Kenapa saya rasa duit/gaji tidak pernah cukup?

Tempat ke5:
Saya seorang wanita yang normal. Suka shopping sesuatu barang yg kufikirkan terbaik(bukan membazir). Itu masalah saya. Dan saya perlu kepada semua itu.

Tempat ke4:
Saya rasa mahal jgk pakai celcom postpaid. Ada yang kata x mahal jika selalu guna call bkn sms. Ye ker?

Tempat ke3: Saya pantang tolak jika orang mai promot barang. Kadang2 rsa keinginan membabi buta kadang2 juga rasa kasihan pada promoter, kdg2 juga rasa dipaksa-paksa oleh promoter! wehu..tapi saya kuatkan semangat untuk menolak semua itu. ;)

Tempat ke2: Saya pantang nampak produk kesihatan. Maknanya saya seorang yang mementingkan kesihatan la kan? Ye ker..sebenarnya saya pon tdk pasti. Tapi sebut saja, spirulina, air klorofil, epo, minyak kelapa dara biovco, catalyst, kolagen, jus qaseh, jus wanita, radix, gano, sureco, khal kurma, susu kambing, biodisc, bioaura, bio nano, auralife you just name it, semua tu saya sapu. Walaupun kdg2 saya rsa membazir dan mendapat tentangan, tapi dengan kondisi kesihatan zahir saya sekarang, saya amat2 bersyukur. Saya sudah lupa bila kali terakhir saya demam teruk/tidak boleh bangun/bercakap. KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN juga. Pelaburan untuk kesihatan adalah yang terbaik. Sekarang saya terpesona dengan jus delima, jus kurma. Sebagai jalan pintas, saya beli buah kurma dan ingin buat jus kurma sendiri. Lebih jimat. Tapi, saya sudah disorong dengan produk AMWAY. Dan saya pokai lagi bulan ini.

Tempat pertama jatuh pd..PTPTN. Sepatutnya saya ltk sasaran byr rm600 sebulan. Tp saya bayar half saja. Selagi ada hutang ptptn, ssh lo nk ngumpul duit.

Doa mendapat zuriat soleh dan solehah (Surah Maryam)


Amalkan Surah Maryam (98 ayat). Kalau tak mampu baca semuanya, amalkan ayat 1-40.
Jika belum mampu lagi baca ayat 1-15. Jika rasa kesuntukan masa atau sebagainya amalkan ayat 1-7 sahaja.
Semoga beramal untuk mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah.

* Dikongsi oleh seorang sahabat. zlhaj.

Doa mendapat zuriat (Yasin)

Awal tahun lepas, saya pergi ke sebuah tempat rawatan alternatif. Kebetulan sudah beberapa tahun kenal keluarga tu, maka si isteri ajarkan saya amalkan 2 ayat terakhir Surah Yasin;

"Innama amruhu iza aro..dasayai'an anyakuu lulalhu kun fayakun..
Fasubha nallazii biayadihi malaku tu kullisayi in wa ilaihi turja'un". 


Di samping mengamalkan teknik bacaan Al-Fatihah dengan pernafasan untuk sesiapa yang berhajat.
Selamat beramal untuk mendapatkan zuriat. Allah itu Maha Berkuasa Menjadikan.

Doa mendapat zuriat (Nabi Zakaria)


Doa Nabi Zakaria:

Dengan izin Allah SWT yg Maha Berkuasa, isteri baginda hamil selepas itu walaupun Nabi Zakaria sudah tua dan terasa seolah tiada harapan untuk mendapatkan waris apatah lagi isteri baginda mandul. Namun, Allah Maha Berkuasa atas segalanya..kepadaNya jua kita meminta tolong. Sesiapa yang diperkenankan Allah hamil dengan amalan doa ini, boleh berkongsi kay.

Supaya suami tidak kahwin lain

Amalkan bacaan ayat 39 dari Surah Toha.
 Surah ini boleh dijadikan amalan untuk para isteri supaya suami setia. Namun, jika perpisahan terjadi jua, InsyaAllah, Dia akan menggantikannya dengan orang yang lebih baik. 
Klik untuk besarkan. Dinasihatkan merujuk kepada mp3 untuk bacaan yang betul.