Urut, facial & make over

Hmm, macam bz like bees sangat je sampai tak sempat update blog pasal aktiviti. Sebenarnya bukanlah bz bebenor cuma letih dah mengadap skrin. Seharian dah mengadap, tak mampu lagi nak mengadap malam-malam. Sampaikan hubby tertanya, best ker surft dengan handset? Bukan lah best, tp penat pening loya tengok skrin laptop. Tapi hati mahu googles juga..lebih2 lg psl testimonial products.

Alhamdulillah saya dah dapat 'tauliah' basic bagi 2 kursus yang saya minati dalam diam. Cewah. Diam gitu.

  1. Bengkel urutan traditional, releksologi & spa. (Anjuran KRT Telaga Batin)
  2. Bengkel rawatan wajah & solekan. (Anjuran KRT Permint Permai)
Day 1:
Sebahagian peserta kursus
Asalnya saya cuma ingatkan akan diajar mengenai urutan tapak kaki sahaja/rekleksologi. Rupanya merangkumi semuanya.
Ucapan pembukaan perasmian oleh pegawai perpaduan daerah, pn.norma
Tu dia 'cikgu' kami. Puan Noraini, tokey spa yg punyai 3 cabang biz.

Selama 2 hari bengkel UTRnS ni, boleh la belajar sedikit sebanyak teknik urutan. Mula2 pn.anney akan demo pada sorang model yg volunteer. Lepas tu semua peserta akan apply pd pasangan/model masing2. Lepas tu, tukar pulak, si model kene jadi tukang urut pulak. So, semua merasa.

Day 2:
Lepas abis belajar semua urutan, mula la berangan jadi pekerja spa plk. Untuk day 2, belajar how to scrubbing full body. Scrubbing ni mesti dilakukan dengan tahap customer paling selesa dan best. Kata cikgu scrub bagi rasa sedap gituh, buka rasa sakit. ;)  Saya berpasang pula dengan K.Nurul, my SIL. Luckily, penat dia sental2 badan saya kenapa span tak kotor berdaki? Saya minta dia sental kuat2 takpe. Janji daki mesti hilang punya. Hua3. Tapi hampa, daki tak kelihatan. Rahsianya ialah hari2 mesti mandi guna ini sabun;

Sabun Kulit Rambai
Selain tu saya guna juga sabun tawas. Semua keluaran Saannen. Nanti akan disambung dengan sabun kalamansi pula dan aloe vera.

Day 3:




2 org budak over xcited dlm bengkel solekan


This is the precious time with bff. We shared the same passion.
Wajah sebelum facial & sblm ditatarias [ok ada unsur-unsur penipuan di situ sebab gambar sudah di-edit oleh bff saya..haha]

1st: Touch up sendiri, apply step yg diajar. Make up siang yang sederhana.
Mula2 kami diajar teknik make up siang atau make up utk ke office.


Day 4:
Make pada muka pasagan atau model masing2 pula, make up siang juga.
Sebelah petang, cikgu akan demo pada model make up pengantin. Then, apply la pada muka masing2. Kecoh bila kene pakai bulu mata palsu. Dalam duk sibuk2 cari gam nak tepek, ade plk yg terambil bulu mata palsu saya sebelah lagi. Tertukar. Yang tak best ialah saya jadi tensi bila peserta group lain datang ke meja ambil barang make up. Walaupun saya sudah bawak alatan sendiri as a bake up. Sudahnya kami bergurau senda bergelak ketawa nak hilangka tension. Tak ada mood nk fikir nak tema color apa, lastly saya pilih color kelabu untuk eye shadow. Itu pun guna make sendiri juga. Hasilnya terbaek juga, puas hati sendiri dan ramai yang memuji. Walau pun ada yang komen tebal tapi cantik. Memang lah tebal, dah namanya make up pengantin. (Padahalnya nak kene tutup cela. Konpem foundation 2 lapis.)


No comments: