Then what?



Sekarang minggu final exam.
Ada la masa berangan/berehat sikit. Tapi lebih kepada kene stamby selain dari waktu bertugas mengawasi exam.
Selepas exam, kene focus soal presentation untuk final project pula bagi pelajar tahun akhir.
Oh belum lagi.
Lepas exam ada Gala Dinner. Sempena perpisahan dengan pelajar tahun akhir.
Segala tema, aturcara, anugerah dan sebagainya aku tak tahu sangat. Sebab aku tak sertai.
Macamana nak sertai.
Bagi yang ada anak-anak kecil faham lah kenapa dan bagaimana.
Aku bukannya ada bibik.
Suami aku la bibik, dia lah chef .. dia lah dia lah bla3.
Dengan dia anak seorang umur 2 tahun lebih masih macam2 ragam kehendaknya untuk dilayan.
Dengan aku seorang lagi yang 6 bln dan masih menyusu badan dan mula meneroka rasa makanan dan pantang nampak orang makan mesti nak sertai juga. Silap besar jika tidak suapkan dia dengan makanan sesuai untuk dia. Jadi macamana mahu ber dinner2 sakan kan? Tak apa lah. Tak kisah pun.
Option lain. Tinggalkan anak2?
Tidak. Sangat tidak. 
Emak ayah mahu makan sedap2. (Sambil teringatkan anak-anak di rumah makan apa buat apa?)
Emak ayah berjoli dinner dengan tema bagai bersiap bersungguh kemudian bebankan penjaga siang dan malam juga?
Tidak sesuai.
Sokay, susah senang anak-anak dengan kami. Pada waktu yang berkualiti.
Mungkin boleh sertai program sebegini pada lain masa bila anak-anak dah besar sedikit. ;)
Sambil-sambil fikir sesuatu nak hilangkan penat otak, teringat Zumba.
Ehem.
Dengan geng lecturer perempuan.
Tunggu lah jika berkesempatan.
Nak sangat otot fit semula.
;B
Oh lagi.
Selepas selesai hal exam perlu buat silibus baru.
Berpandukan sistem OBE.
Dah terasa bahangnya.
Kesukaran membina silibus baru.

Beberapa lagi perancangan bersusun.
Sebelum tiba bulan ramadhan ader perkara kene selesaikan.
Semoga benda baik Allah permudahkan ....Amiin...
Daaaa....

No comments: