Memang la abang evaluate saya seorang yang jenis tak seri-us. Dibaca: main-main. OK. Saya akan buktikan bahawa saya bukan sebenarnya main-main atau tak mengotakan apa yang saya kata/plan.
Ini hasil tangan sulung saya selepas pertama sekali menjahit baju kurung masa Tingkatan 3. Itu pun mesin jahit manual di sekolah. Dengan izin Allah saya pun rasa ajaib sebab baju ni saya boleh siapkan walaupun last minite tu terketaq-ketaq jugak kejar masa. Saya ambil kursus. Tapi untuk baju melayu cekak musang sahajalah. Seluar? Kene follow kelas lain pula which is kelas tu paling tidak pon will be held on April 2012. Kenapa? Sebab nak bagi chance pada orang lain pula belajar jahit baju melayu. OK. Saya akan belajar sendiri. Saya sahut cabaran sesiapa yang cakap saya main-main. Mak saya cakap, saya tak pernah pun sentuh mesin jahit. Apatah lagi nak menjahit-jahit sakan ni. OK, lepas ni saya belajar baiki mesin pula. Eceh. Kan saya dah kata saya perlu buka dimensi baru dalam umur 30 ni. Kene 'lari' dari rutin hidup. Kerana Allah SWT BELUM mahu bagi saya rezeki cahayamata, saya mahu isi masa senggang saya dengan sesuatu yang berfaedah. Suami saya kata, umur 30 baru belajar menjahit. Tapi, dia kagum sebab saya dapat siapkan sesuatu hasil. Dan dia juga kasihan melihat kesungguhan saya tidur lewat malam. Saya meletakkan syarat, dia kene temankan saya menjahit. Kalau tak teman, confirmlah saya tidur sebelah mesin jahit tu.
Oh! Saya teruja betul tiap kali pergi kedai kain. Apatah lagi bila tengok langsir2 moden. Fuh..GERAM ok! Ia dijahit dengan cara PALING simple. Saya pun BOLEH. Suami mahu raya tahun depan saya yang jahitkan langsir sendiri. Dalam entry raya tahun ini pun saya ada berangan-angan untuk tukar langsir. Semoga ada lah rezeki lebih.
Mata saya tertangkap kain-kain warna ceria tapi murah. Hati saya akan tiba-tiba berbunga apabila melihat warna ceria. Wat the skema ayatku. ;)
Sukanya colorful RM3.30 for 1 metre. Elok kain dia. Tak nipis sangat. Kukuh la jugak. |
Main taram je jahitnya. Tak ada research. |
Set Dapur:
Alas meja makan 1 - done
Sarung kerusi 3 - done
Pemegang peti sejuk 1
Sarung tudung saji 1 - tak sempat siap lagi. Bru siap potong.
Kene siapkan ni dulu, for next project set bilik tidur pula.
Till then, tata.
No comments:
Post a Comment