I'll Wait Forever

2 minggu lepas nafsu makan membuak-buak. Tak terkawal. Makan dengan kadar yang terlalu banyak, non-stop, tidak kira masa. Menakutkan. Di tempat kerja, pantang kawan-kawan jeling ajak makan. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.(this is my abnormal appetite).Bukan sengaja biarkan diri jadi begitu. I just can't stop myself.

2,3 hari ni rasa pening loya.. (Hujung sept 2011 - Awal Okt 2011).  Badan suam2. Saya x pasan pun tp suami yang pasan. Now dah seseme. Lately saya seboleh mungkin mengawal makan. Tapi bila lapar tetap craving for something. Badan berangin. Abang pun sama. Abang jadi penat masa bekerja dan erpaksa ambil masa utk tdir slps zohor.Saya tidaklah begitu, sepertimana pertama kali pregnant.
Perut kembali membuncit.Bulan ramadhan kempis. Hampir tidak kelihatan. Hingga beberapa ahli keluarga perasan akan perubahan.

Tapi, rasa badan tidak susut, dan mungkin bertambah membesar. Walaupun timbangan berat sekitar 67-69kg. Penimbang di rumah bukan boleh dipercayai. Last time timbang di hospital memang 69kg. Rekod telah dipecahkan. Tidak pernah mencapai seberat itu. Berat ideal 50kg. Biasa2 berat 55kg.
Bulan lepas, Sept 2011 period jatuh pada 3.9.2011. Saya mahu ambil Adipex, suami menghalang. Saya mahu ambil pil herba kurus yang lebih selamat, tapi saya perlu tunggu masa yang sesuai. I mean, tunggu period akan datang.

Hari ini, 5.9.2011. Bukan bermakna saya lewat period. Sebab cycle saya BIASANYA panjang. 33,35 hari dan ke atas. Kadang2 39 hari. Ada kemungkinankah saya pregnant lagi, sedangkan saya tidak ader ambil apa2 produk yg fokus utk push to get pregnant.

Perlu ker saya berharap? Saya tidak sanggup untuk test lagi. Saya tidak dpt terima kekecewaan setiapkali cuma ada 1 garisan keputusan. Kecuali jika saya dapat stok tester yang berharga rm2 sebatang. Kedengaran aura kedekut di situ. Ye, tidak suka membazir pakej dengan kekecewaan yang nyata.

Sebab tidak yakin dengan usaha dan masa ditetapkan Allah jugalah saya keguguran kali pertama.
Semua silap saya. Terlalu kerap saya jadikan lada hitam sebagai menu harian. Bagus lah konon.

Mungkin sekarang dah melebihi musim subur. Mungkin. Jadi, apa guna saya beli HPA Moments? Saya juga TERLALU ingin beli ubat kurus Nur Lizz. Tapi saya rasa perlu tunggu period tiba. Tapi tak tahu bila. Penat lah buat teka-teki macam ni. Kene buat teka-teki musim subur lagi. Bila pening-pening, loya-loya, muntah-muntah macam ni. Teka-teki baru pulak muncul. Teka - teki yang penuh dengan perasaan perasan. Perasan saya pregnant semula. Saya cuma minum minuman kopi kolagen power plus hampir 15 cawan. Bila jadi macam sekarang, mula lah memasuki fasa dilema. Sudah takut-takut mahu makan ubat resdung. Ada 2 botol lagi. Hidung yang tak pernah gatal semalam tiba-tiba menggatal. Bersin-bersin. A couple of jerawat gatal juga tiba-tiba terbit. Benci lah. Lately, bukan main extra rajin lagi saya service facial. Out of harworking *box okay. Bersilih ganti mask saya pakai, modern n trad. Ganyang semua. Entah-entah saya perlu bersara dari makan kuey tiaw sup, sup air daging. Itu favorite. Mungkin kene buat sendiri. Dengan ramuan yang lebih selamat.

Saya juga perlu consume dengan EPO. Perlu. Entah yang mana perlu dulu. Semuanya rasa mahu makan serentak. Sekarang masih pening. Dan tugasan seharian di office terjejas. Saya tidak boleh fokus seperti biasa. Benci tengok skrin. Lepas itu muntah. Saya bukan mengeluh kerana pening. Tapi saya tidak tahu kenapa saya pening dan loya sekarang. Biasa-biasa rutin pening saya hanya selepas seminggu bersih dari period. Assume saya pening kerana ccpp. Tapi saya dah belajar minum air putih banyak-banyak. Dan makin maju. Saya berusaha keras untuk sihatkan kulit wajah, dan tidak pernah putus asa untuk get pregnant. Dan tidak pernah berhenti untuk sihatkan diri dengan makanan/minuman kesihatan. Impak yang saya dapat ialah beberapa buah kesabaran yang perlu saya lalui.

Saya masih perlu melalui beberapa siri usaha. Bukan untuk satu tujuan. In fact, banyak tujuan. Semoga allah berkati usaha saya.

2 comments:

nobody said...

be strong tuang, insyallah aku doakan good news utk ko and husband. teruskan berusaha, frustration tu part of the process. aku tau it's easy to say rather to go thru this all, especially to be in ur shoes. take care of urself - ur health, ur body and ur spirit :)

Unknown said...

I'v been blessed to have those friends like you all who did comfort me, some always make me feel good with this tests.

Love u all.