Kisah kelahiran cahayamata ke3 yang.....

Cerita Peristiwa kelahiran Abdurrahman Al-Auf yang agak dramatik

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah(Ar-Rahman) Lagi Maha Penyayang(Ar-Rohim).

21 hari. Berat baby dah naik jadi 3.4kg.

D3 plus 1 post SVD in OT

Straight to the point:
11 Febuary 2017 bersamaan 14 Jamadil Awal 1438
Mula terasa mild contraction jam 4.30am. Lebih kurang sama waktu masa nak lahirkan T.
Genap 39 minggu pregnancy.
Timing surge datang sejam sekali. Dah tak boleh tidur sebab rasa nak pastikan semua dalam keadaan teratur dan bersedia. Mulakan petua2 tertentu seperti berendam dalam air suam.
Ya! Sangat-sangat membantu terutamanya membuatkan rasa sakit tu tidak terasa. Bila keluar jer dari air suam tu, terus terasa lagi acah-acah contraction tu.
Asalnya nak buat air milo+marjerin. Tapi marjerin dah habis la kakak aku sapu semua buat karipap! So aku ganti dengan vco selusuh. Tuang dalam air milo panas.
Hari semakin cerah sekitar jam 7pagi aku cuma makan sebiji choco dates. Dari awal aku doa semoga waktu sakit dan perlu pergi serah diri di hospital biarlah waktu anak-anak sedang nyenyak tidur supaya tidak ada drama-drama syahdu sebelum aku pergi berjuang separuh nyawa.
Dah siap-siap semua dengan risau jika anak-anak terjaga, aku rasa surge makin kerap datang sekitar 15-20 minit sekali. Dan untuk kelahiran kali ketiga ni aku tak nak perjudikan keadaan sepertimana no2 dulu.huhu. Maknanya aku tak nak la pergi terlalu lambat sangat bimbang tak mampu nak berjalan sendiri - mcm dulu dah x mampu nak tegak dan pucat lesi. 
Tapi kali ni, sakit semakin kerap tapi bearable. Tidak ada serangan yang ganaz, hanya sakit-sakit manja. Hingga confused nak terus pergi ke masih play the time. aku decided to killing the time di hospital saja kerana ni first time nak bersalin di bangunan bersalin yang baru. Risau jika prosedurnya berubah tambahan pula hari tu sabtu. Sekitar jam 8.30pagi aku ajak husband gerak ke hospital lepas cium anak yang tengah sedap tidur. Dia drive laju macam panik nak speed tapi aku sakit slow2 jer walaupun semakin kerap sekitar 10 minit sekali sebelum sampai ke hospital. So, takde la kalut nak cari parking atau apa. Sesampai saja di hospital, syukur teramat sebab ada parking kosong dekat dengan entrance. Sampai jer rasa nak terkucil sangat. so terus terkam toilet dan buat apa-apa yang patut dilakukan sebelum proses kelahiran berlaku. sebelum beranak konpem doktor tanye dah membuang ke belum dan akan berlaku proses mengeluarkan urine. so baik la kita buat sendiri apa yang patut. keluar jer dari toilet...
rasa nak teran sangat akhirnya aku bersalinkan anak ketiga dalam bilik bersalin tingkat bawah bahagian pendaftaran! Tanpa rasa sakit. Hanya rasa macam sembelit sikit.
~ Sekian ~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tak sakit???? Tipu.
Tu version mitos.
Haha.
Saper kata beranak tak sakit meh sini aku nak temuramah.
Betul ada jer orang yang beranak mengakui tak sakit sangat tapi nisbah terlalu kecil dan aku harap aku tergolong dalam kalangan ini satu masa nanti. InsyaAllah, amiin.
Kat mana tadi...?
Keluar jer dari toilet..segala sakit dah hilang!



Aku n husband just duduk depan bilik penilaian pesakit stamby kot tetiba sakit datang bertubi-tubi. Tapi tak. Berkali-kali husband tanya nak masuk daftar ke ..aku kata belum masanya.  Aku nak isi masa dengan berjalan-jalan kat tingkat bawah hingga sakit kuat. Tapi sakit tu tak kuat sangat rasanya, boleh tahan lagi.
Mulanya husband nak stay tunggu aku layan surge tapi aku paksa dia pergi breakfast sebab aku takut nanti terberanak kat cafe plk memandangkan gap contraction makin rapat makin kuat. Kol my bonda bgtahu keadaan dan mintak maaf mintak doa semua mintak. *Crying*. Dgn mentua dah mintak maaf dan doa malam sblm tu lagi. Sambil berlegar-legar di tingkat bawah, aku berwhatsapp dengan kwn2 rapat. Hingga akhirnya aku decided nak masuk daftar. Oleh kerana hari tu hari minggu, leceh lah sikit, kaunter bawah tutup.
Kan....? see..husband perlu pergi settlekan prosedur daftar ke bangunan lama plk..ke sana sini.. Aku pun masuk ke dewan penilaian pesakit semula. The contractions tend to be stronger. Bila sakit makin menghentam rahim tu, aku bangun cuba-cuba berjalan lagi. Kemudian, diarahkan buat ve. 2 org MO buat ve baru 2cm. Aku tak kecewa pun at least dah ada opening dan kali ni aku tak kisah jika kene warded pun sebab aku yakinkan diri semoga bersalin hari tu jugak. So, bolehlah nak merasa berehat dalam wad bangunan baru. Dalam pada tunggu husband selesai proses daftar tu, aku makin tak keruan. Nurse2 bahagian daftar dah mention-mention aku dan minta berjaga-jaga sebab nampak macam dah sakit sangat.
Kemudian, aku di bawa ke tingkat 3 untuk buat CTG sebelum masuk wad. Aku malas nak jalan sendiri so naik wheelchair jer la nurse tolak. Bermulalah proses berCTG yang agak menyeksakan dan tak disukai ramai ni. CTG dibuat antara pukul 11am-11.40am. Masa buat CTG ni la bermulanya drama..contraction makin menggila. Pendek cerita, result CTG aku tak cantik! which is bila contraction datang, levelnya agak tinggi dan waktu contraction tengah menggila, degupan jantung baby drop!
aku sendiri cuak dengar betapa dropnya bunyi degupan jantung baby. Kalu ikut term medical diorg sebut suspicious...
Sela masa contraction stop aku curi pandang bacaan ctg. Ada part yang garisan mendatar sekejap. Oh no. Itula bacaan ketika jantung baby berhenti seketika. ada dalam 40 minit kot buat ctg nurse dan doktor dah tak keruan. Desus-desas juga mengatakan yang kemungkinan bayi terbelit tali pusat. Dari awal tadi opening diorg dpt cuma 1cm. dalam masa 40 minit lps siap ctg yang tak cantik tu, ve lagi sekali, 4cm-5cm. Akhirnya aku diputuskan untuk dibawa ke labour room. OK, lega tak payah masuk wad pun tak pe lah. Tukar baju untuk prosedur dlm labour room. dalam mereka buat prosedur yang patut termasuk memecahkan air ketuban, akhirnya didapati baby dah berak kat dalam...oh no! meconium dah warna hijau. Sedangkan opening aku baru separuh. Persetujuan dicapai untuk CZER!
Aku ni dengan sakit menggila redho jer lah! Janji nak sakit ni hilang cepat.
3 tempat kne turunkan autograf. dengan risiko kene czer kali ke2 adalah sangat menyeramkan, ok.
serius.
Entah berapa kali kene tukar strecher which is the worst thing aku memang tak suka nak kene buat. Akhirnya aku ditolak ke tingkat berapa tah dewan bedah bersalin errr aku dah lost.
prosedur untuk pembedahan dilakukan. Sambil-sambil aku menahan the terrible labour pain.
*momen2 beginilah rasa serik untuk beranak okeyh. Rasa nak mintak husband rasa macamana hazabnya sakit ni rasanya. Means nak share sakit ni dgn dia boleh Tak??**
sebelum dibius separuh, tangan aku keduanya ditarik supaya berada dalam keadaan duduk untuk cucuk bius kat belakang. Serentak dengan itu tetiba aku rasa baby nak terkeluar sangat dah!
Tetiba aku menjerit: Saya rasa nak teran!!!!!
Dr. Nadia and team kelam kabut terus minta badan aku dibaringkan semula..once bdn aku dibaringkan semula aku nmpk muka dr nadia terkejut tgk kepala baby dah keluar dan team medic dlm dewan bedah bg support pd aku. pernafasan dan cara aku push semua dah kelaut sebab rasa mcm baby mmg terkeluar sendiri aku rasa seketul baby lalu highway dalam masa few seconds jer.
Terus diorg laung waktu kelahiran 1.08minit (petang).
Subhanallah.
Allahuakhbar.
Hilang segala derita sakit serik yang tadi tuh.

Suasana yg kelam kabut tadi bertukar jd hening cuma tangisan baby kedengaran. Lps dh siap cord clamping, doctor tunjuk gender baby dan aku asyik perhatikan baby di bawa ke tepi bahagian untuk bersihkan ..timbang..dan pemerhatian untuk skor APGAR. Lebat rambutnya. Kemudian, diorg tetiba letak baby atas dada aku pipi baby terus bersatu dengan hidung aku, Subhanallah bau dari syurga. Gebu lembut kecil pipinya.
2.61kg

Dua abangnya 3.17kg n 3.15kg.
Suami lantas terus dimaklumkan yang semuanya dah selamat.
Dia pun naik hairan kenapa sekejap sangat proses bedah. Ikut pengalaman pertama plg cepat pun makan masa 45 minit. Kat sini dewan bedah tak mesra suami. Suami kene tunggu luar dewan dalam zon yang dah ditetapkan.

Syukur sebab 1st degree tear saja dan proses jahit rasa kejap jer dan paling penting tak sakit. Gigeh tau kita buat urutan perineum. Cita2 paling tinggi xnak kne gunting dah or xnak koyak..tp Alhamdulillah kira pencapaian terbaik daripada 3rd degree tear kepada 1st degree tear. Untuk tidak koyak langsung maybe next kot. Ops! saper yang kata serik nak beranak tadi mari sini! 
Doaku juga inginkan gentle birth kali ni.

Aku pun tak sure berapa tahap gentle kali ni.
 A spontaneous vaginal delivery (SVD) occurs when a pregnant female goes into labor without the use of drugs or techniques to induce labor, and delivers her baby in the normal manner, without forceps, vacuum extraction, or a cesarean section.
Dalam pukul 2 ke atas dah dihantar ke wad.

Doctor Nadia n the team cakap nasib baik awak ni..sekejap sangat.
Mana tak harunya, aku ditolak ke dewan bedah dengan laporan opening cuma 4cm, tetiba terrrberanak normal tak sempat bedah. Nurse2 sembang kencang cakap mana mungkin 4cm..mesti dah 8cm.
Apa pun, semuanya ketentuan Allah Yang Maha Kuasa.
Kes sebegini yang aku pernah dengar, patient jenis kuat semangat untuk berusaha supaya bersalin secara normal dan delay the operation, seperkara yang aku sedar, semangat aku tidak sekuat mereka. Aku langsung tak fight untuk itu, sebab tahap redho aku sangat tinggi akibat tak kuat nak menahan sakit tak terperi ni lama-lama. Ni pun estimation time contraction lebih kurang 3 jam saja. Tu pun nak serik! 



Cukup seminggu nama diberi ialah: ABDURRAHMAN AL-AUF sempena nama khulafak ar-rasyidin iaitu orang-orang yang Allah beri khabar gembira balasan syurga. Kali ni nama 100% nama pilihan aku, dipersetujui husband.
(Hamba Allah Yang Pemurah Yang Kuat Berusaha dan Tidak Menyerah Kepada Nasib)


ALHAMDULILLAH
Sambung baca journal please....

No comments: