berada di bawah pengurusan yang lain yang mana tidak ada kaitan langsung dengan system dan programming. Dengan harapan yang tinggi dan semangat untuk meneruskan kesinambungan pencarian rezeki kami, saya (secara senyap-senyap) telah membuat inisiatif sendiri untuk memasarkan produk(sistem) yang kami ada. Especially, produk terbaru kami iaitu sistem pengurusan sumber manusia.

Akhirnya ia mendapat perhatian senior SBP saya iaitu senior SPM81 yang mana merupakan pengurus IT sebuah agensi separa kerajaan. Saya diminta untuk membuat demo sistem tersebut kepada syarikatnya. Jika sesuai, mereka berminat dengan sistem tersebut.

Demo.
Ia bukanlah sesuatu tugas yang mudah eventho sistem tersebut sudah siap. Apatah lagi saya terlibat 90% dalam membuat persediaan untuk demo tersebut. Memandangkan demo ini satu titik tolak yang sangat penting bagi kami, saya letakkan fokus dan tenaga saya 200% dalam menyiapkannya. Saya perlu menyediakan salinan online demo bagi sistem ini. Salinan ini bukan semudah yang disangka kerana ia melibatkan sebahagian besar data yang mana perlu dikekalkan, yang mana perlu diubah dan yang mana perlu dibuang bagi mengurangkan beban pangkalan data. Untuk demostrasi, hanya data asas perlu dikekalkan. Saya perlu menyediakan slide yang dapat memudahkan lebih-lebih pagi untuk impress the client of what we have.


* Pregnancy ticker : Hari ni, genap lah 10 weeks a.k.a 2 month and half. Setengah bulan lagi untuk melangkah keluar dari zon yang benar-benar bahaya. Semoga Allah SWT memelihara kandungan kami ini.

No comments: