Warkah pertama buat anak

Salam Sayang,
Hari ni(bukan hari ni je) mama tak boleh nk fokus kerja. Walaupun esok mama kene train internal users untuk guna system. Mama dah prepare pun awal2 silibus. Otak mama rasa serabut sebab tak sabar nak pindah office lagi, segala urusan kerja mama akan buat secara simple. Tapi, lately semakin berkecamuk fikiran dan emosi ni. Mama cuba minimizekan perkara2 yang mama perlu lupakan sementara waktu/let it go. Bila mama rasa tenang dan bersemangat, segala permasalahan kerja yang susah mama berjaya selesaikan sendirian dengan izin Allah of course. Dalam keadaan sekarang, mama blur tak tahu nak repair yang mana 1 terlebih dulu. Banyak lagi part-part yang susah mama kene betulkan mengikut keperluan syarikat yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Bila sistem ini sentiasa mengalami perubahan, ia sukar diistihar sebagai sebuah sistem yang matang dan tidak layak untuk dijual kerana dikhuatiri system spec semakin berbeza dengan keperluan standard organisasi.

Sayang,
Pg td mama pergi klinik. Mama sampai office awal dari biasa. Walaupon cuaca sangat gelap, mama berdoa semoga Allah lancarkan urusan yang mama rancang. Walaopon hujan lebat sekalipun, mama akan pergi juga. Alhamdulillah, Allah izinkan. Staf klinik beritahu, kbtln hrni doctor akan sampai lewat. Mama tak aim pun klinik lain yang mama tak biasa. Jadi, I decided to wait until 10am. Luckily, doc arrived @9.30am. Mama syukur. Mama jd patient yang pertama pagi ni. So, tak sempatla mama nak baca pamplet berkenaan blood test yang mama ambil kat kaunter ubat.

Mengikut penerangan staf kat kaunter tadi, darah bukan diambil dari jari, tapi dari urat sama ada dekat nadi atau urat lengan tempat biasa ambik derma darah. Jumlah darah yang diambil ialah 3 botol kecil. Banyak juga,  terkejut mama. Walaupun mama dah biasa derma darah tapi sedikit ketakutan tu tetap ada.

Mama plan untuk buat blood test hari ini. Setelah consult dgn doctor, doctor sarankan mama terus refer hospital. Diskas punya diskas, doctor bg mama last chance untuk ambil clomid (dengan pertambahan dos). Now, mama akan amik 10mg per day. Mama dah tekad sayang, apa2 jadi pun pd kesihatan mama, mama redha. Yang penting, mama sentiasa berusaha untuk 'mencari' dirimu dalam hidup mama & abah. Doc yang biasa mama pergi tak jauh dr rumah tu tak berani untuk tambah dos pada mama. Dia risau ovari mama bengkak. Sebelum sambung clomid sblm ni pun, kene scan dulu.

Sayangku,
Abah tidak pernah mendesak mama, cuma mama yang sentiasa mendesak diri sendiri. Setiap kesedihan abah, dia suka pendamkan sendiri. Dan mama juga sentiasa belajar untuk telan semua kesedihan tanpa menunjukkan kelemahan mama terutamanya di depan insan-insan yang mama sayang. Mama perlu kuat sekuat abah, secekal idola-idola mama.

Sayang,
Daripada mama bernukilan sendirian entah siapa yang membaca coretan mama, lebih mudah jika warkah ini ditujukan khas buatmu. Tak kisahla orang yang ingin tertawakan setiap kelemahan mama baca coretan mama, itu urusan dia dengan Allah. Apa yang mama pendamkan selama ini bagaikan menjadi mudah dengan membayangkan anak@anak2 mama akan membacanya kelak. Walaupun hakikatnya mama tak pasti adakah Allah SWT akan izinkan kita berjumpa. Mama tetap akan menulis di sini. Supaya kamu lebih mengenali siapakah diri mama, abah dan semuanya yang mama pernah coret di sini.

Sayang,
Ini adalah template yang paling mama like! Fresh dengan buahan. Mama tak suka makan buah. Tapi sangat sukakan jus. Terutamanya Juslira. Ha3. Mama suka jus buah, jus sayur. Mama suka blend campur2. Lepas mama tahu jus carrot+epal hijau boleh mengurangkan brt bdn. Time kelapangan, mama selalu blend carrot, epal hijau, tomato dan apa2 saja yang mama fikirkan menyihatkan. Nek chek dan abah pun suka minum jus yang mama buat. Bagusnya kalau dapat minum setiap hari. Mama dah belikan epal hijau lagi 2 hari lepas. Tapi belum blend lagi. Mama bz blend lada kering sajer. Nanti, pedas pulak jus epal hijau mama. Hehe. Itu yang mama rendam blender lama sikir dengan air sabun tu.

Sayang,
Mama mahu kamu tahu..mama tidak pernah berhenti dari terus 'mencari'mu. Jauh atau dekat. Cepat atau lambat. Kamu datang pada mama yer?

No comments: