Baby Carrier pulaks

My heart melted!
Tau tahu lah sebab the daddies here ensem2 ke haper tapi sebenarnya dari dulu lagi..tak boleh tengok seorang bapa mendukung baby. Melted! Tunggu Walid dukung our baby pulak nanti.

Dalam dilema..nak beli sekarang ke bila lagi...Tapi belum puas survey bende alah ni...

Pilihan nama anak

35 weeks of pregnancy.

Finally, mr.husband dah confident untuk dipanggil apa oleh zuriat sendiri nanti. Walid. Yang penting panggilan ni x ramai yang guna, nak2 dlm family, nanti confused. One more thing, husband macam dah muktamad untuk pilih nama baby. Hehe. Lama saya tunggu kesediaannya. Nampaknya tak ada lah nama J**** untuk anak kami nanti...hua3..saya baru nak set kan mind supaya terima dengan hati terbuka semua nama pilihan suami. Betulla, bila kita lebih banyak consider, lagi banyak consideration yang kita dapat. (Apa-apa je lah ayat ni, haha.)
Anyhow, kedua-dua nama yang dipersetujui suami adalah pilihan saya. Suku kata pertama bermaksud: Berwawasan Luas. Nama suku kata kedua pula diambil sempena nama Imam Besar Masjidil Haram (cadangan dari one of my super bff). Disebabkan tak dapat kami nak wariskan apa2 pangkat pada nama anak, kami decide untuk namakan anak sounds like Arabian. Cewah. Sebab, husband x suka nama moden. Dan bagi saya pulak, huruf pangkal nama tu x penting, A ke J ke T ke N ke..yang penting sekali mesti lah maksud disebalik nama tu. Dan suami suka jika nama anak dipilih sempena nama tokoh2 Islam/ulama. Nasihat dari bonda saya, nama anak mesti la berdasarkan panduan/nasihat dari ustaz, jangan main letak jer. So, nama pilihan saya tu di ambil dari buku tulisan Ustaz Sharhan Shafie - Seindah Nama Semurni Peribadi. Semoga anak mama & walid jadi orang berilmu, berguna dan yang disegani. InsyaAllah, Amiin..

Susahnya nak dapatkan pengasuh bayi

Hmmm, kalau cari awal kang, orang kaya poyos. Kalau cari last minute, ni la jadinya, Ke sana ke mari, tak dpt2 lagi. Saya dah survey 3 orang, tak available. Permintaan keperluan bab pengasuh ni memang tinggi. Baby lepas pantang, tak tergamak saya nak hantar ke Taska. Walaupun husband berminat untuk hantar ke Taska Permata sebab pendidikan kat situ bagus. Bagi saya pulak, biar lah baby besar sikit. Fikir punya fikir punya pening, ruopanya my sista no2 willing to jaga. Opkos la kan zuriat dari adek kesayangan dia..wawawa..Katanya dah geli dengan najis2 baby ni..katanya...tapi nak jaga la pulak kali ni..katanya kalau jaga dari baby tak geli la..kekdahnya..pulak dah kan. Cuma agak jauh sikit lah nak pergi hantar and hambik. Dalam 45mnt kot. Kene tambah masa dr sana ke ofc pulak dalam setengah jam atau lebih. Wuwuwuw..cemana la agaknya nanti. Bagi baby yang tak mandi kot, hua3..Sebab kene keluar awal. Silap2 mamanya yang tak mandi jugak sebab mandi kat sana. Banyak cantik! Daripada orang luar jaga, berpuluh kali lebih baik kalau adik beradik sendiri yang jaga. Kene tambah transport nampaknya untuk gilir-gilir hantar.

Perihal botol susu

Sebelum ni survey punya survey, saya jatuh cinta dengan Tomee Tippee. Hasil komen2 pengguna pun sangat memuaskan tentang botol susu jenis ni. Harga kita tolak ketepi dulu. Semua nakkan yang terbaik untuk zuriat masing-masing kan?

Saya pun beli la online pek botol berkembar size sederhana. Kononnya lah nak guna size tu je start baby kecik sampai besar. Kedekuts punya mama! Fikir balik, mana cukup. At least kene la ada 3 size. Kesian la baby kecik2 nak latch botol besar nnt tutup lak muka dia yg cute/kecik tu.

9oz

Kebetulan baby kakak, Nawfal menangis xnak isap botol. Nak susu dada jer. Saya tergerak nak test botol susu TT ni pada dia. Saya basuh n rendam dengan air suam kejap. And do testing! Saya letak air dalam puting tu then terbalikkan. Air tak keluar pun dari puting tu ok! Then, saya isap/sedut puting tu. Baru la keluar. Kakak saya pun teruja jugak sebab putingnya macam puting breast. Ada lebih dari 1 lubang. Actually, saya x sure breast ade baper banyak lubang, yang pasti puting TT ni ade 2 lubang. OK la tu. Sesuailah dengan temanya 'CLOSER TO NATURE' kan. Kalau google2 lagi, tahu lah yang botol ni banyak dapat award. Rupa2nya! Ia selamat untuk bayi.

So, saya tambah beli lagi: online from Littlewhiz. Kalau beli yang 5oz macam rugi la pulak, boleh pakai kejap jer. So, beli size yang sama,9oz. Botol berkembar. Untuk size besar, bila baby dah besar sikit, ok lah kalau nak cuba botol lain pun. Kebetulan boleh redeem guna points carseat & medela pump sebelum ni, sambar lah sebijik jenama Momma. Free! Tapi macam rugi la pulak. Masalahnya, botol jenama Momma ade berus bentuk khas n sarung khas. Wah costly. Tunggu lah dulu. Kot2 boleh redeem lagi. Mood berjimat!
5oz

Kadang orang kata jangan syok sendiri je beli botol susu ikut suka. Kene ikut kesesuaian dengan baby kita jugak. Maknanya kalau botol mahal pun, kalau si baby reject..mama lah yang menangis jawabnya, haha!

Takpe, for the beginning, mama test 2 jenis dulu. Tomee Tippee dan Momma. Kalau baby tak suka, boleh let go jer. Cari lain!

Bonda's health: Part 2

Selepas lbh krg seminggu bonda saya sihat dari penyakit gatal-gatal tu, punya la dia aktive buat macam2 kerja/urusan. Mana taknya dalam 3 minggu melayan gatal. Tapi....
Menjelang Khamis 3/1/2013..kami diduga lagi. Ibu saya rebah semasa halau ayam-ayam yang suka datang bertandang and berak kat rumah kami.

Bersambung...sedih!