We can be everything

Saya dapat benda ni dr fb senior - seorang cikgu.

Kakak saya 3 orang keje cikgu, sedikit sebanyak saya amat memahami kepenatan mereka.
Kakak #3 cikgu tadika, tp bznya MasyaAllah mcm pengapit YB jer agaknya. Time anak-anak didik dia kene buat persembahan ape2, dia lah yang kene lukis n color bahan2 backdrop dan sebagainya.
Ops, sebenarnya dia telah melampiaskan keje tu pada anak sulungnya yang ade bakat seni sejak kecil. Alhadulillah, sekarang jadi arkitek muda.

Kakak #6 cikgu sekolah agama swasta di NS. Dengan anak-anak kecil seramai 3 org, keje suami yang sentiasa offshore, sangat kesian dengan bebanan kerja di sekolah.
Baru-baru ini dia kata sekolahnya nak bina bangunan baru. Boleh derma untuk dapat pahala yang berterusan insyaallah.
Maknanya kalau bangunan dah bertambah tu, murid makin ramai lah. Maknanya sekolah agama tu agak maju.
Katanya result periksa sekolah tu meningkat walaupun sekolah-sekolah lain menurun. Apa-apa hal pun, semoga dia blh carry on dengan tugasan kerja dan rumahtangga.

Kakak #8 anak asyik bertambah. Tak pernah dengar dia mengeluh tentang kerja/tugasan di sekolah. Cuma cerita gelagat anak-anaknya. Oh i miss them so much!

Itu sedikit pasal cikgu punya tugas. Kadang-kadang i wonder why, KERANI sekolah buat ape? Kat sekolah tak de ke pakcik driver van sekolah? Oh mungkin hanya sekolah SBP je yang ader. Apa-apa hal pon, semoga cikgu/guru-guru tabah, cekal dan bekerja kerana keikhlasan hati untuk melahirkan anak bangsa yang cerdik akal dan sihat rohani & akhlak dan bukan semata-mata kerja untuk duit. Yang penting MINAT.

Saya sebagai seorang system programmer/developer, sedikit sebanyak boleh menjadi apa saja. Bukan nak menyaingi cikgu tapi realiti bidang kerja. 

Bagaimana?
~~~~
Biasanya sesiapa yang terlibat dalam pembangunan sesebuah sistem, mereka perlu tahu keseluruhan proses dalam sistem tersebut. Let say, untuk buat sistem hotel, system analyst perlu tahu dari A to Z mengenai perlaksanaan aktiviti hotel untuk diterjemahkan ke dalam sistem. Biasanya tugas SA termasuk lah membuat rekabentuk pangkalan data. Jika diikutkan sepatutnya, rekabentuk pangkalan data dilakukan oleh DBA/ database administrator. Bagi sesebuat kompeni yang tidak gah, kerja-kerja analisis/rekabentuk pengkalan data akan dilakukan sendiri oleh system/application developer. 

Walaupun programmer/system developer hanya membuat coding untuk proses-proses dalam system, namun tugas mereka masih kritikal kerana mereka perlu faham/tahu bagaimana untuk menggunakan joining table atau bagaimana sesbuah jadual dalam pangkalan data yang berkaitan dalam sesuatu proses. Pendek kata, apa yang programmer boleh fikir sebaiknya selari/sealiran dengan corak pemikiran DBA yang telah merekabentuk pangkalan data tersebut.

Contoh diagram bagi sistem tempahan bilik hotel



*Sistem hotel agak besar. Contoh di atas hanya untuk tempahan sahaja. 
Nah, sekarang programmer/sa/dba dah jadi seorang yang tahu segala yang berkaitan dengan hotel. 

Bila system developer terlibat pula dengan pembinaan system lain seperti accounting system, mereka juga perlu research dan memahami segalanya tentang accounting dengan kadar yang cepat bagi melancarkan proses-proses/fasa pembangunan sistem. 

Jadi, system developer juga dah jd 'mcm akauntan'. 
Jika lebih banyak lagi sistem-sistem dapat dibangunkan, semakin meluaslah pengetahuan seseorang yang terlibat dalam pembangunan sistem.

Bagi sesebuah sistem yang besar, pembahagian tugas perlu dilaksanakan. ~~~ matilah kalau seorang jer nak buat semua. LOL. ;B. Mungkin mereka mampu tapi makan masa bertahun-tahun lah jawabnya.

Back to myself. Thats Y i love develop system. Sebab saya tidak membuat kerja yang sama setiap hari. Possibility untuk membangunkan sistem yang saya adalah 0.00001%. 

Mungkin tahun ini projek yang masuk ialah sistem kolej, next time mungkin rezeki projek sistem gaji pula atau sistem-sistem lain. Walaupun sedikit sebanyak perkara basically saya seperti;
  • create form
  • listing
  • reporting
  • charting
  • processing
atau sebagainya, namun item2nya adalah berbeza.

Whatever your work, your task, have fun!

Teringat pesanan/kata-kata bos previous company.
He is my manager. A good and full of knowledge. Full of smile too.
Dia kata pada saya: "Buat coding ni memang sakit kepala. Tapi, once dah dapat solution tu, rasa SANGAT BEST!"
Yep. Saya faham perasaan itu walaupun entah bila boleh capai setahap otai dia.

Perasan itu macam sama macam org beranak juga. Bila dah nampak muka anak tu, lupa/hilang semua rasa sakit.
;) itu kata oranglah. Saya belum rasainya lagi.

No comments: