Inspirasi dari insan berjaya

Sejak kewujudan instagram dan whatsapp aku rasa blog mcm dah semakin bersawang. Dulu, aku buat entry bilamana rasa down..lepas tu macam acara wajib plk nak tulis kat blog. Lepas tu, komitmen semakin banyak hingga muncullah harini. Rasa nak spend time sekejap.

Ambik mood.

Sambil-sambil nak baca lagi kisah Mark Zuckerberg.

Tak pernah puas baca kisah kejayaan orang lain.

Ikutkan pada tugasan kerja dan komitmen di rumah, memang tak menang tangan. Kene jadi pantas dan cargas x hengat dunia. Kadang rasa nak menangis sebab tak tahu nak settle mcmna haha..never ending task..kdg buat benda sama jer..tu blm campur kes kucing jiran berak dpn rumah..kdg dlm rumah...huhuhu..

SABORRRRR!

Alhamdulillah, saya dah confirm jawatan dari percubaan/kontrak(3 bulan) ke tetap. Gaji up 400 lagi.

Percaturan Allah lebih hebat. Saya dapat survive selepas beberapa bulan yang perit untuk bangkit. Bangkit sendiri.


#7 my master journey: baru nak habis 2 sem aka setahun, rasa nak muntah hijau pula

Bukan muntah yg gitu2 tu ..muntah sebab tak sabar nak siap. Muntah asyik nak hadap..huhu
Kan best kalo banyak masa senggang untuk online shopping ke shopping kat mall ke…kennn..

Now dah habis bulan pertama tahun baru 2018. Maknanya aku ada beberapa target penting yang wajib dicapai. Sebulan sebelum habis semester 2, aku diduga dengan sakit demam anak2 dan suami. Sebenarnya ia bermula pertengahan bulan Jan lagi. Kemudian berterusan hingga berakhirnya bulan 2. 6-8feb, Auf warded sebab acute dan jangkitan kuman paru2. Masa discharge pun, Auf tak sembuh sepenuhnya pun.  Cerita ni biarlah tergantung di sini saja..sekarang Auf sihat walafiat Alhamdulillah dan aku refer di Klinik Swasta 24jam jika Auf semput. Syukur masuk bulan 3, lepas dah stop semua ubat moden, aku onkan dengan madu mint seminggu dan minyak telon cap lang untuk sapu. Alhamdulillah syukur. Lepas tu ok dah. Takde langsung bunyi kahak. Bab vaksin pneumococoal, hati rasa goyang plk. Rasa berat hati, vaksin influenza pon mulanya rasa nak ambik..tapi nak usaha cara lain dulu. Yang lebih natural dan organik.

4/4/2018
Terlalu banyak sangat tugasan dan komitmen sampai tak sempat nak update. Aku pun dah lost nak tulis sequence cerita ni. Sebenarnya sekarang baru masuk Semester 3. Ya, perjalanan master aku begitu berliku-liku.

Sekarang aku ada di maklmal perikanan PPSPA. Target harini nak keluarkan baki last....2 ekor ika aro..2 ekoq jer lg...tp paling mencabor. Sebab ikan tu ada kat dasar freezer. Aku terpaksa offkan peti sejuk beku tu pagi2 sampai tadi..sampai sekarang kene tunggu dan mencuba beberapa kali nak tarik. Sekali percubaan nak tarik ikan tu, basoh baju ni. Terkena sisa2 ais kat tepi freezer. Dan malam tadi, badan rasa suam2 macam nak demam. Harini rasa kepala macam pusing. Haih, time2 ginilah macam2 cobaan pula sedangkan aku dah set minggu ni nak selesaikan semua yang boleh dan submit pada SV untuk semakan. Sepagi ni sempat kemaskan data dan writing findings, significant and contribution of the study.

Sepatutnya ikut perancangan, aku hanya perlu terima ground truth data ni dari diorg di PPSPA ni. SO that aku boleh fokus pada field aku yang yang masih dalam fasa tingtong tu. Tapi, rupanya aku yang kene settlekan sendiri semuanya. Tak ape lah, sebenarnya best juga buat keje lonlely cuma akhirnya perlu disemak oleh pakar dalam bidang morfologi ni.

OK, ciau dulu rasa mcm nak g lunch kat 'melaka'.


#6 mymasterjourney: bernafas kembali

Syukur Alhamdulillah baru lepas submit dan SV semak draft pertama scorpus journal(setengah bulan yang lalu). Keje yang siap tu satu kesyukuran yang besar sebab banyak cabaran dan komitmen utk siapkan. Menjelang minggu akhir untuk submit, sampai tercirittt mak..bukan takat tu jer, ia bermula dengan sakit perut yang amat sangat menjelang waktu Subuh. Saya syak tersalah makan atau minum. Pagi tu pulak dalam perut yang kurang sihat saya bantai makan nasi kerabu idaman qolbu, meang menempah la jawabnya. Nyaris suami mahu hantar saya ke kecemasan
.
Entry ni sepatutnya dah lama ditulis tapi oleh kerana kesibukan melampau, baru dapat post sekarang. Last entry saya tuliskan mengenai mencari bahan baru untuk kajian, sebolehnya menggunakan method yang sama. SV izinkan dengan berat hati dan sedia semua maklum bahawa saya still kne mula balik dari zero sebab, walaupun method perlu diubah sedikit endingnya tapi kesan kepada keseluruhan isi kajian agak memberi impak buruk pada masa dan effort. Tidak senang untuk menggunakan tajuk yang sama kepada bahan kajian yang berbeza. Bagi sv saya, kenapa kita nak kaji benda yang mudah untuk diketahui atau dikenalpasti? Dan semua kerja-kajian itu tiada yang mudah.
.
Bare in mind tiada yang mudah bagi kami. Mungkin berbeza bagi pengalaman orang lain yang ada stratergy  untuk menyelesaikan master dengan cepat. Dengan kata kunci tiada apa yang mudah ini juga, saya teringat kali pertama melihat presentation PG2 bidang image processing, AI. Dah la most of the tajuk saya tak faham pun pasal apa. Tajuknya pula panjang berjela. Ampun, agak2 tuan punya badan sendiri hapal tak tajuk dia? Kalau orang tanya saya mau kene tulis kat kertas lipat simpan dlm kocek. Bilik (bidang kajian) kami agak mencabar dari bilik2 presentation yang lain. Mana tidaknya, Pakar2 IP hanya separuh dari panel, tapi mereka gandingan serasi untuk mengomen itu ini. Bottom line, komen2 mereka semuanya secara baik dan berhemah dan bukan jenis menjatuhkan langsung malah lebih kepada ingin menolong. Tapi, hakikatnya sukar untuk memenuhi keperluan kajian sejak peringkat awal adalah perkara agak serius bagi saya. Most of the PG dalam bilik tu juga adalah foreigner. Lagi lah pening telinga saya untuk memahami pelbagai slang dari macam2 negara. Ada antara mereka sebenarnya Nampak bijak untuk provekan sesuatu dari kajian itu, namun itu juga bukan jaminan untuk kepuasan hati para panel.


Pengisian dan aktiviti anak-anak di TABIKA


Dah masuk minggu ke3 tahun baru nak prapersekolahan anak-anak. Macam-macam ragam. Tapi, mood abang Q belum di tahap yang terbaik, masih lagi menangis bila dihantar ke school dan bermacam alasan diberi untuk tidak ke school termasuklah letih. Cikgu kata kejap jer menangis tu. Lepas tu dia ok jer follow setiap aktiviti yang cikgu aturkan. Ditakdirkan minggu ke3 Abang kurang sihat. 3 hari MC, adik tumpang sekali cuti. Minggu tu lah cikgu baru create whatsapp group untuk share gambar2 aktiviti.

Macam2 ragam dari hari ke hari, tak mo pakai uniform school..nak pakai baju biasa..tapi sampai masa dia mintak cikgu tukor baju school plk..nasib baik bawak bekal baju uniform



Berjaya buat huruf A dengan cara tampal cebisan kertas...kenapakah pink? Nasib baik abg tak komplen pada cikgu..abg x minat pink..abang minat color boyish jer haha..kecik2 dh pandai classify


Hari Khamis punya aktiviti week 3. Buat huruf B dengan tepek2 ketulan plastesin pula. Abang Q kata plastesin tu buat sendiri, tapi x blh makan. Mommy syak cikgu adun sendiri guna tepung tambah pewarna makanan. Bukan plastesin ready made yang beli tu. Mommy siap tanye cikgu..betul ke Tsaqiif buat sendiri tu, ke cikgu yg tolong..cikgu kata semua buat sendiri belaka..macam2 rupa ada. Tak apalah nak, ia proses belajar. Buat lah dengan gembira.
Teruja untuk tengok pembelajaran anak-anak seterusnya. Bila dah masuk alam persekolahan, adalah perubahan dalam beberapa aspek ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah.

Anak-anak mulakan alam pre-school

Bismillah..Aku tinggalkan 2017 dengan pelbagai memori pahit dan manis sedih dan gembira penat dan lelah semua bersatu dalam sebuah kenangan. Selamat datang kepada 2018, semoga hari-hari mendatang tahun ini membawa lebih banyak kebaikan buat kita, harap lebih banyak lagi nasib baik dan magik dalam setiap doa kita..Moga keberkatan melimpahi hidup kita semua..

Musim tengkujuh belum reda. Tapi sesi persekolahan tahun baru 2018 dah bermula. Akhirnya, anak2 kami pun memasuki fasa baru alam pra-persekolahan. Walaupun umur Tsaqiif Ahmad baru 4 tahun, itu pun lahir di hujung tahun, tapi umur sebegini ramai dah mulakan dengan pendidikan formal. Zaman pendidikan sekaran bukan macam zaman kita dulu. Mengikut apa yang saya baca, anak-anak perlu lebih advanced untuk mengejar status KBAT dalam dunia pendidikan. Bagi yang baru masuk sekolah darjah satu perlu tahu awal2 dah asas operasi ke atas nombor. Kalau masih tak tahu apa-apa, mereka akan diklasifikasikan sebagai murid pendidikan khas. AllahuAkhbar..seriau rasa. Tahun ini UPSR pun dah dihapuskan diganti dengan peperiksaan KBAT jika tidak silap saya.

Walaupun Abang dan Adik bersekolah serentak, dah pasti perkembangan mereka tak sama walau membesar bersama. Abang lebih banyak belajar sendiri. Adik perlukan perhatian dan dididik tapi mudah mengikut apa yang di ajar terutama bab agama. Saya masih tertanya dan belum sempat mencari maklumat tentang IQ dan EQ. Adakah budak yang tinggi IQ ni biasanya lemah EQ? Abang sangat sentimental, dan emosi belum bersedia untuk ke school. Tak macam adik, sentiasa bersedia dan cool setiap masa.




Saya ada beberapa langkah untuk menyediakan emosi anak-anak untuk bersedia ke alam persekolahan.


  1. Sediakan kelengkapan mengikut kemampuan dan keperluan. Dengan niat supaya anak-anak happy dengan dunia baru kelengkapan pakaian baru dan rasa bersemangat. 
  2. Belikan buku-buku cerita yang lebih menjurus ke arah alam persekolahan.
  3. Saya banyakkan bercerita permasalahan matematik untuk dia fikir dan selesaikan berkait dengan haiwan-haiwan dan barang-barang sekitar yang digunakan seharian. Bercerita dengan cara yang seronok.
  4. Sentiasa berpesan tentang akhlak di sekolah. Dengan guru, dengan kawan-kawan. Jaga percakapan dan bahasa.
  5. Saya ajar abang cara menjaga harta sendiri seperti pakaian, kasut. Jangan bagi tertukar dengan ornag lain. Saya tidak tulis nama mereka, sebab mereka belumtahu mengeja. Saya tulis nombor, mengikut pilihan abang. Jadi, abang akan ingatkan adik, yang mana kasut adik punya. Secara tak langsung, boleh improve sifat kepimpinan si abang supaya menjaga kebajikan adik.
Itu pun belum berjaya mengatasi emosi Abang Q...tapi normal lah kan. Tak ada benda yang sempurna. Time will heal everything. Semoga abang cepat2 rasa seronok kat school. Hari ke3 ni saya sengaja pergi ambik awal. Sebab nak tengok gelagat diorang. Abang request dengan cikgu nak tengok cerita T-Rex blue red..Cikgu tak dapat tangkap apa benda abang nak tengok. Abang explain balik buat ayat panjang sikit biar ada Diansaur. Baru lah cikgu paham. Mana lah cikgu tahu nama-nama dinasaur. Budak-budak sekarang kalau benda yang mereka minat..sampai kita sendiri pon terbeli lidah nak menyebutnya. 

Sekian dulu, dah sampai masa ambik Baby Auf..

Note: *Pencapaian hari ni mommy sempat belajar guna software ImageJ. Untuk measure saiz ikan based on gambar. Langkah seterusnya, siapkan penulisan jurnal dan extract points. (At least ada progress kan2..)