Unless I have one

The very straight forward title & the hidden message


Ref: Here

Agak straight forward dan really membosankan tajuk tazkirah ramadhan yg saya dapat ni. Dan tajuk2 lain juga very...errrrgh...
Ditambah pula dengan sifat saya yang bencikan public speaking. Tambah2 beban lagi nk kene fikirkan apa yg mahu diperkatakan, mengganggu hidup saya 2 hari 2 mlm.

Mula2 dah reka ayat2/bahan utk diperkatakan tp bila fikir2 semula macam menyampah pula baca artikel yg direka sendiri. ;) Dan fikir punya fikir, saya teringat pada encik 'KM'. Jd, saya rujuk artikel beliau untuk   relatekan dengan apa yg saya sampaikan.
 Ditambah lagi orang lain gunakan majlis sebegini untuk attack back staff. So, i learnt to follow n play da game in a preferred manner.

KERJA ADALAH KOMBINASI MINAT DAN KESUNGGUHAN

Mungkin kita prnh dgr ceramah ustaz yg mengatakan bhwa bhwa betapa beruntungnya kita menjadi Ummat kepada Nabi akhir zaman, iaitu Nabi Muhammad SAW.

“Ini adalah kerana kita ni adalah sebaik-baik Ummat, the Best Ummat, yang mana bila kita mati, kita akan masuk syurga lebih awal dari seluruh ummat Nabi lain.”
Kita pun rsa cam best semacam jer dengar statement ni ork..tp bila fikir2 blk, setiap sudut kehidupan kita, layak ker kita berada dlm golongan terbaik tu?
Ummat terbaik ni bila mati masuk shurga awal dari semua ummat lain, boleh potong ‘que’, tapi terfikir dok : Apa yang bestnya ummat ni sampai mendapat layanan istemewa dari Allah?

Pada hari akhirat di padang mahshar kelak, Allah akan menyusun semua umat manusia dari zaman nabi Adam hingga ke zaman nabi Muhammad s.a .w mengikut saf2 dan ALLAH telah memilih umat nabi Muhammad s.a .w untuk berbaris di saf yang PLG HADAPAN walaupun umat nabi Adam yang merupakan umat pertama dijadikan oleh ALLAH s.w. t. . (http://www.lailahaillallah.com)

Kalu nk  ikutkan hidup kita ala2 je; mcm biasa, pagi-pagi pergi kerja, makan, blk keje,  tidur, lepak2, tengok TV, lyn family, bersukan,  main game, kdg2 pergi surau, kdg2 dengar ceramah, kdg2 wak nde lagho..xdok faedoh,  jadi kat mana kehidupan yang menggambarkan kita ni ummat terbaik?(ats msg2, saya sebut scra umum je)
Sedangkan umat lain ada hok beribadat beratus tahun, ada yang boleh jalan atas air, ada yang boleh terbang, ada yang sujud sehingga batu melekuk, ada yang makanan keluar dari celah jari sebab lama berzikir, tapi sbbpe mereka masuk syurga lambat?

Jd, citer dia gini:
Tersebutlah kisoh seorang Raja yang masuk ke dalam istana barunya, lalu mendongak di ruang balai mengadap, maka terlihatlah di atas kepalanya, tergantung kipas syiling dan lampu-lampu..

Sebagai seorang Raja, beliau patut murka kepada benda yang dimuliakan begitu tinggi, sehingga lebih tinggi dari batu jemala baginda, tapi Raja dok marah..

Kenapa Raja dok maroh kepada lampu dan kipas yang berada lebih tinggi dari kepala jemala seorang Raja?

Jawapannya: Kerana kipas dan lampu itu membuat ‘kerja’ masing-masing, iaitu kipas ‘bekerja’ (iaitu berputar) spya Raja rasa nyaman, dan lampu ‘bekerja’ (bercahaya) spya Raja blh melihat di malam hari…

Tapi cuba bayangkan, jika kipas dan lampu itu dok berfungsi, ‘on’ suis banyak kali, kipas tak berpusing jugak, lampu pun dok nyala, maka bukan Raja sahaja yang murka, kita pun akan mrh pada lampu dan kipas hok kita letak tinggi tinggi tapi tak buat ‘kerja’(tak beroperasi).

Jd, mesti la kita akan turunkan kipas/lampu tu utk tuko yg baru.

Moralnya, kipas dan lampu atau apa sahaja, adalah tidak layak berada di atas jemala kita, sebaik sahaja kipas tu tak berfungsi sebagai kipas. Tak dok org pun yg nk smpn kipas/lampu punoh lama2 lam umoh.

Dan kipas yang terbaik, bukannya kipas yang cantik di kedai kipas, atau mahal, atau antik, tapi kipas yang terbaik adalah kipas yang blh digunakan oleh orang ramai, yg thn lama, sehingga orang ramai mendapat manfaat dari bilah- bilahnya.

Sekarang faham dok gi hubungan antara kipas/lampu terbaik dan ummat terbaik?
Dipendekkan cerita; Kita bukanlah dikatakan terbaik dengan hanya menggengam kelulusan yg tinggi selagi kita tidak dpt menggunakan ilmu tersebut untuk memberikan khidmat terbaik kepada orang ramai.
Allah sebut dh dlm quran yg bermaksud:
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah SEBAIK-BAIK UMAT yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu MENYURUH BERBUAT SEGALA PERKARA YANG BAIK DAN MELARANG DARIPADA SEGALA PERKARA YANG SALAH serta kamu pula beriman kepada Allah. "

(Surah Aali Imran, Ayat 110)
Jadi, kita  menjadi umat yang terbaik bukanlah di atas dasar kerana kita adlh umat Nabi Muhammad semata-mata, tapi kita menjadi sebaik baik ummat bilaman kita membuat kerja yang memberi faedah kepada manusia didunia dan akhirat, iaitu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah.
Kesimpulannya, kita sbnrnya bkn kerja cari duit utk diri sndiri, keluarga dan bkn hanya utk kesenangan generasi kita sajer in fact tanggungjwb kita adlh utk semua org.
Jika kita tau hakikat tersebut utk jd ummat yg terbaik di sisi Allah, InsyaAllah dgn sendirinya kita ada kesungguhan dlm bekerja. Lbh ramai org dpt manfaat dr pekerjaan yg kita buat tu, lg tggi lah darjat kita di sisi Allah..Allah taala jua Maha Menilai..


Wallahualam….


On the final day ramadhan @office, giliran saya lg. Untuk topic yg more irritated.
'PENDEKATAN SEKATAN UNTUK ANAK-ANAK'
Tak suka lah aper2 topik psl anak. Unless I have one.
Really no idea.
But, fine. I used to take the challenge.
Will speak of what I pleases.....

No comments: