Alasan untuk berbahagia


Malam td ader kawan lama mesej kat fb, ade org mengadu kat dia saya tak bls sms.
Jawapan = Hati terluka.
Kenapa?
Saya tak suka org backstab saya. Dan org yg suka mengambil kesempatan ke ats saya. (Semua org konpem x suka juger.)
Saya tak akan rapat dengan orang yang rapat dengan orang yang dendam dengan saya sampai mati(kot). Nah, ayat berbelit.
Saya tak akan rapat lagi dengan org 'berbahaya'.
Berbahaya macamana tu?
Bila kita dekat dengan dia, kita akan terluka, secara langsung atau tidak langsung.
Bila kita jauh dengan dia pun kita tetap akan terluka juga.
Kerana dia hidup untuk melukakan orang lain kot.
Tak semua orang faham akan benda ni.
Jika dia meminta maaf, sebenarnya saya tersilap percaya. Ianya tidak ikhlas.
Jalan terbaik, saya tidak perlukan kamu yang seperti itu.
Terlalu ramai orang yang baik sekeliling saya yang tidak semacam itu.
Itu alasan saya untuk terus bahagia, kerana kamu tidak ada di sekitar saya, dan hilang dari bayangan saya, semoga hilang dari ingatan saya juga.
Jika bersua, saya akan lihat kamu seperti sebilah pedang berhantu, yang sentiasa melukakan tanpa dapat dikawal.
~~~

No comments: