SV adalah factor paling utama. Jadi, dengan kepatuhan dan
ketaatan yang tinggi pada SV, ramai yang berpendapat pasti mudah dalam
menjayakan kajian. Namun, ia tak sebegitu. ‘Uncertain things’ sentiasa hadir menduga
berkali-kali.
Selepas defend proposal, apa yang aku fikir..walaupun perlu
yakin dengan perancangan SV, perlu jugak ambik input dari penilai, sebab
penilai-penilai tu adalah kalangan Professor dan mereka yang mempunyai
pengalaman pelbagai. Perlu ambil input mana yang perlu. Jika pendapat mereka
tak penting dan hanya perlu ikut arahan Sv semata-mata, buat apa adakan
presentation penilaian? Kiranya, aku pun catatlah mana komen-komen yang perlu
diambil perhatian dengan persetujuan SV. Tak nak la nanti pendapat-pendapat
itu against perancangan SV. OK fine. Masalah utama aku selepas presentation tu
ialah 1. Tiada expert (yang dapat mengesahkan jantina ikan arowana dari
physical appearance!) Dari awal lagi aku telah dimomokkan dengan statement
“expert pun tak dapat nak camkan jantina arowana dengan hanya melihat, apatah
lagi melihat GAMBAR!”. Tiada expert adalah benda yang serius! Sebab Dr.
Shahreza PPSPA pun mengaku dia tak boleh camkan. Dia hanya boleh sahkan melalui
ujian protein. Proteomic Analysis.
Aku pujuk diri
aku, bukan tak ada expert, Cuma aku belum jumpa.
Oleh kerana masa sem lepas Dr. Aziz dan Prof Ghazali duet
yang paling scary tukang komen dan menilai dalam presentation post-graduate
proposal and progress, jadi aku bertindak berjumpa untuk mintak pandangan,
sokongan diorang berkenaan dengan USAHA MENCARI EXPERT ikan arowana. Diskas punya diskas dengan Dr. Aziz, dia
MENOLAK tajuk ini. Dia cadangkan supaya tukar tajuk pengklasifikasian ikan
guppy. Alasannya adalah wajib ada expert. Dalam masa tu, Dr. Aziz called
En,Masduki minta pandangan tentang expert ikan ni. En Masduki ialah co
supervisor pd kawan aku yang buat pasal pengiraan telur ikan berdasarkan saiz
perut ikan. Gitu lah lebih kureng kajian dia.
Lepas jumpa Dr.
Aziz, aku terus pergi jumpa Prof Ghazali. Dia punya ilmu lagi aku scary kalo
dia komen. Diskas punya diskas,dan selepas dia bagi penerangan, Prof Ghazali
cakap boleh buat tapi SUSAH! Ada sinar di situ tapi samar-samar. Masa aku nak
keluar dari bilik dia, dia sempat cakap, kenapa nak buat yang susah2? Cari yang
senang.
Aku pun STUCK!
Bila stuck, terus pergi mengadu dekat Jah. Khadijah ialah kawan masa matrix.Dia
dah jd lecturer fizik kat kampus ni. Dia pun antara salah sorang yang melalui
kisah perit zaman PhD di Australia. So, aku yakin dia dapat bagi ideas and
sokongan yang sangat membina. Rupanya lebih dari itu. Jah bagi contact2 expert
di U ini siapa yang terlibat dalam bidang kajian penyu, belangkas, udang, dll.
Lokais-lokasi kajian haiwan2 marin tu lebih dekat berbanding Arowana.
Lepas tu aku
pergi bincangkan dengan SV pasal ni. SV cakap boleh jer nak tukar tajuk tapi
kene ada dataset lah. Kalau nak tukar, kene start over, kene all out
kejar masa. Kene fikir balik significant tujuan kajian tak boleh simply tukar
subject experiment jer.
Hari seterusnya, aku berkejar awal2 pagi pergi jumpa Encik
Masduki. Alih-alih dia tak galakkan pun buat pasal ikan guppy. Aku pergi jumpa dia nak tanya kot2 dah ada
standard dataset dah. Skali dia cadangkan buat pasal klasifikasi DURIAN! Aduh....Main point nya dia
suruh buat pasal isu semasa.
Aku pergi semula office Dr Aziz untuk membuktikan sesuatu. Luckily,Prof
Ghazali ada sekali. Tanpa segan silu aku kata nak jumpa dua2 serentak. Diskas
punya diskas,explain punya explain, Prof Ghazali tetap dengan pendirian dia
sebagai expert Image Processing dan sebagai penilai, dia tak bagi buat tajuk
ni.
Lepas tu, aku makin buntu. Petang Rabu aku sempat berjumpa
dengan sorang yang involved dengan arowana ni dah 17tahun. Seorang penghobi
yang boleh mengecam jantina arowana. Dia antara orang yang aku cari-cari! Dalam
pada berbincang di kedai kopi kat kampung lama aku, dia kol sorang kenalan dian
iaitu penternak arowana di Bukit Merah, Encik Shah. Dia bagi aku cakap sendiri
dengan Encik Shah. Input yang paling mengganggu jiwa aku ialah, data ikan
Arowana yang mati 80% berubah ciri jantina! Ila aku cakap pasal kemungkinan
untuk bertukar tajuk kajian, Encik Fijan mencadangkan buat pasal Kerapu Hibrid. Sebab ikan ini pun
sedang hot dibiakkan.
Tengah malam buta aku berwasap dengan SV. SV cakap..xde ape
yang senang dalam research ni.
Masih buntu. Kepala makin berat.
Dalam tak keruan tu, aku plan nak jumpa 2 orang lagi
professor yang pakar dalam bidang image processing. Aku berjaya buat temujanji
dengan Prof Suzuri walaupun kejar dia kali pertama tak sempat. Kali ke2 dapat
mengadap. Prof Suzuri agak special orangnya, sebab..ada chemistry. Pertama, dia
adalah SV aku masa FYP. Aku dpt best grade utk projek akhir. Porf Suzuri jugak
adalah SV kepada SV aku skrg masa SV aku peringkat Msc. Dan Prof Suzuri jgk
adlh SV utk Master dan PhD kpd suami SV aku sekarang. Banyak betul kaitannya. Bincang
punya bincang, akhirnya Prof Suzuri menyatakan kerisauan dia tentang dataset
aku nanti. Tentang kesusahan aku untuk dapat data ikut spec kajian.
4th opinion juga NO!
I have last opinion. Prof Dr.Mustafa Man. Kajian dia ada bau-bau benda yang aku kene buat
ni. Tapi, dia masih belum free untuk ditemui. Tak kira, aku nak jumpa jugak
walaupun hati aku dah 80% nekad nak tukar tajuk. Khamis..sempat jumpa Ily.
Kawan seperjuangan yang banyak beri dorongan dan share apa saja pengalaman
mahupun ilmu. Tapi Ily dah sem 5 PhD dalam bidang database.Pagi sebelum jumpa
Prof Suzuri tu kepala aku dah macam bingung macam semacam lah..macam
terawang-awang,macam tak boleh nak fikir. Balik jer rumah ptg tu membawak
kemalam aku flat terus!
Weekend ni ada convo kat UMT. Sampai Isnin lah bz. So, aku
ambik keputusan 4 hari ni nak rehat tak nak buat apa2 pasal research kalau
boleh tak nak fikir sangat. Tapi, aku tetap nak tulis kesusahan ni dalam blog.
Blog pon macam log book aku jugak.
Plan untuk selasa:
Study. Philosophy of Research.
Blog Dr Othman Talib – tajuk research,
problem statement.
1.
RMIC
2.
PPSPA – jumpa Dr.Shahreza, pulangkan buku dan
bincang pasal data ikan mati dan hidup.
3.
INOS – jmpa Dr. Uzair bincang pasal isu penyu.
4.
Jumpa Dr.Najiah – pasal ikan koi.
5.
Belangkas.
Will see the inputs nanti.
Aku akan decide tajuk baru yang dah ada
dataset dan expert yang mudah untuk jumpa. Maksud aku, dekat.
Rabu:
Siap sedia semua alas an dan bahan jika ada
untuk hadap SV untuk tukar TAJUK!
No comments:
Post a Comment