Walaupun tiada perubahan drastik dapat dilakukan dalam kehidupan saya, namun saya berjanji pada diri supaya tahun 2012 akan mendatangkan lebih kegembiraan, saya berdoa supaya kehidupan lebih berwarna-warni, lebih dari biasa. Dan jika adapun ujian, dugaan datang melanda, saya mahu menghadapinya sebagai seorang yang lebih positif, bukan sebagai saya yang biasa, tetapi extraordinary.
Laptop & Netbook;
Rasa macam banyak cerita tapi kemalasan melanda. Tambahan pula saya dah bersara daripada pakai laptop. Sebab kemalasan untuk mengusung bawak pergi kerja dan balik kerja. Best sungguh kalau melenggang mak minah jer dtg n pulang dr office.
~ Bawak laptop = nampak macam buzy lah sangat.
~ Melenggang mak minah = nampak kerja macam smart jer HAHA sebab konon2 boleh settle semuanya di office. Konon2 dan InsyaAllah.
Netbook kat rumah rosak dikerjakan budak2 = anak4 kakak aku yang sorang tu. Asal balik je, mengandung. Asal balik kg jer guna upt aku dapt 2 line lg. Kau tertekan sebab asyik mengandung jer..Aku? haha
Henpun & billing;
Bil henpon saya tiba-tiba melambung tahap sakit hati. Time2 sesak ni lah dia nak melambung. Sebab saya mesti bersara jadi hantu sms. Sorry lah kawan(s) maxis, nampaknya tak boleh la kita keep in touch selalu yer. Jadi, terpaksa ambil langkah drastik untuk gadaikan telepon baru itu untuk buat bayor bil. Ha2. Padam muka. Biar hlg henpum jangan hilang line. Untuk mengelakkan penggunaan line tel yg over, kene lah beli nombor baru prepaid buat bekap. Prepaid ni ade reminder sikit. Selamat lah.
Kerja & Cuti;
Saya ada berangan-angan kaya mahu Cuti Tanpa Gaji paling kurang selama sebulan. Dengan harapan mahu memahirkan diri menjahit. Dengan kadar suami separuh rela sebab plan saya kureng kukuh, ditambah pula dengan tanggungjawab yang diberi untuk handle 2 pelajar latihan industri, selepas manager unit resign. OK la, sekurangnya saya berasa agak sebuk, walaupun lenggang mak minah/lenggang kangkung. Ini kali ke-3 saya handle students practical. Yang kini mencecah 8 orang di bawah tunjuk ajar saya yang kadang dibantu rakan sekerja. Dan pencapaian mereka di bawah monitoring saya Alhamdulillah, sangat saya berpuas hati. Sehari sebelum cuti bos baru minta tunjuk perancangan saya. Saya hanya berkesempatan emel pada hari jumaat, itu pun hari ke3 bercuti sakan. Bos reply cakap good. Inilah ciri staf yang kompeni mahu sebab boleh bekerja sendiri tanpa pengawasan atau arahan. Ayat setelah alih bahasa. Oh! Agak melampau pujian di situ yer. Sesungguhnya saya tak layak. Mana taknya durasi perancangan saya agak lama iaitu 5 bulan, jadi segalanya harus lancar, on track. Baca emel sambil tersenyum. Terima kasih bos, saya tak pernah dapat pujian over sebegitu. Hueh5...Entah berapa kali saya adjust hari cuti saya. Finally, decided leave on 21,22/12 sebab mengada-ngada ikut eldest brother ke Kajang. Dia mahu angkut anak3 isterinya balik ke Terengganu setelah lama bercuti di Johor. Jadi saya merayu bonda saya ikut sekali menjoli bersama ke Kl yang dah hampir 3 tahun saya x jejak, rasanya.
Cuti Krismas
My Abang #9 cakap pandainya timing masa bercuti. Elok-elok saja dia boleh bonus. Of course lah kan. Kita yang takde bonus ni kene lah serbu insan2 yang buleh bonus. Jadi, abang bawak lah jalan-jalan cari makan, sambil small family gathering. Seronot juga dalama melihat-lihat kemeriahan persiapan sambutan hari natal.
Nice deco, blue is always calming |
Ni abang saya #9 |
Almost 5 tahun tak pergi Kajang |
No comments:
Post a Comment