Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita Tanpa mereka,hati,fikiran,dan perasaan lelaki akan resah Masih mencari walaupun ada segalanya Apa yang ada dalam syurga, namun Adam tetap rindukan Hawa Pada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri atau pun puteri Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki Tapi kalau sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus Luruskan wanita dengan di jalan yang ditunjukkan Allah Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar Jangan menghiburkan mereka dengan kecantikan nantinya mereka semakin menderita Yang sementara itu tidak dapt menyelesaikan masalh Kenalkan mereka kepda Allah, Zat yang kekal Di situ punca bagi kekuatan dunia Akal setipis rambutnya Tebalkan ia dengan ilmu Hati serapuh kaca Kuatkanlah dengan iman Perasaan selembut sutera Hiasilah ia dengan akhlak Suburkan ia kerana dari situlah nanti mereka akan lihat nilaian dan keadilan Tuhan Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan Ia bukan diskriminasi Tuhan Wanita yang lupa hakikat kejadiannya Pasti tak terhibur dan tak menghiburkan Tanpa ilmu,iman dan akhlak mereka tak akan lurus bahkan akan membengkok Itulah akibatnya andai wanita tak kenal Tuhannya Apabila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara LELAKI PULA JANGANLAH MENGHARAPKAN ketaatan tapi binalah kepimpinan Pastikan sebelum meminpin wanita menuju Ilahi pimpinlah dirinya sendiri kepadaNya Jinakkan diri kepada Allah nescaya akan jinakkan segala-galanya dibawah pimpinanmu JANGANLAH MENGHARAPKAN ISTERI SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA ANDAI PERIBADIMU TAK SEHEBAT SAIDINA ALI KARAMALLAH WAJHAH
No comments:
Post a Comment