Masih segar peristiwa pahit 2 tahun lepas pasal anak sulung di taska hanya bertahan selama 9 hari sebab Walid decided untuk stopkan terus. OK, letgo cerita lepas.
Selepas penat fikir pro n cons, akhirnya baby Abdurrahman yang selected untuk dihantar ke taska. Baby mesti kuat okey. Antara sebab2 kenapa baby yang kene masuk taska bukan Adik Tsaqiif dan juga bukan Abang Firas..Selama 2 bulan mommy beberapa kali beli puting macam2 tapi masih tak berjaya.
- senang ajar untuk biasakan dengan dengan orang lain sejak baby, kalau dah besar sikit nanti tak nak langsung dah masuk taska sebab tak biasa dengan orang luar mcm abang2nya.
- kategori baby tak ramai yang boleh bergilir jaga kalangan keluarga jadi susah untuk tinggal pada sesiapa
- baby Auf memang berbadan sado jadi kalau hanya seorang yang jaga, lenguh haih nak dodoikan, mandikan dll, baik kat taska jer diorg boleh bergilir jaga lagipun dah memang expertise diorang dah.
- selama 2 bulan melatih baby Auf minum susu guna botol, semua percubaangagal. Jadi tak boleh la hantar pada pengasuh kalangan jiran2 sebab jauh nak g menyusu. kalau taska dekat2 tmpt keje,belajar mommy blh pergi menyusu 2 jam sekali.
- kat taska baby Auf boleh tidur dengan tenang. kalau kat rumah selagi abang2 tak tidur..faham2 lah..histeria rasanya..
Doa kami semoga Allah pelihara, dan lindungi anakku dan juga semua baby dan kanak2 di taska dari apa2 yang tidak sepatutnya. Kami percaya taska kali ini adalah lebih baik dan mereka buat yang terbaik. Selebihnya kita minta dari Allah.
Baru masuk bab hari pertama semalam baby Auf di taska. Diorg duk geram sebab baby Auf montell. selepas sejam setengah, mommy pergi la jenguk dengan tujuan nak bfkan sekali. ye lah baby sabo menyusu pun acap. Tapi baby baru tidur. Kata penjaga taska lagi baby Auf dah minum susu dari botol. What??? Terkejut saya. Syukur tak tahu nak cakap..teramat bersyukur pada Allah. Allah permudahkan segalanya yang aku duk risau sangat. Risau dia melalak cari mommy nak nenen. Sebab selama hantar pada kakak jaga, memang baby Auf melalak kesedihan. Kesian. Berjuraian air mata..Ok, kemudian mommy pergi lunch area taska. Kemudian balik kampus. Petangnya, pergi ambik baby Auf..excitednya..tak sabar nak jumpa..rindu. Baby tengah mandi dan disiapkan untuk balik. DIorg lapor lagi..baby Auf dah minum 2x ganda guna botol iaitu 4oz susu..siap pandai pegang sendiri. Allahuakbar..anakku sayang..Mommy yang panic dah siap order botol susu lain iaitu tommee tippee dan yoomi. katanya lagi..tak susah la jaga baby Auf..Alhamdulillah. aku sangat syukur..harap2 juga baby Ok dengan susu lactogen sebab mommy belum sempat mengepam stok ebm lain. InsyaAllah demi anak amanah Allah mommy akan cuba sediakan stok susu badan untuk dibawa ke taska.
Menung apa xtau |
Bila lepas panggil untuk snap pic |
Untuk hari kedua hantar baby Auf ke taska, abang firas melalak lalak tak bagi. Dia rela suruh hantar adik Tsaqiif lagi..adoi la anak2 ku..
Semoga Allah permudahkan perjalananku sebagai GRA dan percepatkan mommy anak 3 ini dapat genggam master scroll pulak..Amiin..
OK. dah hilang mengantuk. sambung kerja lepas tu hunting for lunch.
No comments:
Post a Comment