Short update Q achievement

30 Ogos 2013. Merdeka! Eh..esok lah. Sabtu merdeka. Forward cuti ke ahad. Yeay!
Dah cerita pasal raya 2013 belum?
Yennadey..takde kesempatan langsung.
Makin banyak berhutang entry event2 penting. Cewah.
Ni duk plan satu lg event penting.

Apa2 hal pun..nak update pencapaian Qushayyi setakat ni..6 bln setengah.

  • Dah confident merangkak.
  • Dalam usaha nak bangun bila ada medium untuk bergantung.
  • Bila dah boleh bangun tu dengan pemantauan and bantuan kecemasan dr mommy or walid, sebelah lututnya dah nnnnaik atas meja kecik. 


Trademark senyum nganga okey..@chikenriceshopgiantkt

Cukup sampai sini ya. Nak transfer gambo pon mcm mls la. Cerita basi. Idea lari. Baca mag PaMa pon sampai kul 2am. Tu pun baca cpt2. Hmmm...
Biz Shaklee mommy? Alhamdulillah semakin mendapat sambutan. Bonus pertama pon dah dapat. Alhamdulillah.

Turning Point at 6 months

Hari ni maka genaplah usia si jantung hati kami 6 bulan. Bulan ke6 yg merupakan turning point penting bg kami. Q mula mkn solid food. Sebenarnya dah mengelat, dah coba2 mkn lebih awal. Stgh bulan lbh awl. Nama pun cuba2 so x kerap sgt la mkn tu. Kepada yg nak ckp eh naper tak tunggu 6 bulan?
Depends la kepada masing2 punya pendirian kan.

Since Q dah x sabar nak makan, demand pun tinggi tgk bdn perkembangan tubuh bdn dia yg ber kg kg tu.. Dia pon dah x sbr sgt nak mkn. Pantang tgk org mkn n minum dia mesti meronta nak. Mommy pon tak dpt nak maafkan diri sendiri jgk sebab x sempat nak prepare mind n fizikal utk mulakan solid food terbaik untuk Q. Terbaik tu boleh dikatakan yang homemade. Buat sendiri kat rumah. So belikan Q nestum instant je. Mula2 belikan perisan veges. Q suka. Tinggal kat rumah BS. Pastu untuk rumah punya kat kedai cuma ada beras+susu jer. Sekali je Q mkn. Lepas2 tu reject terus.

Pastu since cuti raya smggu, amik yang kat rumah bs, mkn kat rumah, Q suka la mkn. Biasa bg 2x je sehari wpon blh mkn 3 kali. Slow2 man. Pastu kami belikan perisa buahan pulak. Hari ni baru terai mkn. Mommy rasa sikit, sdp juger, mesti si anak suka. Yes dia mmg suka. Mommy buat mcm tekak sendiri kan, suka3 hati je nak tuko2 cpt2. Pastu lps ni nak combine yg perisa2 tu. huhu. Sabor je la kan. Hrp Q suka.

Turning point untuk mommy plk, 6 bulan ni..dah blh angkat brg2 berat. Yeay!
Means??? Dah boleh melasak kot. Blh angkat bakul kain. Boleh main lari-lari sambil dukung Q.
Boleh main bowling??? Ops...

Pencapaian baru sehingga 6 bulan;
  • Q dah belajar merangkak. Dah boleh selangkah dua.
  • Dah boleh duduk walopon senget lagi..;) 
  • Respon senyum tp nganga2 
  • Bila nyanyi lagu Alif Baa Taa..dia nganga2 nak2 bila start dgn Alif dan abis dgn Ya..mulut nganga mcm sebut "Yaaa"
  • [ Updated ] Malam tadi dah pandai lambai tgn tanda 'tata' bila Cekda & Ayahde nak blk
  • [ Updated ] Gelak kuat2 bila main kejar2 sama Walid
Senyum jenis nganga mulut bila happy buat kami semua makin jatuh cinta sama dia

Percubaan duduk yang masih senget
Terai baju baru hadiah dr bff mommy tp hubby bff mommy yg plh kan





Q @5mnths

Alhamdulillah...dah cecah 8kg!
Tapi saya tak nampak gemuk kan?
No kattan2 sangat pun..tapi heavy..
Huh..syian mommy saya n walid saya dokong saya..Takpe..
Q nak mommy n walid kurus dgn jayanya..


Pencapaian Q masuk bulan ke 5 ni..
Dah menjulur..bergerak ke depan dan kebelakang..angkat punggung sekali..K.Mimi kata mcm ulat gonggok lah Q ni..
Suka gigit2 jari mommy selang menyusu..ank bertuah ni nak tumbuh gigi dah ke?
Suka buat mcm2 intonasi lebih2 lagi time menangis
Suka bersuara
Malam tadi dah sebut .. "bbbba" Sblm ni "tatatatata"..
Tak sabar nak makan..pantang nampak sudu..
Dah pandai pegang botol sendiri..siap pusing2 lagi..
OK lah, mommy ade class today..
continue later..


Hidup mesti teruss...

4 Ramadhan.

Alhamdulillah,
2013 Allah beri nikmat dan cabaran berpuasa dengan kehadiran anak. Awal ramadhan genaplah Q 5 bulan. Bila raya nanti, masuk 6 bulan. Hmm, dah boleh makan. Yeay. Dan berakhirlah tempoh kritikal menyusu badan. Semoga saya dapat teruskan sehingga usia Q 2 tahun. Dengan izin Allah.

Sabtu/weekend: Masih berpeluang mencoret di sini sebab Qushayyi baru je tidur semula. Selepas ditukar diaper dan diberi #susubotol. Sebelum tu dia merengek-rengek. Refused direct feeding. Saya ulit dia dalam buai, pun gagal, mahu keluar. Walid minta checkkan diaper. Ceno-et je poo-poo. Saya x sangka plk dia dah poo-poo sebab baru lagi lepas mandi. Yes, Q memang macam tu, pantang ada ceno-et najisnya mesti kene bersihkan cepat-cepat. Kalau tak memang meragam lah jawabnya. Walaupun dalam perjalanan, mesti kene change his diaper by hook by crook. Once bukak je seluar dia, terus stop menangis. Sah! Bila dah lepas basuh, elok je diam bila baringkan atas bantal. Bagi susu kejap terus tidur. Padahal pagi tadi dah tidur lama.

Jam 3ptg nanti ada urusan. Dah banyak minggu weekend kami tak duduk diam. Tak apalah, semuanya demi kebaikan. Moga-moga.

#susubotol?
Ya. Karihome.
Ya. Memang saya promotes Shaklee. Set breastfeeding. Tapi saya masih guna fm. Kenapa? Bukan sebab saya tak cukup susu. Alhamdulillah susu saya masih cukup untuk Q, tapi dalam keadaan tertentu, saya sukar untuk df dia. Keputusan untuk top up dengan Karihome juga adalah kerana Q pantang bagi susu lambat2. Kehendak dia untuk mnum dengan botol jugak sukar dijangka. Disebabkan selalu ditinggalkan bekerja, dan dia minum dengan botol, jadi wiken juga dia terbiasa, 'minta' botol. Lebih-lebih lagi waktu mood tak baiknya datang. So far kadang-kadang jer. Selalunya OK, wiken bila dengan mommy biasa df jer la.

Kenapa Karihome?
Saya bukan promoter susu jenis ni. But I believed in pemakanan sunnah. Susu kambing no.2 terbaik berbanding susu lembu. Namun, ia agak rare. Tidak dijual secara berleluasa. Kalau nak tahu kebaikan susu ni, boleh lah google testimonial ibu-ibu lain. Saya tidak ada testimonial khas lagi cukuplah dapat melihat anak membesar sihat depan mata. Alhamdulillah.

Ups and down.
Kadang-kadang dan mungkin selalu diuji. Semakin diuji dengan harapan diri semakin kuat. Terlalu banyak perkara dalam kepala. Tak terkejar. Hanya Allah yang tahu. Betapa saya berusaha sehabis baik. Setiap tapak perjalanan ke masa depan, ada pengorbanan yang perlu.

Semoga setiap keputusan saya betul dan diberkati. Amiin.

Nak kulit wajah cerah semulajadi?

Putih-putih melati
Merah-merah delima
Saper yang baik hati
Pasti diterima..
Cewah..nyanyi sket!

Saper yang baik hati ke saper yang cantik sekali? Amboi cik abang..pandang rupa.. (gurau jer jgn mare)

Amboi2 semua org berlumba putih melepak dengan pantas. Saya tak berani. Biar lambat asal selamat. Memang lambatlah dah ko beli satu satu(saya lettew!). Kalau kaya boleh sambar 1 set terussss cantik gebuss! Malatop kalah Neelopa you! I choose NUTRIWHITE!