Nasi air sambal bilis berempah

Setiap kali ulang masak benda yang sama, tapi kene edit. Tambah inovasi pada makanan. Baru boleh maju. Alasan jer sebab suka tidak ikut resepi betul2. Ikut selera sendiri2.

1. Nasi Air
2. Sambal bilis berempah
3. Bawang goreng
4. Sambal pedas
5. Ikan rebus
6. Sambal bilis hancur belacan
7. Kicap lada

/** Pernah satu masa saya muntah lepas makan nasi air kegemaran dari 1 restoran kegemaran. Konon tak mahu makan nasi - berat, makanlah nasi air. Tapi, mungkin rasa perut terlalu banyak air bila makan nasi air. Motif cerita di atas? Sebab nak kongsi nasi air yang saya kami buat. Bagi mereka yang rasa quite plain boring makan nasi air biasa. **/

Rebus seekor ikan (kegemaran anda) - how freestyle chef i'm ;}. Gaban Z potong 2. Sebab sekarang kami berdua. Air bia lebih sikit. 
Air tu buat masak nasi air tu. Tambah daun kucai dalam nasi air tu bila nasi air hampir masak. Potong daun kucai sepanjang 1 inci. Ikan tu boleh buat side order penyedap rasa.


Gaul bilis dengan rempah kari, serbuk kunyit. Goreng dengan daun kari sekali. Bila bilis hampir masak/rapuh, masukkan kacang panjang yang dipotong kecil2. Masukkan juga hirisan bawang besar. Bila hidang dalam piring, perah dengan limau nipis/limau kasturi.
Sambal pedas tu sebenarnya takde lah pedas mana pun, sesuka hati lidah anda. Tumis bawang, lada mesin macam biasa, + sos cili, sos tomato dan perasa. Bila hampir masak, tambah potongan daun kucai saiz 1 inci. 
Kenapa daun kucai? 
Sebab dah ada tanam depan rumah. Free of charge. 
Anda boleh guna daun sup atau daun bawang atau daun apa yang sesuai yang anda suka. Suka hati. Sedap ke tidak sendiri punya selera. Yeah.
Siyesly, saya @ kami sangat suka makan nasi air cara ni. 

Malamnya, saya makan nasi air ni + dengan sup tulang 0 pula. Freestyle lagi.

Amaran; Tidak terdapat di mana-mana restoran. Cewah.

No comments: