Obsession

Saya percaya kalau kita meluangkan lebih banyak masa dengan sesuatu, kita akan menjadi semakin obses dengan sesuatu tersebut. Kalau kita jenis suka menyanyi (walaupun toilet vers), pasti berangan untuk berduet dengan Maher Zain, Siti Nurhaliza mahupun Najwa Latif. Kalau kita banyak mendengar pantun, tiba-tiba kita rasa eh seronok pula dengan pantun yang macam-macam tu. Jika kita selalu berkebun, kita akan jatuh cinta dengan pokok. Jika kita rajin bermekap, sesempit mana pun masa, pasti diri kita terhias juga.  Sama juga dengan persoalan hati. Semakin lama kita spend masa dengan seseorang, selalunya kita akan terpaut hati dengan si dia. (Statement ni boleh pakai ke? ;) depends on orang lah kan sebenarnya) Jika kita rajin membaca, bukulah(bahan bacaan yang baik) akan menjadi rakan karib, guru dan sumber buat kita mengangkat diri yang lebih baik. Nescaya kita akan mengidamkan sebuah bangunan yang penuh dengan buku dan bahan bacaan yang bagus-bagus.

Adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui?


Firman Allah s.w.t : " Allah akan meninggikan darjat orang2 yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat .Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan . " ( Al-Mujadalah : 11 )

Ibn Abbas ra mengulas ayat diatas dengan mengatakan : Tingkatan para ulama dibanding orang mukmin biasa adlah lebih tinggi sebanyak 700 darjat , di antara satu darjat ke darjat setelahnya adalah sama dengan jarak 500 tahun perjalanan.



Sumber

Shyyyy..kalian percaya tak jika saya cakap, saya tidak kasihan kepada orang miskin. (Lambat laun pasti ada yang membantu meringankan beban, jika tak banyak pun sedikit. Boooleh la..)

Tapi, tatkala wujud di depan saya seseorang itu ketara TIDAK MENGETAHUI @ tersilap tentang sesuatu yang saya percaya seolah-olah semua orang tahu akan perkara tersebut.........Dush! Seolah-olah wajah saya tersimbah sesuatu. Darah saya seolah mengalir laju tanpa haluan. Bukan tersirap. Saya berasa sangat-sangat..(tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata) .. berasa sangat2...looser. Mungkin.

Bila saya buat operasi mengemas rumah, saya selalu pening bila tengok buku dan majalah yang banyak. Buku lagi banyak sebab sejak kecil saya dan adik beradik tidak digalakkan untuk membeli majalah. Memang ada almari buku di rumah(kakak saya beli dah lama dulu), tapi tidak cukup untuk menampung semua buku yang ada. Rumah saya pun bukan sebesar perpustakaan.

Saya akui zaman kanak-kanak saya sangat gemilang sebab saya berkasih dengan buku. Saya pun tidak percayakan diri sendiri bila dapat menceritakan semula di depan kelas depan kawan-kawan secara spontan selepas membaca sebuah buku di perpustakaan sedangkan rakan sekelas lain gagal  untuk berbuat demikian. Maksud saya apabila kita buka minda dan hati untuk membaca, InsyaAllah apa yang kita baca akan lekat di dada dan dapat meluahkannya semula secara lisan tanpa ragu-ragu. Tapi ramai yang tidak tahu(pada masa kejadian saya bercerita di depan kelas) bahwa apa yang saya cerita semula bukannya 100% betul dari buku cerita tersebut. Sebahagiannya saya telah 'goreng' untuk melancarkan jalan cerita dan menutup kelemahan saya terlupa sesetengah episod cerita tersebut. Kecik-kecik lagi dah reti goreng depan audience? (Goreng cerita kanak-kanak sajer, bukan hal lain). Masa tu seingat saya Darjah 2. Tapi bila meningkat dewasa, saya bukanlah 'penggoreng'. Tak kira lah dalam meeting ke apa. Dan....dan...saya memang anti dengan sesiapa sahaja yang suka meng`goreng` dalam hal penting sepert meeting. Saya cukup telus untuk berkata benar. kadang-kadang kebenaran itu melukakan. Saya berpegang kepada sabda Rasul kita: "Berkata benarlah walaupun pahit". Saya tidak perlu untuk menipu demi untuk menjaga hati. Tapi saya belajar untuk berterus terang dalam keadaan yang lebih baik supaya ia tidak melukakan sesiapa.

OK, im writing about books. Saya ingin jatuh cinta sekali lagi dengan mereka. Allah beri saya suami yang suka dengan buku selain suka dengan foods ;) . Dia tetap akan beli buku walaupun ketika pokai. Dan saya mulalah berfikir untuk menjual buku-buku yang saya ada apabila saya pokai. Dan dia nasihatkan saya buku adalah aset penting. Bukan sekali saya meminta pendapat/keizinan untuk let go buku-buku yang saya ada. Tapi banyak kali. Akhirnya dia cerita satu kisah. Saya pun tak pasti akan kebenaran cerita ni sebab saya belum mencari kesahihannya but hence saya tetap jadikan panduan. Ceritanya begini;

Pada satu masa dulu..(intro tak leh blah, dengar2 ala citer dongeng), berlakulah perangJerman-Rusia. Sebenarnya saya terlupa perang antara siapa. Jadi, saya tangguhkan cerita ini sehingga saya bertemu perkaitannya tentang entri saya. ;)

Yang pasti keduanya adalah kuasa besar dalam teknologi sejak dari dulu sampai lah sekarang. Back to my mission, saya mahu buka hati dan minda saya untuk lebih mencintai buku. Saya akui, banyak juga buku yang saya beli tapi saya selalu gagal untuk menghabiskan bacaan sedangkan buku itu cukup bagus bagi saya sebab tu saya beli. Kadang-kadang, saya akan borong banyak buku apabila ketika terasa berduit sedikit. Mana-mana buku saya yang terlepas ke tangan orang lain tanpa dapat kembali pada saya semula saya ingat sampai sekarang even itu hanyalah sebuah novel. Tapi saya bukanlah peminat novel. Semalam saya teringat buku rujukan saya yang agak penting; Buku CCNA. Ia dipinjam oleh kawan saya; Farina masa kami sama-sama melangkah ke alam pekerjaan dulu, dia masih mengikut arus bidang networking dan saya akhirnya kembali ke pangkal jalan iaitu bidang programming. Tapi buku itu dipinjam Farina untuk kawan sekerja dia. Saya berniat mahu mendapatkan semula buku itu. Tapi pasti masih berpeluangkah..Buku itu sangat tebal walaupun saya tidak gunakan se sen pun untuk dapatkan buku itu. Ia percuma dari Bontonweb Academy. Farina mesti terlupa untuk pulangkan semula. Dia sangat baik dan naif. Super cute.

Zaman teknologi maklumat. Ada yang sudah lupa dan memandang enteng pada bahan bercetak. Termasuk saya. Ada yang perasan moden dan high-tech bila hanya mendapatkan maklumat secara maya. Iyelah, semua maklumat di hujung jari masing-masing. Minta ambil perhatian, setiap buku yang diterbitkan PERLU mempunyai sumber rujukan. Kebanyakan sumber info di internet tidak sedemikian, dan kebanyakannya adalah copy-paste tanpa mencatat reference. Lihat juga entri berkenaan Harta Intelek. Semua orang tidak perlu menunjuk bijak dengan menciplak aset minda orang lain.

Back to story, demi untk mengembalikan cinta saya tu, saya mahu abadikan isi buku-buku yang saya ada di sini. Blog saya. Dan semoga ia memberi kebaikan untuk orang lain dan saya juga.

p/s: Setiap perkara baik yang kita atau orang lain lakukan saya percaya bukanlah untuk riak atau menunjuk-nunjuk tetapi untuk berkongsi kebaikan. Janganlah kita mudah untuk melabel seseorang itu riak sebab itu urusan hati dia personally dengan Tuhan. Kerana saya sentiasa percaya bahawa jika kita berkongsi sesuatu kebaikan, walaupun kita hanya berkongsi sedangkan kita gagal untuk mengamalkannya, InsyaAllah akan ada orang lain yang akan mengamalkannya dan secara tidak langsung kita juga akan mendapat tempias pahala kerana itu. Tapi, silalah kecewa dan sedih jika seseorang itu terutamanya muslim BANGGA dengan KEJAHATAN.

Tolong doakan saya mampu untuk mempunyai sebuah public library

No comments: