Marathon siapkan proposal master

Bismillah...

Malam ni aku buat marathon nak siapkan proposal. Tapi, apakan daya, ada sikit lagi macam dah tak larat nak sudahkan. Masa berbaki 6 hari lagi. Sangat sukar aku nak dapat masa macam ni. Anak-anak tidur awal sekitar jam 9.30 mlm. Jadi, bolehla siapkan mana yang patut. Jika Allah izinkan, aku perlukan beberapa hari lagi yang berkualiti untuk siapkan semuanya.

Database Lab
Akhirnya selesai kerja sampingan kerana student bakal menghadapi final exam. Ya, aku akui terhanyut dengan tugasan2 tersebut. Terfeeling-feeling jadi lecturer bila kuliah demi kuliah kene gantikan timbalan dekan untuk handle kelas. Ingatkan sampai di situ saja, rupanya kene lagi jadi panel penilai untuk mini project diorg. So, sebenarnya aku dah hilang fokus dengan tugasan aku untuk further study which is banyak benda lagi aku kene hadam. Oooo Ya Allah, peritnya.
Komitmen untuk keluarga terutamanya anak-anak lebih menduga. Tiap petang rushing balik rumah ingatkan anak-anak. Just to make sure they are seriously OK.

Sambung writing after few weeks! Dah masuk another chapter - 2017!

2-3 weeks back, anak-anak demam plus naik rashes tapi lepas dan sembuh tu, condition Q agak kurang meyakinkan akibat suhu badan dia turun naik on off. Kejap OK kejap suam. Siang OK, malam suam. Kadang hari ni OK esok suam. Suhu kdg 38.5 dan kurang dari tu. Considered demam ringan. (Patut demam ringan tak perlukan ubat). Dah makan ubat itu ini, tak berapa nak puas hati. Then, beralih ke madu dan minyak zaitun taruk dalam susu botol dia. The result was still the same. Actually, ada kurang sikit tapi not fully recovered. Tengok pola pemakanan dan penyahtinjaan Ok tapi kurang nampak aktif dan nampak letih dan tidur lama. Hati mana yang tidak keruan banyak kali terfikir nak bawa pergi check darah tapi memandangkan Q sangat anti dengan hospital, kami cuba kaedah lain dulu. Alternatif. Tak lama lepas tu, masalah berak tak lawas pulak. A.k.a sembelit. Tapi takde pula drama sakit perut atau menangis. Makan masa 4-5 days jgk nak settlekan masalah berak dia. Akibat penat fikir solution, then aku terfikir untuk gugel pasal kelebihan VCO again and again. Try VCO plk taruk dalam susu botol dia dan juga roti keping yang dia makan. Alhamdulillah. Akhirnya, tamatlah kisah kerisauan tentang demam Q yang on off tu selama lbh kurg 2 weeks kot. Pergi klinik homeopati cek doc kata demam virus kalau suhu naik trn naik trn gitu. So salah satu khasiat VCO ialah menghapuskan bakteria dan virus dalam badan yang menyebabkan penyakit. VCO juga boleh mengatasi masalah usus dan penghadaman. InsyaAllah kita ikhtiar dan Allah Maha Menyembuhkan.

Alhamdulillah.
Subhanallah.
Allahuakhbar.

Lepas 2-3 hari amalkan VCO keadaan Q kembali kepada sihat walafiat dan kembali aktif malah semakin kuat makan. Tapi badan still halus and keding.

Siap.
After so many obstacles, cobaan dugaan tekanan bagai akhirnya siap juga proposal mak budak ni. Hopefully, tak banyak la kene baiki. Allahuma yasir wala tu'assir. Sebenarnya belum boleh lega betul-betul sebab perlu hadam 2 bahagian algoritma lagi. Which is the toughest part for me. Semoga ada jalan yang agak-agak boleh meringankan bebanan jiwa and otak i ni..huhu


No comments: