Eversoft vs Mary Kay

Baru-baru ini saya pusing-pusing dlm nearest shopping complex cari body shampoo dll. Pusing-punya pusing akhirnya decide utk try type Cocoa Butter & Macademia. Botol besar mahunya sampai 3 bulan kot tahan. Sorry AMWAY, masih malas utk ke sana. Pusing-pusing lagi saya 'ditangkap' oleh promoter untuk diajak scan kulit. Laju lah saya. Sebab x pernah kan.. ;B. Dia tanya pakai aper. Saya jawab, eversoft. Dia balas, eversoft jer? Saya senyum, malas nak menjawab dah sebab excited nak tgk skin structure yang memang tak terpelihara walaupun sudah penat dibaikpulihkan. Rupanya dia mahu promote sabun muka Irise. Kotak je besor, sabun kecik je pun. Harga almost rm30. less RM3 je pun..saya tak teruja. Tapi, sentap juga la dengan statement dia psl "eversoft je" tu....buat apa nak malu pakai eversoft jika mary kay hanya menyebabkan aku hampir pakai purdah kan? Alah, yang dia nk pomote tu Irise je...tp facial form yg rege ringgit malaysia lima jugakla yang banyak rawat wajah saya berbanding produk rege dua ratus lebih yang bukan produce di negara tercinta ni. Makan setahun saya nak kembalikan kulit kepada yang 'asal' sebelum guna MK. Bukan salah produk itu itself, mungkin BC bagi set yang kureng tepat atau mungkin kulit saya cepat alah. Apa yang penting, saya berjaya memaksa BC itu refund duit saya.

No comments: