Jangan label wanita sebagai insan yang lemah


Mlm semalam, tanggal 22 Ogos 2011 bersamaa 22 Ramadhan 1432H kembalilah bapa mertua kakak saya no.4 ke rahmatullah..Al-Fatihah. Kenapa saya menulis tentang ini? Sebab saya mengenali kesemua mentua adik beradik saya dengan baik. Makna kata, ada antara mereka yang saya sudah anggap seperti ibu saya sendiri. Sayangnya, ramai yang sudah pergi dan saya belum puas mengenali mereka.

Pagi semalam saya mendapat pelepasan untuk pergi melawat si mati di Kg.Bukit Agu, Tepuh sebelum masuk kerja. Kami pergi berempat termasuk bonda saya. Saya dapat melihat hanya ketenangan yang nyata menghiasi wajah isteri kepada si mati iaitu ibu kepada 13 orang anak di mana salah seorang anaknya adlh seorang wakil rakyat. Apatah lagi si mati sudah diduga dengan pelbagai penyakit di hujung2 usianya. Sudah pasti si isteri lebih senang mahu 'melepaskan' suami pergi daripada terseksa di dunia.

Kakak saya bertuah merasai kasih sayang seorang ayah(mertua) sedangkan saya tidak kerana saya dan suami sama-sama berstatus anak yatim. Dan arwah juga cukup sayang dengan kakak.
my #4 ssis with her stroke father i law
Saat ini dada kami kerap berdebar tatkala bunyi mesin berlainan dari nada biasa. 
my bonda n farah
Few months back, si isteri pernah dimasukkan ke hospital akibat patah tulang peha kerana terjatuh di rumah. Di kesempatan kami melawat beliau, saya memerhatikan pasangan itu. Si arwah semasa ingin beredar pulang telah menitiskan airmata kesedihan. Kepiluan di hatinya tatkala mahu pulang melihatkan isteri yang terlantar dengan tulang kaki disangga dengan sebiji bata  sebagai pemberat oleh besi yg menahan.

Usia si isteri dan suami lebih kurang sebaya dengan bonda saya membuatkan saya sangat2 tersentuh dengan situasi itu. Kasih sayang terpancar jelas di wajah suami(arwah) walaupun di lewat usia.

Bagi saya, wanita dianugerahkan dengan perasaan yang lebih kental walaupun dilabel lebih BEREMOSI dan bukan keterlaluan jika saya nyatakan wanita itu lebih kuat. Ini yang saya beritahu suami tatkala kami berbicara tentang ramadhan ya karim. Ya, wanita lebih kuat dan disebabkan itu keupayaan untuk mengandung dan melahirkan diserahkan oleh Pencipta kita kepada wanita. Dan itu jugalah jalan penghapus dosa bagi kaum hawa. Wanita juga berupaya menggalas pelbagai cabaran kehidupan tanpa kehadiran lelaki di sisi lebih2 lagi pada zaman sekarang. Oh, saya bukan ingin merendah-rendahkan kaum adam tetapi maksud saya wanita bukan insan yang lemah.

p/s: bertuahlah bagi sesiapa yang membuat persediaan menghadapi saat kematian..

No comments: