Changes

Ramadhan kian pergi meninggalkan kita..Bertuahlah bagi sesiapa yang memanfaatkannya..Sesi tazkirah ramadhan dan tadarus @my co sudah berakhir 2 hari sebelum cuti raya. Saya pun terselamatlah daripada deliver tajuk Pendekatan Sekatan Untuk Anak-Anak. Agak lemah sikit bila berkait dengan isu pendidikan anak or whateva yang bersangkut paut dengan hal anak kerana saya tidak suka untuk berbicara mengenai sesuatu yang tidak saya memiliki dan tidak suka 'menunjuk pandai' tentang sesuatu pengalaman yang belum saya harungi. Saya pun ketiadaan idea untuk menyampaikan tajuk berkenaan. Orang lain saya tidak pasti.

Tahun 2011 ini juga beberapa perubahan berlaku untuk sesi berkenaan. I like CHANGES! Saya jenis cepat merasa bosan dengan perkara or event yang sama. Perubahan bagi sesi tazkirah ialah cuma dari segi masa dan bilangan penyampai. Namun perubahan yang saya perhatikan di pihak pimpinan syarikat ialah, big boss tidak ade komen atau penjelasan langsung mengenai tajuk-tajuk yan disampaikan. Saya sebenarnya suka juga mendengar apa yang diperkatakan oleh beliau. Benar atau salah saya akn check semula selepas itu jika diragui.

Apa yang saya lebih suka ialah perubahan cara bertadarus. Membaca perlahan-lahan dan memahami makna adalah lebih baik daripada khatam banyak kali tanpa mngetahui isi Al-Quran. Tadabbur. Berdasarkan pengalaman cara tadarus sebegini, saya agak terasa 'lain' bila mengaji dan membincangkan mengenai surah yang dibaca tersebut. Terasa lain seperti mengajak saya berfikir dan merenung setiap terjemahan dalam Al-Quran dan relatekan dengan setiap yang berlaku dalam kehidupan saya sendiri. Apa kelebihan  membaca dengan lancar dan tajwd yang betul tanpa memahami apa yang dibaca. Sama juga seperti kita menelaah sesebuah buku/kitab namun tidak memahami apa-apa.

Kita mahu lahirkan anak-anak acuan Al-Quran tetapi adakah diri sendiri sudah teracu sebati dengan Al-Quran dengan memahami segala isi maknanya? Betullah bahawa kita tidak akan feel setiap doa yang diaminkan selagi tidak memahami maksudnya.

Apabila saya berasakan diri saya tidak gembira, tidak bertuah sebagaimana saya melihat hidup orang lain, saya tergerak hati untuk berfikir secara positif. Saya gali ayat-ayat Al-Quran untuk menyejukkan hati dan jiwa saya yang terkilan. Saya pahatkan dalam hati kemas-kemas dengan ayat : "Laa yukallifullahu nafsan illa wus aha". Kerana saya tahu saya mesti fahamkan kenapa Allah berikan saya dugaan tersebut. Tidak ader kesusahan melainkan Allah mahu beri kita ganjaran jika kita bersabar. Tidak ade kesakitan melainkan Allah mahu menghapus dosa walaupun sakit kerana tercucuk duri. Dalam surah yusuf juga ada menyebut bahawa orang beriman akan tetap sabar selama mana tidak diberikan kesenangan oleh Allah. Hati terusik. Patutlah orang-orang beriman tidak berputus asa. Bukan seperti saya yang mudah mengalah.

Isu semasa.
Ramai artis yang bertuah kerana dianugerahkan hidayah oleh Allah untuk berubah ke jalan hidup yang lebih baik. Jauh di sudut hati saya sangat cemburu. Sangat cemburu. Masih teringat peristiwa kemalangan ngeri Catriona Ross pada 2007. Saya pernah terfikir, adakah dia akan berhijrah memakai tudung apabila diuji hebat sedemikian. Akhirnya apa yang saya fikirkan tiba jua pada 2011. Dia sangat bertuah. Saya terpaut dengan kata-katanya:

The more you accept, the less you complaint.
Kisah penghijrahan Sham Kamikaze lebih menyentuh jiwa. Nur terpancar bersinar-sinar. Subhanallah. Wardina juga. Syabas TV9 kerana rancangan-rancangan hebat termasuklah Halaqah Qalbu. Da BEST.

Insan-insan yang mendapat hidayah hatinya menjadi tekad. Mudah untuk melakukan kebaikan.

Surah An-Nur ayat 31:
Terjemahan:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

No comments: