Assalaamualaikum Oktober!

Even dah nak habis first half bulan ini baru nak rasai keterujaan.
T is approaching 2 years old.
Masa buat aqiqah dan majlis harijadi Abg Q, T dah existed in my womb. Abg Q baru setahun jagung. Jadi agak belum mengerti apa-apa tentang meraikannya. Jika tidak ada aral dan Diizinkan Allah kami akan menyambut hari jadi T pulak hujung Oktober ini. Dengan adanya si adik baru pulak dalam womb mommy. Agak-agak besar ni, T dah faham sikit tentang happy birthdaynya. Siangnya akan diadakan majlis bacaan Surah Yasiin dan potong kek mungkin petang ataupun malam tu. Kek mungkin bentuk dinasour T-Rex ataupun berupa sebuah fire truck! 
Requested from Abg Q.
He is mini me. But more adorable.
Duck face
Macam dah besar sangat anak mommy ni
This is his adik. The newly member will be arrive in February 2017..the same birth-month of abg q n walid. InsyaAllah.
OK mommy tak banyak masa untuk menulis banyak-banyak. 
Till we meet again here.
TaTa


Be Positive

Bismillahirohmaanirrohiim...

After longgggg paused of writing.

Betul la Allah bagi apa yang kita perlukan. Bagi aku dari segi masa. Kerja baru ni nasib aku sangat baik  sebab supervisor aku tak strict dari segi masa..asalkan keje jalan..masa aku sangat elastic kot..sesuka hati nak masuk kul baper balik kul baper nak dtg ke idok..buat macam U ni serupa itu mcm atuk kita punya. Alhamdulillah sama2 status sebagai isteri dan ibu kepada anak2 yang deret so banyak nau2 cabarannya.

The 1st month here serius aku cakap bukan main-main dah ni hati aku tersangat goyang dalam 50-50. Almost to back off. Itu sebab belum sign surat confirmation lagi. Sebelum pergi mahkamah sain surat sumpah bagai kalau nak back off baik la cecepat.

Belum pun nak compare dengan month2 akan datang sebab selepas mendapat cucukan demi cucukan motivasi dari rakan2 sejawat mahupun bffs..akhirnya Allah bukakan hijab dan kekecutan hati terhadap jalan yang dipilih ini. Aku nekad. Tidak ada yang mudah dalam dunia ini untuk dicapai. Even nak masuk syurga pun..lagi lah susah banyak ujian dan dugaannya.

Hati selalu berfikir..kenapa nak kene hadam benda yang susah2, macam tak berbaloi, padahal tak semestinya kita akan pakai/apply benda tu tapi hakikatnya beyond than that kita tak tahu. Semua itu(ilmu) bukan dinilai dengan balasan wang ringgit/kesenangan dunia. Tapi kemuliaan dan darjat di sisi Allah. Umur bukan ukuran. Salah satu punca aku nak give up ialah umur. Sebab aku hanya fokus balasan dunia sebelum ni dan keterbatasan masa untuk mendapat pelbagai benefit.


Pengetahuan ialah bukan pertandingan. Ia sebuah perjalanan mengikut arahan Yang Maha Kuasa.
Bagi insan-insan dalam dunia pendidikan, mereka sangat positive. Sangat. Supportive. Thats why I've been here InsyaAllah until I got what I want to achieve. Jujur aku katakan sebelum ini aku melihat sudut aku banyak halangan. Sebab aku terlalu fikirkan the speed. Kalut sangat awat. Apa salahnya kita mati masa tengah belajar? Bukankah itu lebih baik? MasyaAllah.

Ya, aku bersetuju dengan semua ini semasa aku belum tahu...Bahawa rupanya Allah berikan satu lagi nyawa dalam rahim ini untuk kubawa belajar bersama. Allahu..Kenapa aku nak menidakkan rahmat Allah untuk melipatgandakan ganjaran yang dia mahu beri? Bukankah itu menjadi penambah semangat dan motivasi aku untuk terus move forward?

Jika kita memandang seuatu itu dengan negatif, ia akan membawa keburukan...dan sebaliknya.
Setiap ketentuan Yang Maha Kuasa itu InsyaAllah ada hikmah yang tersembunyi. Segala kesukaran, cabaran adalah jalan untuk ke syurga jika aku bersabar dan cekal.

Now tengah marking task database for students..macam banyak benda nak jot down tapi macam takut nak kene kejar ape tah. Marking ni bukan lah urgent sebab kene settlekan after lab ke 9. Now baru the 3rd lab untuk esok. Dalam kepala nak jelaskan bahawa perkara-perkara positif membawa aku ke sini. Face it! Just do it.

“Success is determined not by whether or not you face obstacles, but by your reaction to them. And if you look at these obstacles as a containing fence, they become your excuse for failure. If you look at them as a hurdle, each one strengthens you for the next.” 



Be POSITIVE!


Underwater world

Bismillah...

Penat kan hidup atas muka bumi ni dengan obstacles semua. Tak apa lah.apa2 pun redho..usaha dan tawakal pada Yang Maha Esa. Dia sentiasa mendengar hamba2Nya yang sentiasa mengadu padaNya.
Just go with the flow. Penat2 tu best juga sesekali kita menjenguk underwater world untuk melihat indahnya ciptaan Allah SWT. Kenangan snorkeling di Pulau Redang menerjah fikiran...Subhanallah...best!

Lama sgt tak bersiaran dari sini..
Malam ni berkesempatan menjeling-jeling sikit bahan research.
Baru bukak 1 menu nak berkenalan dgn corals..tgk2 dah rupa coding..nk fengsan mak!
Jahat ler buat view gini..mau lemau lutut kiter tgk..



Daa....

Q reaching 3!

Yeay! My big boy is already THREE years old.
Walid bought his favorite cake. Actually cakes. Haha.
Of course lah another one for T.

Bila Q dpt cake, dia akan focus makan dan diam seribu bahasa. Siap pusing ke lain.
Saaaabor jer lah mak yer. Nothing much(to jot down) actually too many things about them to remember in their journey of super-fast-growing up.
Growing up with not-monster-but-*isteri*-mommy.
Their mommy dare to sacrificed everything just to watch them growing up.
Dengan acuan sendiri...

New year with new template. ;)

7th

Assalamualaikum...
Saya seakan membayangkan dapat menyudahkan karangan entry ni dalam beberapa siri. Hopefully not! Maybe this is the shortest one. 

Dengan rasa tak bersalahnya saya masih nak wish happy new year. 2016. Bilamana tiba tahun baru Masehi bermakna usia perkahwinan mencecah ke angka 7. Bukan saja suami sendiri lupa malahan saya sendiri juga terlupa sehingga diingatkan oleh seseorang yg kebetulan bernikah pada tarikh sama. Bagi suami tarikh itu semua kurang penting sebab kalau nak bagi hadiah tak kira tarikh. Apa yang penting ialah perkara yang penting berada pada landasan yang disyukuri. Alhamdulillah. 
Okbai.