Alhamdulillah, dengan kelapangan waktu yang Allah beri, saya baru 5X sempat berjogging. Kali ke-empat terpaksa ke track yang jauh banyak sebab track yang dekat orang pakai untuk main bolasepak. Kali ke-5 pagi jumaat sempat jogging 4 round non-stop. Eleh, bukan laju pun, namanya jog..slow je, ;).
Terjumpa x-staf krim, jogging tmpt sama.
Dan semalam, jeng3..lepak makan dgn ofcmates2. Slh sorg tu tegur, saya nampak kurus sikit dari biasa. Bentuk muka dah bujur sikit. Biar betik!
Maknanya usaha saya berhasil, walaupun diri sendiri dok perasan. Takut nok timbang. Phobia sungguh tengok jarum penimbang. Tu belum jarum doktor lagi, hua3! Saya harap saya dapat konsisten ber excercise untuk fitkan semula badan, kembalikan stamina yang dah hilang for ages!
Dari segi pemakanan, pagi selalunya king breakfast. Lunch skip. Atau kudap2 sikit2 je. Jam 4pm ke 5pm menggelupur perut menahan lapor. Blk kerja, trs mkn nasi. Tapi still berpada-pada sekadar mengalas perut.
Malam, dah xmkn berat. Paling tidak pun mkn la seketul menemani yg tersayang.
Masih mencari alternative senaman yang sesuai di rumah selain keluar berjogging. Oh ya! Saya belum lagi consume acaiberi. Dan dalam perancangan untuk pergi terapi menggunakan mesin untuk kesihatan; lancarkan perjalanan darah dsg. Belum berkersempatan lagi. InsyaAllah sometime atas izinNya.
No comments:
Post a Comment